Sunday, October 30, 2011

Aku dan Kampung


 Salamah , aku nak cerita apa ye pasal kampung ... Hmmmm .. haha .. Maklumlah kampung aku tak adalah jauh mana, dekat Kuala Selangor saja lah .

 Aku tak sempat nak tengok muka kedua-dua atok aku .
Dan sekarang ni aku cuma tinggal satu orang sahaja NENEK ..

 Okeyh , "proceed" kepada cerita kampung lah . Aku ada satu kampung sahaja yakni Kuala Selangor, sebab ibu dan bapak aku memang asal dari sana lah .

 Jadi jom tengok kampung aku ...... zasssssss...



Bukit Hijau, Kuala Selangor .. :)





Yeah , menoreh la kita kat belakang rumah ..

Hmmm ... takde lah besar mana tanah kat belakang ni , tapi boleh nak di manfaatkan . 

Maklumlah getah kan memang penting .
 Tanpa getah siapa kita .. 
Kita akan lambat ke sekolah jika tiada getah, tiada lah tayar kereta ..





this is not about STRENGTH , this is about SKILL ..

Yeah bukan senang saja kau  orang nak main tarah tu . Kena lembut-lembutlah, baru cantik dia punya sistem saliran tu .. 



Ni adalah getah susu , aku pernah rasa sikit lah .. Boleh tahan lah  .

Beberapa hari jugaklah kalau nak penuh macam ni, sekali toreh dapat berapa mililiter saja lah .. Toreh jangan tak toreh lah .




Yang ni CENDAWAN .. aktif di waktu pagi .. Tumbuh kat kayu-kayu mati ..


Sedaplah cedawan tu .. Ingat lagi masa pembakaran secara besar-besaran kat belakang rumah tu .. Banyaklah pokok yang mati lepas pembakaran . Jadi dapat lah kumpul masa tu .. Tak sabar bila nak bakar lagi kebun ni.. hahaha ..






madang time .. Sarapan lah ..  teh tarik dan roti canai .. 


Kos hidup kat kampung murah lah .. Makanan kat sana pun murah-murah . Tapi nak pergi shopping mall memang takde lah kan ~





Biji getah ni .. tetiba lak abang aku pergi kutip ..


Abang aku teringat pulak zaman kanak-kanak dia .. Maklumlah Play Station tak ada masa tu kan~



PICIT dan tekan antara dua biji, sapa punya yang pecah dia kalah lah~





ni kelapa sawit lah ~

Baring-baring dan tangkap gambar lah~

































Friday, October 28, 2011

Aku dan SPM ..

  Okeyh , cerita aku dan SPM ni sajalah nak mengimbas masa lalu . Aku suka bagi gelaran dengan peperiksaan besar ni . nak tunjukkan tahap kesusahan beliau aku bagi nama dia "SEMUA PASTI MATI" a.k.a SPM . Supaya aku meletakkan satu usaha yag amat tinggi terhadapnya(sebenarya last minit je ) .

 Macam biasalah , time nak dekat periksa banyaklah soalan soalan spots diramalkan . Jadi bagi orang yang pencinta ilmu ni , tak nak soalan-soalan ni pada mulanya . Tapi akhirnya kena akur dengan sistem pendidikan di negara ni . Maka dengan senang hati , cuma baca yang spot sajalah .

 Aku mungkin tak ada kenangan manis dengan "SPM" ni  . Tapi mungkin di hujung hidup aku yang pahit akan jadi manis juga (tak faham ? tak yang faham lah ) .

  "SEMUA PASTI MATI", betul-betul waktu SPM tu aku rasa macam nak mati . Aku kena "food poisoning" . Nafsu makan yang melampau lah katakan . Satu apa pun tak boleh masuk dalam perut . Masuk sikit , muntah semua . 'uweeeekkkkkkkkkkkk '  kasik sound effect sikit .

 Maka dengan kurang redhanya aku jawablah exam . Dengan menahan angin sepoi-sepoi bahasa kat bawah ni . Letih memang letih . Berapa percent konsentrasi hilang pun aku tak tahu . Tulisan aku memang kasik cakar ayam punyalah .
(TULISAN PERLULAH CANTIK KALAU NAK MARKAH LEBIH YE) nasihat sikit ...

Akhirnya dapatlah result  %$!#@%#!^%@  malulah nak cakap .. huk2 ..


                                                                                  UTM

 Kemudian masuklah aku ke UTM KL.. Kos aku adalah Pilihan yang keempat ni ..
Maklumlah result tak berapa best kan~ ..
"But nevermind"lah , sebab UTM KLdekat dengan rumah SAYA dan kos aku ambik ni TERBAIK~ termasuklah kawan-kawan aku ..
p/s: tapi adalah beberapa orang yang aku meluat .. hehe ..


p/s lagi : hmmm .. yang result gempak2 tu bukan ye diorang pandai pun .. cuma menghafal dan SPOT soalan saja .. Janga risau rezeki di mana-mana . (ayat ni cuma nak sedapkan hati je lah ) hehe

Thursday, October 27, 2011

Programming

Haha ..

Saja lah nak ajar sikit saja ..

tapi bukan dekat sini

dekat :  http://fikirlagi.blogspot.com/

selamar membacalah .. :)

Wednesday, October 26, 2011

Najwa Latif minat aku lah .. =)

Maka bercutilah aku dengan beberapa hari .. Hmm .. sebulan lah lebih kurang .. Malas la nak cari kerja .. tiada kawanlah ..
So aku habiskan masa dengan install macam-macam benda lah .. JAVA, ANDROID, ECLIPSE etc ..
Walau aku tak tahu guna ..

Aku cuma nak tunjuk macam mana nak tipu orang .. dengan Google Chrome .. hehe ..

TEKAN kat GAMBAR tu kalau tak clear .. :)



haha .. tengok Najwa Latif pun minat aku lah ..

haha .. tipu je aku buat macam ni lah (bagi yang tak tahu ye )



pergi ke TULISAN tu .. pastu kasi dia BIRU .. the RIGHT CLICK la ..
tekan INSPECT ELEMENT ..


lepas tu nanti dia keluar macam ni .. kemudian tgok kat yang biru
cari yang macam ni   [>....<] 



Double Left CLICK ...


Taip lah , apa yang korang nak .. ^_^ ..


akhir sekali tekan ENTER .. pastu print screen .. sebarkan kat kawan2 .. hehe