Friday, December 21, 2012

Pengorbanan ..

Entri untuk anak buah ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila kita bercakap tentang pengorbanan, kadang kala rasa macam
"Pernah ke orang lain berkorban untuk aku".

Sememangnya pengorbanan itu kita tak nampak . Kita fikir nikmat yang kita ada pada hari ini adalah sesuatu yang semula jadi tanpa ada pengorbanan.





Kalau nanti Eiman dan Aisyah dah berjaya dalam hidup, harap korang berdua kena ingat di sebalik kejayaan Eiman dan Aisyah adalah kerana satu pengorbanan .

Pengorbanan Abi dan Umi .. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada pembaca yang budiman :

Beberapa hari yang lepas Bapa mertua kepada kakak saya telah meninggal dunia . 
Pada hari petang Jumaat semalam Pak Cik saya pula telah kembali ke rahmatullah ..

Semoga roh mereka di cucuri rahmat .
Al-Fatihah 

Thursday, December 13, 2012

Dasuki Kasim part 2

***

"Macam mana ini kereta sudah siap ka ?" tanya seorang apek Cina kepada seorang pemuda.

"Sikit lagi la bos, bagi lagi 5 minit" kata pemuda tersebut sambil berbaring berada di bawah sebuah kereta Volvo putih.

Lama juga pemuda tersebut berada di bawah kenderaan tersebut dan berpeluhan di buatnya. Kemahiran membaiki kenderaan bermotor sahaja yang menjadi kepakaran pemuda tersebut.

"Bos sudah siap" kata pemuda tersebut kepada majikannya.

"Bagus Selamat, nanti lu ambil lu punya gaji tuk bulan ni dekat pejabat" kata apek Cina kepada Selamat.

"Terima kasih bos" balas Selamat yang berumur 20-an, bertubuh agak kecil setinggi 169 sentimeter, berkulit cerah dan berambut kerinting.

Itulah Selamat atau nama sebenar Dasuki, yang redha dengan rezeki yang di berikan oleh Tuhan. Selamat tidak meminta lebih dari Tuhan, jika dia mahu dia usahakan sendiri tidak pula meminta-minta. Kemahiran jadikan bekalan untuk mencari sesuap nasi.

***

Bersambung ..

Mari sama-sama baca al-Fatihah untuk Ibu Bapa kita.

Tuesday, December 4, 2012

Dasuki Kasim part 1

Entri ini khas untuk cucu
********

Waktu kelihatan agak redup setelah matahari tengah hari, baru sahaja menyelimutkan diri.

"Kau mesti pergi ke sekolah" kata Kasim dengan suara yang tinggi.
"Ah, tak mahu lah aku . Cukuplah sampai darjah dua" kata Dasuki dengan lemah.

"Sini kau!" Kasim menarik Dasuki ke sebatang pokok getah.
"Kau tak nak sekolah, biar aku ikat kau dekat pokok ni" dengan hati yang sayu, Kasim mengikat Dasuki pokok.

"Kalaulah kau tahu aku buat ni untuk kebaikan kau anakku supaya kau sedar kepentingan ilmu" kata Kasim  dalam hatinya.

"Harap kau akan serik dan akan ke sekolah esok" kata Kasim sendirian setelah 10 meter berlaluku pergi dari pokok di mana Dasuki di ikat.

"Kalau bapak tahu yang aku tak mahu menambah beban dia untuk menyekolahkan aku" keluhan Dasuki di temani air mata di pipi.

******


Esok harinya

"Lihatlah apa yang kau dah buat dengan anak kita sampai demam macam ni" kata Wiri isteri Kasim, sambil memegang dahi Dasuki. 

"Aku buat semua ni untuk kebaikan dia, hidup dia akan lebih cerah dengan ilmu" Kasim memberi penerangan kepada isterinya.

"Degil sangat budak ni, biar aku ajar dia" tambah Kasim.

"Selamat, ohhh Selamat jom main di parit" terdengar jeritan dari luar.

"Aku datang !! " sahut Selamat (Dasuki) sambil melompat keluar dari selimut yang membalutinya tadi.

"Dah baik ?" kata Wiri terpinga-pinga.

*********



Bersambung ..

Dasuki adalah Bapakku,

Kasim adalah Arwah Atukku dan Wiri adalah Arwah nenekku.

al-Fatihah.