Friday, December 10, 2010

FUHH!!

Aku pun tak pasti apa yang nak terjadi nanti. Fuh ,
Sehari seebelum SPM dah kena keracunan makanan . BM , BI , SEJ , fuh .. seminggu baru aku fully recovered, sihat la . pun masih pening-pening .

Physic , Kimia , Bio
Semua rasenye soalan sedang-sedang hampir nak ke tahap susah giler. maknenye susah la.

Sejarah nasib la..

Meiosis I
Aku tulih Meiosis je .
Primary structure protien
Primary protein
Secondary structure protein
Secondary protein.

so 3 markah gerenti hilang dekat biology .

Harap kerajaan meneruskan 'agenda' mereka.
Amin.


Haha dah lain maksud dah..

Seminggu Spm dah cuba sebaik mungkin .
keracunan makanan dah buatkan aku lemah semangat.

3 hari tak boleh makan .

Rasa macam dah nak shut down .

Rupanya ada orang yang shut down dulu .

Al-fatihah .

Naim, ada lagi empat puluh hari mungkin dia ada kat rumah .
Aku ingat sempat la, nak ajarkan dia Math . Benda yang dia tanya
'coordinate' . Masalah dekat bahasa Matematik ni .

Sambung cerita .
Lepas tu mak bapak aku pulak hadapi perkara yang sama .
Macam ambil penyakit ak pulak .

Betapa aku menahan kentut di dalam dewan .



Ya Allah, permudahkanla aku dan rakan-rakan

Amin.

Kalaulah dapat 'Straight A' macam main poker tu .
Aku tak tahu nak buat apa .
Macam mana nak tunjukkan kesyukuran dekat Allah .

Tapi kalau tak dapat takpa la.
Ada hikmah .

Bahasa Kita

Our life will always moving even we do not want it happen.
It is better to be a child and dont has to confront with a problems.
As we grow, the responsibilities also increase by time.
In teenager we are show the image of the country in the future.
As we adults we are work for the country. As we old, we hope our name are remembered in the country.

Actually I do not have any message to be sent in this long writing. Not too long but it is hard for a Malay to write in English. It is stupid to write in English. This kind of think, always shown by the non-optimistic people.

As prophet teach us for learn China. Seek for the knowledge.
Master at least four language.

But our education system try to use English . Why?
It is preparation in the IPTA. But if threre are student hard to understand the concept because the language problem. How could us achieve to IPT or IPTA . What kind of human that we generate when the statistis of mark is always low. We are seen as the clever student but actually our understanding is only 70 percent .

We are too proud to teach our children to speak English .
But why only English ? What about Arab or Mandarin or Hindustan .
I am jealous, when look the Indian and Chineese in Malaysia .they can speak about 3 language . Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris and their own language . But luckily for because I can understand Java , Indon , English , and Malay .

Wo ai ni . I love u
her shi . Dear
women . You
lau sher . Teacher

Panni . water

This are the word from Chineese and Indian that i know .
At least I try to learn it .
Haha .

Cobcm

C.O.B.C.M

cuma orang bijak cakap bahasa Melayu

Haha

Pengkritik hebat sememang yang orang melayu .
Kalau di lihat di kedai kopi .
Sibuklah orang Melayu .

Biarlah singgah di kedai buku .
Kak Ana sememang nombor satu .
haha .
Harap kak Ana ada blog .
Mungkin kalah semua orang .

Sedangkan Melayu kutuk Melayu .
"Melayu vs Boyan"
aku tidak campur, sebab aku Jawa Acheh .
Haha
Tapi kita tetap bangsa Malaysia .
tak kiralah boyan, india , cina , kadazan orang asli .
Kita bangsa Malaysia .

Itulah yang kerajan nak lakukan .
Lupakan takkan hilang Melayu di dunia .
Sebab wujudnya bangsa Malaysia .
Mungkin ini yang di perkotak-katikkan oleh mereka yang meng hina bangsa sendiri ..
Kenapa bangsa Malaysia ingin di wujudkan,
namun keistimewaan Melayu masih ada .
Aku tak kisah sebab aku pun Melayu .
Hidup Melayu .
Kalau aku boleh tukar nama bangsa kita dari Me.. layu ..
kepada Mem.. bara mungkin best lagi ..
Haha .. Gurau Jangan saman saya .

Bagaimana kalau, wadah pimpinan di pegang oleh Islam .
Bukan ingin memperkotak-katikkan zaman dahulu .

Sedangkan semasa kerajaan Umaiyah .
Pimpinan di gerakkan secara monarki .
sistem perwarisan.
Sedangkan Khalifah Hassan (mungkin) anak Khalifah Ali meletakkan perjanjian pemerintahan tidak seharusnya secara perwarisan .

Di zaman Turki Uthmaniyah pula .
Muncul golongan Mawali .
Wujud perbezaan dari Islam Arab dan Islam bukan Arab .
Prejudis mula berlaku .

Bagaimana Pas ingin wujudkan sebuah kerajaan sepenuhnya Islam .
Sedangkan dahulu pun berlaku prejudis .
Seseorang yang tegas perlu memimpin .

Kenapa anak-anak kita ingin menjadi Perdana Menteri ?
Mungkin apabila melihat Perdana Menteri seseorang yang kaya !
Sedangkan Khulafa ar-Rasyidin hidup sederhana tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri .
Mereka memang layak di contohi .

Politik Malaysia .
Kalau aku cuba mengelakkan dari memegang sebuah amanah .
Sebab bagi aku amanah paling berat sekali .
Tapi orang politik 'undilah saya' .
"Biar saya masuk neraka kalau amanah yang diberi saya buat main2 "
Mungkin aku akan mengundi mereka yang berada dalam keluarga yang susah sebab , mereka pernah dan tahu erti susah dan ingin mengubahnya .

"So apa kata anda" tag line aku ..
Assalamualaikum .
SPM part 2

Setelah di fikir. aku perlu menjadi seseorang di Malaysia ni.
Abang dan Kakak .
Menghadapi masalah yang lebih sukar.
lebih-lebih lagi soal pelajaran .

Ibu bapa berhijrah ke Kuala Lumpur .
Masalah dalaman .
Dengan bersumberkan kemahiran membaiki kenderaan , bapak mencari rezeki . Bukan sebuah syarikat yang sistematik dapat di bina .
Kerana tiada sistem yang effisien .

Mak membantu sedaya upaya .
Bermacam-macam kerja .

Abang dan Kakak .
Huh, aku dan kawan-kawan patut bersyukur .
Betul . Memang sangat perlu bersyukur .
Adik-beradik
Bukanlah mereka dari pelajar yang pintar .
aliran sains cuma seorang diantara mereka .
Dan dia paling di kagumi .
Kepayahan tidak melunturkan semangat dia .

Aku pun perlu lebih hebat .
Memandangkan kemudahan yang aku miliki dua kali ganda daripada mereka .
Sesuatu harus di lakukan.
sejak FOrm 4, aku dah sedar benda ni .
Tapi , kenapa usaha aku tak sehebat mana .
Wanita di kelas aku mula bersaing .
Soalan bocor adalah favourite, sehinggalah SPM .
'Spot' . Aku teruskan dengan usaha aku skodeng trial negeri lain .
Biology memang best . Kena sikit je dari trial2 yang aku buat .

Nasib pak cik la..
Aku harap aku boleh ke luar negara. Hehe
Sponsor la aku .
Wanita kelas aku cakap 'overseas' baru ada kelas cakap omputih .
*Cuma orang bijak je cakap Melayu* .
Perlu keluar negara, mendapatkan pHD .
itulah dunia, ijazah tak di pandang lagi .
Luar negara, itulah yang di pandang .

Doakan kami ..

Wednesday, December 8, 2010

Seperti Petanda Malam (SPM)

SPM

Perkara yang amat penting bagi aku . Tapi kali ini berbeza dengan PMR. Sewaktu PMR aku cuma ingin bersaing dengan rakan sekeliling dan kerana seseorang juga. aku tidak terfikir untuk apa aku menghadapi PMR . Sewaktu UPSR langsung aku tak kisah dan sebenarnya aku tak tahu apa itu UPSR . Waktu itu tidak ada perkataan 'ulang kaji' dalam kamus hidup aku.

Tapi mungkin berbeza kali ini, aku berharap sangat dan membuatkan aku sedikit tertekan. Berada dalam keadaan ini memang sangat penting untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah. Hanya 1 per tujuh dari adik beradik aku yang faham . Walaupun sebenarnya tidak dapat diselesaikan pun . Keadaan yang kucar-kacir dalam hidup aku membuatkan aku rasa rendah diri. Aku tidak pernah cuba untuk skor dalam peperiksaan walaupun sebenarnya boleh.

Aku tidak tahu mengapa aku begitu malas dan mengambil ringan pada mulanya. mungkin betul cakap cikgu "masso awak tak belajar ye!" .
Haha . Pada hujung tingkatan 4, seseorang telah hilang dari hidup aku . Aku sedar akan hakikat itu tetapi entahlah lain sungguh rasanya . Sejak itu hidup aku seperti berada dalam hanyalan.

Ibu bapa aku bukanlah seseorang yang menekan dalam akademik dan antara usaha mendidik aku hanyalah menghantar ke sekolah . Dan nasihat saya kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang menekan dan membantu dan memaksa anda untuk belajar, anda sememangnya harus bersyukur. Aku juga bersyukur kerana aku tidak tertekan dengan ibu bapa. Tetapi kadangkala konflik yang berlaku membuatkan aku terharu.

Aku banyak belajar untuk bersabar. Hidup dengan anak-anak abang dan kakak mengajar aku erti kesabaran. Kadakala buku aku di conteng dan hilang. Keadaan rumah yang sering riuh, membuatkan keadaan tidak kondusif. Sewaktu orang lain sibuk tusyen, aku di rumah melayan anak-anak saudaraku. Merka semua cute2, berbanding Cikgu tusyen kau orang . Dan bila malam terlalu letih, aku cuma menonton televisyen kerana penat mungkin. Dan esoknya kerja rumah tidak siap dan berhadapan pula dengan amarah daripada guru-guru.



Masalah kewangan dahulunya sering timbul, tetapi apabila aku menerima biasiswa aku tidak ada masalah itu lagi. 20 ringgit sememangnya cukup untuk satu bulan. Hebatkan aku.
Berlambak buku aku beli. Latihan juga, tetapi masa tidak mengizinkan. 24 jam tidak cukup .

Semua orang merungut dengan masalah begitu juga ibu aku, masalah orang tua dengan keadaan yang sakit-sakit dan terpaksa untuk melakukan kerja rumah. Kadang kala rungutan tentang adik beradik lain . Haha atau erti kata lain mengumpat, ini cuma proses untuk mengenali seseorang.

Guru mungkin menghadapi cara hidup yang berbeza dengan aku, dan pemikiran mereka juga berbeza. Sememangnya sifat aku tidak ingin faham walaupun perlu faham. Nasib baik ada Hasif dan Redza . Ketika aku ketinggalan di belakang merekalah tempat bertanya . Redza dengan sifatnya yang sering berfikir secara kritis membuatkan kami sering berdebat. Hasif pula hanya merancang untuk masa depan dan sering focus dengan kerja sekolah. Aku sibuk dengan ko-kurikulum .

Sifat aku yang sering mengganggu rakan-rakan lain harus di hentikan. Haha . Aku ingin mohon maaf kepada mereka . Gurau-gurauan aku sememangnya pelik . Bayangkanlah majoriti kelas adalah wanita .
3 setengah lelaki . Ain menjadi pakar motivasi peribadi aku . Adila tempat bermanja . Selina tempat untuk mencari perkataan atau kamus . Amira tempat untuk bergosip dan dia sering merajuk . Hanisah tempat jual minyak dan Hafiza, aku tak faham dengan dia ni .

Masalah sering berada dekat dengan kita, mungkin mereka takkan pernah hilang. Masalah aku adalah diri yang sering emberi alasan untuk tidak melakukan sesuatu. Apatah lagi dengan keadaan aku yang sering demam apabila peperiksaan sedang hampir . Kelas aku tidak masuk dam banyak perkara yang aku tidak faham. Lebih-lebih lagi sillibus yang hujung-hujung. Mngkin demam anda cuma demam biasa. Namun tidak aku, apabila demam asthma juga menghampiri . Mungkin anda tidak tahu keadaan asthma bagaimana.
Atsma
Sukar bernafas
Sakit-sakit badan
Tidak ada tenaga untuk bergerak
seminggu baru sihat.

Haha
Masalah-masalah.
Saya doakan anda akan dapat mengalahkan masalah anda . Dan jangan jadi seseorang yang bermasalah. Amin.

semua ini akan berakhir.