Friday, February 24, 2012

Perkara Yang Wajib Anda Tahu Tentang . . . . . .

 Hari ni saya nak ajar dan kongsi macam mana kita menjana elektrik . 
Dalam Wikipedia cakap "Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik."



Faraday-disk generator penjana elektrik pertama.



Dinamo "tapi besar sangat nih"

 Jadi macam mana dekat Malaysia ni buat tenaga elektrik ? Antaranya adalah dengan HIDROELEKTRIK . Nak jana elektrik dengan HIDROELEKTRIK ni kosnya bukan murah dan pelbagai perkara yang harus di korbankan . Terutamanya hutan-hutan dan alam semulajadi .   :'(


Empangan Kenyir 



Empangan Bakun

Dan dah tentu dekat Malaysia ni, pasal EMPANGAN ni pun ada kisah politiknya . Tapi ini bukan blog POLITIK, maka saya pun tak tau la cerita politiknya dengan lebih dalam lagi .

 Jadi motif ENTRY ni adalah untuk berkempen sikit . Mari kita tutup lampu pada hari istimewa yang tahun ini . ** March 2012:[klik sini] . Saja je tak nak kasi tahu tarikh tu . Cari ler sendiri kalau betul ada semangat cintakan alam sekitar kan ~ 








Dunia Gelap Sementara Ataupun Gelap Selama-lamanya [HARI BUMI]?

 Banggunan tinggi-tinggi semua mesti ada lampu kan ? Agak-agak sebulan nak bayar bil elektrik sahaja dah berapa ribu ye ? Mesti ratus ribu maa ~

Tengok KLCC tu .. Setiap malam bukak lampu, berapa juta pula nak kena bayar tu . hehe .. Habislah duit rakyat ~ (alamak politik pulak)

Bukan politik yang saya nak cakap kat sini . Ingat EARTH HOUR , bila semua bandar-bandar besar bekerjasama dalam memulihara alam semula jadi . Hampir SATU JAM lampu di matikan dan sememangnya JIMAT !! (sikit) .. haha



KLCC gelapnya ~

Jadi pada tahun 2012 agaknya bila pulak EARTH HOUR ni ?


Aku pun tak tahu tapi dia ni tahu kot :  




Monday, February 20, 2012

60 PETUA MENCARI JODOH

www.malaysiamaya.com
nuriman.wordpress.com
1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.


10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.


18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.


19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.






40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.




49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada

lelaki yang boleh mengaku


salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.


ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.
Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.


Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.
Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.


Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.


Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?



Kasih sayang daripada ibu bapa.


Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?


Latar belakang agama.


Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?


Pendidikan.


Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?


Latar belakang budaya dan sosioekonomi.


Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.


Kepintaran.


Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?


Hubungan dengan mentua.


Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?


Sikap dari segi kewangan.


Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?


Bilangan anak.


Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?


Masalah seksual.


Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.


Pemilih tempat tinggal.


Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?


Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?


Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.


//************************************//

Iklan dari penaja ~



Dapatkan : E-Book Kemasnisan Bercinta


//*************************************//

Sunday, February 19, 2012

Kenyataan Aaron Aziz yang terpaksa aku setuju ..

 Sebenarnya Aaron Aziz ni anak aku . Sebab tu muka kitorang serupa . Hahahaha . Tapi bukan itu yang jadi isunya . Tapi ada lah sedikit pengakuan dari Aaron Aziz yang aku tak berapa setuju tapi terpaksa lah kan ~ Dia kan artis aku ni siapalah nak di bandingkan dengan ke-jambu-an dia tu .



Aku harap lepas ni kamu semua dapatlh terima aku seadanya ~ Sebab kita manusia tiada yang sempurna dan tidak boleh lari dari melakukan kesilapan .

Memaafkan sesama kita .. :)

Saturday, February 18, 2012

Menyampaikan sesuatu dan menerima sesuatu ? [Komunikasi]

Di antara mesej dan cara penyampaian mana lebih penting ? Bagaimana untuk menerima sesuatu mesej ? Apakah kesan apabila terdapat kesalahan dalam penyampaian .
Perkara ini kurang di ambil berat dalam kalangan masyarakat . Informasi yang di berikan kadang-kala tidak sampai dengan tepat maka akan timbul isu-isu yang lebih merumitkan seperti perkauman .

Kegagalan dalam penyampaian sesuatu mesej dapat menjejaskan satu hubungan sama ada skop masyarakat mahupun individu . Maka seharusnya setiap dari kita belajar untuk menyampaikan dan menerima sesuatu yang di sampaikan .

Sebagai Penyampai :

1. Menyampaikan sesuatu mesej dengan teratur dan tenang mengikut aliran ataupun kronologi .
2. Menyampaikan hanya sesuatu yang betul-betul pasti tanpa ada niat untuk menokok nambah sesuatu informasi .
3. Menyampaikan dalam keadaan yang tenang supaya mesej itu sampai kepada penerima .
4. Tidak meletakkan pendirian anda sendiri dalam sesuatu mesej dan menyakinkan orang lain untuk memegang dengan pendirian anda .

Sila lihat video di bawah :



Sebagai Penerima:

1. Mendengar dengan teliti sebelum membuat sebarang spekulasi .
2. Menerima dengan tenang dan bersedia dengan apa berita yang di sampaikan .
3. Tidak menerima sebarang mesej membabi buta tanpa ada usul periksa .
4. Bersikap lebih terbuka dan jangan cepat melatah .

p/s: Gagal dalam komunikasi anda mungkin gagal dalam segala perkara . Sila ambil perhatian .

Thursday, February 16, 2012

Membezakan kepentingan dan kemahuan

 Berapa ramai daripada kita pandai untuk memilih ? Cuba fikirkan setiap tindakan yang kita lakukan, dan nilaikan di manakah tahap kepentingan kerja yang anda lakukan .

 Begitu juga dengan penggunaan wang, gunakan lah sebaik-baiknya . Sesuatu yang anda inginkan itu adalah keperluan ataupun kemahuan .

 Fikirkan sebaik-baik mungkin sesuatu perkara itu agar tidak membebani diri anda di kemudian hari dek hanya kerana keinginan yang melampaui kemampuan .

 Namun kadang kala anda seharusnya juga memikirkan tentang kemahuan anda, dan anggap sebagai hadiah atas usaha dan kerja keras anda selama ini .

MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.

#jangan lupa pepatah melayu . nenek moyang banyak dah beri nasihat .

Sunday, February 12, 2012

"Kenapa jadi begini terhadap ku sedangkan aku menginginkan sesuatu yang lain"

 "Kenapa jadi begini terhadap ku sedangkan aku menginginkan sesuatu yang lain" .

Pernah tak kita berada dalam situasi ini ? Kita sering kali mencuba untuk mendapatkan sesuatu dan berusaha tapi akhirnya tak juga kesampaian cita-cita kita itu . Apa yang di harapkan tak dapat, apa yang "tak nak" itulah yang datang kepada kita .



 Aku pun salah seorang yang pernah berada dalam keadaan ini . Selalu mengeluh dan merungut . Sampailah aku terjumpa ayat kat bawah ni :









Ayat siapa dekat atas ni ? Kalau bukan Allah yang menciptakan kita .
Saya cuma nak menekan kan dekat ayat ini :
"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


 Tiada langsung istilah kebetulan di dalam dunia ini . Semuanya telah di takdirkan olehNya .
Redha sajalah, dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik akan datang dariNya .


Hidup mesti di teruskan !!

Friday, February 10, 2012

Aku terasa sebak melihat rambut putih mu ..

 Terlihat rambut putih mak aku . Dah bertambah uban dia, rambut putih dah makin penuh dekat kepalanya . Aku cuma melihat rambut tapi hati aku dah tersentak amat sangat . Kenapa ? Tertanya pada diri , bila dapat aku balas jasa mu "mak" . Umur yang sudah 19 tahun, apa yang aku lakukan untuk mu "mak" . Jangan pergi dulu sebelum aku dapat membalas jasa mu "mak" .

 Pernah tak kita terfikir, di waktu kita tidur lena semasa bayi dialah yang bersekang mata . Kita menanggis tak selesa sebab lampin basah waktu tengah pagi, dialah yang bangun untuk tukarkan .  Dulu aku tak berapa terfikir dan tidak berapa nampak . Hari ini, entahlah .. Terasa amat sebak kat dada ni .
 Aku ada beberapa anak saudara, aku dah anggap seperti anak aku sendiri . Dan mereka agak manja dengan aku, bila aku pulang dari asrama tersenyum lebar diorang melihat aku . Dulu semasa aku berumur 15 tahun aku lah menjaga mereka dan aku rindu saat itu . Mereka mengajar erti kesabaran dan aku terasa amat bersyukur aku menjadi antara lelaki yang sabar . Dan sebab itulah aku sangat menghargai "mak", sebab aku tahu penat jerih menjaga walaupun hanya seorang.

 Setiap kali ingin pulang semula ke asrama, aku takkan lepaskan peluang untuk cium pipi dia antara nikmat paling besar pernah aku dapat . Kadang-kala kalau dia tiada di rumah, aku akan tunggu sebelum pulang ke asarama hanya untuk salam dan cium dia .

 Jadi rakan-rakan marilah kita cuba sedaya menjadi anak yang baik dan mempunyai akhlak yang baik untuk ibu bapa kita . Maaf jika perbuatan aku selama ini pernah menyakitkan hati rakan-rakan .



Moga Allah memanjangkan umur mereka ... Amin ..






Assalamualaikum .

     "saya memang anak mak"

Kenapa harus rasa begitu ?

 Tajuk dekat atas ni kau agak aku cakap tentang rasa apa ? Aku nak cerita tentang rasa di perguna dan mengapa kita sering kali rasa begitu tambahan lagi bila dengan rakan-rakan . Yakni bila berhadapan dengan rakan-rakan yang bila susah cari kita dan bila senang tak nampak bayang pun .

Jadi kita cari sebab dan sama-samalah kikis perasaan ini ye .!


1. Kurang keikhlasan dalam memberi pertolongan .


2. Mengharapkan balasan atas pertolongan kita.


3. Tiada niat untuk membantu kerana Allah.


4. Sentiasa bersangka buruk .


5. Membantu untuk mendapatkan sesuatu.


Ini sahajalah sebab yang boleh aku kongsi buat masa ini .
Mari kita berubah untuk kebaikan

PERHATIAN !!!  SELALU INGAT JASA ORANG TAPI JANGAN INGAT JASA KITA DEKAT ORANG ..


Assalamualaikum ~





Nak belajar buat ARTIKEL Bahasa Ingeris tak ?? [klik sini]

Jadi Artis Dengan You Tube (can I?)

 Apa itu artis ? Artis adalah mereka yang cuba untuk menghiburkan hati orang lain secara umum dab bukan secara berseorangan . Maka mereka digelar sebagai Artis You Tube . Tak terasa nak jadi macam tu ke ? Hehe . Lebih baik tak payah , la kan ~ Semua orang inginkan kemasyuran , tapi terdapat bayaran yang harus anda lakukan demi kemasyuran yang anda kecapi nanti .

Tapi aku nak jugak ~

Gaya Musik Aku 

ALBUM YOU TUBE AKU BHAI ~

Facebook Like Box ?

Ini adalah salah satu cara ingin menambah LIKE pada page anda .
Dapatkan HTML script dari PAGE anda .

Sila like .. :)





Terima Kasih sudi singgah . Babai ~

Thursday, February 9, 2012

Wanita dan Komputer

Sebelum anda membaca apa-apa, sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah untuk merosakkan atau mengurangkan peranan penting wanita dalam masyarakat kita. Baca di bawah hanya sebagai jenaka dan tidak lebih. Ini adalah bertujuan semata-mata untuk ketawa.

Wanita adalah unik dalam banyak cara (saya maksudkan berbeza berbanding kaum lelaki) dan keunikan ini khusus atau ciri-ciri tertentu yang merujuk kepada apabila menyamakan seorang wanita untuk komputer peribadi.

1) Seorang wanita adalah seperti komputer dan dia berharga lebih daripada apa yang anda fikir ia.

2) Seorang wanita menyerupai komputer peribadi bahawa dia tidak akan melakukan apa yang anda fikir .

3) Komputer seperti wanita: selepas anda telah mempelajari menggunakannya dan kemudian tidak boleh melakukannya tanpa mereka, anda mendapati bahawa satu tidak cukup.

4) Sesetengah komputer, seperti sesetengah wanita, memberi khidmat kepada ramai orang.

5) Anda boleh mancipta keajaiban dengan kedua-duanya dengan perlahan-lahan menggunakan jari anda jika anda hanya tahu kod yang betul.

6) Jika anda tidak aktif dengan mereka selama lebih daripada lima belas minit, mereka pergi (sleep) .

7) Seorang wanita adalah sama seperti sebuah komputer: anda gembira dengan apa yang anda ada, tetapi apabila anda melihat apa yang kawan-kawan anda ada, anda pasti anda mahu apa yang mereka ada.

8) Wanita adalah seperti komputer yang setiap hari program baru keluar menjanjikan untuk merevolusikan pengetahuan anda dan penggunaan mereka, tetapi selepas menghabiskan wang yang lebih banyak anda sedar bahawa tiada seorang pun daripada mereka bekerja lebih baik daripada yang lama yang anda miliki sebelum.