Monday, August 26, 2013

Mendaftar di 8share !

Alahai, dunia serba canggih ni . Macam-macam cara boleh buat nak dapatkan duitkan ? Di tambah pulak dengan ada sosial network ni . Kongsi dekat Facebook jer, insyaallah ada la sikit.



 Memandangkan kesan Facebook terhadap masyarakat teramat yang kuat maka banyak syarikat-syarikat besar mengambil peluang untuk mengiklankan produk mereka di Facebook, Twitter dan sebagainya. Dengan 8share memudahkan lagi urusan pengiklanan . Dengan sosial network, pengiklanan di dalam televisyen dan billboard(papan iklan besar dekat tepi jalan) dapat di kurangkan.


haha .. suka-suka ja sign up dapatla RM 5.40..

 Mungkin apa yang lebih seronok, budak kecik yang dah pandai main Facebook pun boleh buat. Tak payah tunggu 18 tahun boleh cari duit teruslah ..



Daftar 8Share




Monday, May 6, 2013

Politik

Demokrasi di Malaysia masih belum mencapai kematangan . Macam yang aku cakap masing-masing tak nak bukak minda dan berfikir apa itu demokrasi .

Tak tahan bila ada yang cakap fasal, Islam lawan Islam kemudian Melayu lawan Melayu . Apa salahnya, ini persaingan sihat . Siapa yang lebih di percayai dialah yang mendapat tempat untuk memimpin. Sebagai analogi, kawan aku Melayu dapat nombor satu dalam kelas jadi sebagai orang Melayu aku tak boleh bersaing dengan dia nak dapatkan nombor satu ?

Lagi satu, fasal "mengenang budi dan tak reti bersyukur" . Heyh, come on la . Rakyat itu kerajaan, BN dan PR itu cuma parti yang bertanding . Kalau kau dapat BR1M pun, itu kerajaan Malaysia yang bagi.

Akhir kata, aku tak belah mana-mana pihak . Sebab aku pun tak nak jadi macai sejati . Aku cuma nak bukak minda kepada yang membaca entri ni . Cuba faham apa itu demokrasi . Dan lagi satu statement tak boleh blah . "Cuba bukak buku sejarah balik, siapa yang memperjuangkan Melayu kalau bukan UMNO ". Kalau aku tanya siapa pengasas UMNO korang bleh jawab tak ?

Nampak macam aku lebih kepada pembangkang kan ? Tapi salah korang jugak guna statement salah .

Monday, April 29, 2013

Kejatuhan Tamadun dan Kaitan Dengan Kita

Tamadun bermula daripada tiada apa . Dan apabila manusia itu merasa tidak cukup, mereka akan berusaha untuk mencari yang lebih lagi . Tamadun menurut Ibn Khaldun adalah sesuatu yang lebih daripada cukup .

Apa yang dapat kita lihat, tamadun mempunyai beberapa peringkat.
1. Peringkat Awal
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Kemuncak
4. Peringkat Akhir .

Tamadun itu bagaikan pusingan roda, sekejap berada di atas dan sekejap berada dibawah .
Tamadun juga sama sifatnya seperti manusia .

Manusia pada mulanya miskin dan tiada apa . Kemudian dia mula sedar akan kedaifan itu dan kemudian mencari jalan untuk mengubahnya . Dan setelah sampai kejayaan, kemudian dia mula lupa diri dan lupa tuhan . Kemudian kealpaan menarik kepada kejatuhan mereka sendiri .

Begitu juga setiap tamadun yang sebelum ini, tiada apa yang kekal. Malah Malaysia juga akan musnah dan itulah hakikatnya yang harus kita terima . Cuma tunggu masa . Apabila pemerintahan bertukar kepada anak turun temurun, keadaan menjadi lebih sukar kerana si anak tidak tahu apa perjuangan si bapa pada awalnya.

Movie "In Time" lakonan Justin Timberlake kini bermainan dalam fikiran aku sekarang. Barulah nampak mesej filem tersebut . Wang dan nyawa mereka adalah satu iaitu masa yang juga umur mereka, setiap hari harga keperluan harian mereka meningkat . Kenaikan harga bukan kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah, tapi hakikatnya untuk si penindas dapat hidup lebih lama .

Dunia realiti juga begitu, kenaikan harga barang untuk apa ? Apa yang aku nampak cuma pengerahan tenaga si buruh untuk bekerja lebih masa . Terpaksa mereka bekerja lebih masa untuk si penindas yang di atas. Si buruh bekerja demi mendapatkan sesuap nasi .

Monday, April 15, 2013

Berlakon

Mula-mula tak ambil berat sangat pasal bakat berlakon yang aku ada . Tapi semakin hari macam satu keperluan untuk berlakon . Haha .

Sebagai contoh kita terbangun lambat untuk pergi kelas . Kita boleh pergi klinik ambik MC . Tak pergi kelas sebab bangun lambat boleh boleh ambil MC ? Haha, itulah gunanya berlakon .

Berlakon terukk ..

Tapi jangan buat selalu nanti kita jugak tertinggal pelajaran .
Tapi awak yang baca ni tak yah berlakon teruk .. Sebab awak dah memang teruk !!!

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen bubar 3 April 2013

Penuh pulak Facebook dengan pembubaran parlimen . Teringat dulu sebelum wujudnya Facebook, " i am never give a damn to politic" . Masa tu mungkin kecil lagi cuma fikirkan aku rakyat Malaysia . Tapi zaman dah berubah, semua budak-budak jadi lebih matang dan lebih berfikir tentang negara mereka . Tak mustahil dalam masa 20 tahun, Malaysia akan jadi bertambah maju. Bukan sebab kestabilan tapi kerana sifat rakyat yang pandai mendesak .

Politik adalah lumrah dalam hidup, kita semua berpolitik . Pernah tak kita berlakon baik untuk dapatkan sesuatu daripada guru atau mak ayah . Tak pun usaha untuk dapatkan keputusan cemerlang untuk dapatkan perhatian orang. Secara jujur, itulah sifat aku .. haha . Kantoi yang aku ni baik-baik kucing . Orang politik ni, orang cakap al-Quran dia pegang dan arak pun dia minum . Dasyhat kan pandangan orang Malaysia. Kepada cucu, politik sememangnya akan wujud permainan kotor . Kalau ada yang nak berpolitik, ingatlah yang paling berat adalah amanah ..

Askaren ..

Lama tak berblog, nak tukis ayat panjang-panjang pun tak berapa nak pandai sekarang ni .. untuk cucu atuk masuk Rotu, sebabmya nak belajar mendisplinkan diri .

Dari ada rambut panjang, sekarang ni rambut panjang dah tak ada .

Sunday, February 10, 2013

Dah 20 tahun bang ~

Whoooahh .. Tengok dekat analytic sebelah kanan tu ~  Dah 11 ribu orang jengah blog ni .

Terima Kasih .. Sayang awak semua ..

Dalam tak sedar, dah 20 tahun dah aku hidup dekat dunia yang fana ni .Sedangkan rasanya baru semalam aku buat blog ni . Bila dah tua ni, aku semakin sedar yang cita-cita bukan macam angan-angan. Dulu masa kecik-kecik dulu kita masing-masing ada cita-cita tinggi gila ! Dan dalam fikiran cuma ada AKU PASTI BOLEH JADI.

Bila dah semakin tua ni rasa macam fuhhhhhh, jauhnya perjalanan dan berliku-liku rupanya (macam susah sangat ja) . Dan perjalanan 20 tahun hidup ni buatkan aku berubah sedikit demi sedikit. Ego aku semakin hilang, dan kepercayaan terhadap kepada kemampuan diri semakin merundum . Apa yang jadi dekat aku ni bukan sesuatu yang tak baik tapi sesuatu yang baik jugaklah . Sebab dah 20 tahun, baru aku tahu bila kita nak sesuatu banyak pengorbanan dan usaha yang perlu kita buat.




"Dan setiap kali aku jatuh dan lemah ada seseorang yang buatkan aku kuat dan bangkit balik" . << Statement macam ni ni kalau gadis baca mesti dalam hati diorang "saya ke?", haha gurau-gurau .
Tapi sebenarnya orang yang aku nak bagitau tu, adalah mak akulah kan . Mak adalah musuh ketat aku masa kecik-kecik dulu . Akulah yang patahkan penyapu, pecahkan tingkap, lari rumah, dan macam-macam lagi tindakan yang sengaja buat dia sakit hati. Menangis ni ~

Apa yang dalam fikiran cuma, mak semoga panjang umur supaya sempat "bangen"(nama manja aww) berbakti bawak mak pusing-pusing satu Malaysia . Kenapa pusing satu Malaysia ? Sebab itulah yang dia nak, kalau boleh menantu nak jauh-jauh sebab senang nak melancong. .




20 tahun, ni aku cuma tahu ada orang yang datang dan pergi tapi ada seseorang yang dari dulu dia ada dan sampai sekarang dia ada lagi iaitu MAK.

p/s: Sayangi Mak Anda sementara dia masih ada . al-fatihah untuk Ibu bapa kita .. :)