Saturday, February 18, 2012

Menyampaikan sesuatu dan menerima sesuatu ? [Komunikasi]

Di antara mesej dan cara penyampaian mana lebih penting ? Bagaimana untuk menerima sesuatu mesej ? Apakah kesan apabila terdapat kesalahan dalam penyampaian .
Perkara ini kurang di ambil berat dalam kalangan masyarakat . Informasi yang di berikan kadang-kala tidak sampai dengan tepat maka akan timbul isu-isu yang lebih merumitkan seperti perkauman .

Kegagalan dalam penyampaian sesuatu mesej dapat menjejaskan satu hubungan sama ada skop masyarakat mahupun individu . Maka seharusnya setiap dari kita belajar untuk menyampaikan dan menerima sesuatu yang di sampaikan .

Sebagai Penyampai :

1. Menyampaikan sesuatu mesej dengan teratur dan tenang mengikut aliran ataupun kronologi .
2. Menyampaikan hanya sesuatu yang betul-betul pasti tanpa ada niat untuk menokok nambah sesuatu informasi .
3. Menyampaikan dalam keadaan yang tenang supaya mesej itu sampai kepada penerima .
4. Tidak meletakkan pendirian anda sendiri dalam sesuatu mesej dan menyakinkan orang lain untuk memegang dengan pendirian anda .

Sila lihat video di bawah :



Sebagai Penerima:

1. Mendengar dengan teliti sebelum membuat sebarang spekulasi .
2. Menerima dengan tenang dan bersedia dengan apa berita yang di sampaikan .
3. Tidak menerima sebarang mesej membabi buta tanpa ada usul periksa .
4. Bersikap lebih terbuka dan jangan cepat melatah .

p/s: Gagal dalam komunikasi anda mungkin gagal dalam segala perkara . Sila ambil perhatian .

No comments :

Post a Comment