Sunday, May 20, 2012

Polis memang suka pukul orang ke?

Kadang-kadang aku pun tak berapa nak faham dengan Malaysia ni . Sepatutnya bila nampak polis kita rasa selamat, sebab diorangkan~ pelindung rakyat . Tapi aku rasa macam lain pulak, bila aku nampak polis je ! "alamak polis!". Walaupun masa tu aku tak buat salah, aku tetap rasa macam tak selamat je bila nampak POLIS.

Dalam kepala otak aku ..

"Polis ni kalau nak menganiaya aku, senang-senang je nak fitnah aku"

Lagi satu bila sampai kes pukul pulak ..

Di ambil dari myMetro

Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan

ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di sini tidak mempunyai lesen sah perniagaan.
Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira pukul 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen.
Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu.

Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis.

"Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam pajero sampai ke balai," kata Lay kepada pemberita di sini hari ini.

Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja.

"Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan," katanya. - BERNAMA

aku malas nak cakap fasal polis ni sangat . lalalala.

[Cara mempertahankan diri ]
Info ni untuk orang yang nak sediakan payung sebelum hujan. :)

Thursday, May 10, 2012

Sebalik cerita UTMKL .. UPU dan SPM ...

For your information, cucu-cucu ku atuk sekarang study dekat UTMKL dalam Bidang Sains Komputer (IT) .

So nak buat cerita sikit .. Tak tersusun tapi kalau faham . oklah ..

Bulan-bulan sebelum SPM ...

Hiyakkk .. Atuk pulun habis-habis download semua soalan percubaan yang ada mana-mana website dan blog entah atuk bukak .. Atuk tak pergi tusyen, so usaha kena lebih sikit nak cari bahan tu ..

Bila ada masa free pergi ke surau ... Lagi-lagi bila masa puasa dulu, berqiamulail sahajalah, buat solat hajat banyak-banyak tapi atuk hajatkan apa yang baik untuk atuk bukan yang terbaik .. maksud atuk kat sini tak kesahlah apa pun asalkan atuk boleh ngam dengan kos tu .. Atuk tak nak pulak kalau dapat jadi doktor, jadi doktor hampeh sebab tak mendalami tugas doktor ~

Beberapa minggu sebelum SPM ...

Bahan dah banyak
Wacha.. Atuk buat semua kertas peperiksaan percubaan dari semua negeri .. Takdelah semua, ada negeri yang tak dapat buat .. Ada la analisis sikit-sikit pasal soalan-soalan tu .. Tapi takdelah sehebat analisis yang cikgu tusyen korang bagi. Tapi sekurang-kurangnya anilisis sendiri, tak terima suap-suap.

Dua hari sebelum SPM ..

Atuk tolong kenduri dekat moyang Iman .. Masa tu hujan .. Atuk dengan angkuh cakap, "ala takkan demamlah .."

Sehari sebelum SPM ...

Ada lauk kenduri, atuk pun makan daging-daging yang ada sepuas hati esok nak periksa besar dah ~

pukul 3 Pagi tu ..

Terjaga tengah-tengah pagi ... "Uweeeeeeekkkkkk" Atuk muntah, terkena keracunan makanan .

Masa SPM ..

Atuk kena demam keracunan makanan tak silap atuk untuk kali yang pertama . Tapi kenapa masa tu jugak ?
Dua minggu, tak sihat .. Tak makan sangat .. Atuk tak sempat nak buat ulang-kaji ..

Atuk minum air "Uwweeeekkkkkkkk"
Makan " Uweeeeeeeeeekk"

So kena la berlagak kuatkan diri melangkah ke dewan peperiksaan..

Dalam dewan ..

"Aduh sakit perut, ahh conteng je la .. buruk pun buruuk lah"

Waktu itu atuk bekerja tengah duduk dalam lori nak hantar peti ais ke rumah orang tapi lupa pulak hantar area mana masa tu.  Satu panggilan telefon telah di lakukan oleh abang atuk, Masdi .

"Hello, yen kau kat mana?" kata atuk Adi.
"Tengah kerja ni, kenapa?" jawab atuk korang.
"Yang nak masuk univesiti tu dah buat belum?"tanya atuk Adi.
"Belum lagi" jawab atuk balik.
"Ambik UTM la murah sikit" kata Masdi.

Dekat sini atuk tak pasti UTM ke UiTM ? Berbanding UTM dengan UiTM .. UiTM lagi murah .
Balik rumah semua atuk isi UTMKL kos je lain-lain.. haha

Satu lagi panggilan dari orang yang tak di kenali.

"Hello, boleh cakap dengan Ma#ssoli&en " tanya Rohaini binti Jumaat (susah sebut nama atuk la tu).
"Ye saya cakap ni " jawab atuk.
"Akak dari PTPTL, kalau adik berminat untuk belajar di PTPTL bagitahu akak ye" kata akak tu.
"Ok" jawab atuk.
"Adik suka apa?" tanya akak tu lagi.
"Minat nak belajar buat software" jawab atuk.

"Ouh, itu kena ambil IT , Information dan Teknologi ..." kata akak tu ..

Ke empat ... Sains Komputer adalah pilihan yang ke empat dari lapan ...

Dapat keputusan UPU ...

Tertulis ~ Tahniah anda terpilih untuk Sains Komputer (IT) UTMKL ~

muka atuk macam ....   = =" .. "apa benda ni ?" ..

tawaran matrik tak dapat, sebab salah isi form ..

Lepas tu berbincang dengan abang macam mana nak tukat kos atau tukar Universiti lain .. Nak masuk UiTM .. (ahahaha .. orang berebut nak masuk UTM atuk nak keluar pulak .. hehe) ..

Pergi mana-mana bila jumpa kawan-kawan sekolah atau bila cerita fasal universiti .. Cakap atuk dapat sains komputer je ..

atuk kena jadi kuat sikit terima kenyataan ..

"Eleh, sains komputer senang je dapat tawaran tu .. "

"Sains Komputer dah ramai sangat, susah cari kerja"

"Abang sedara aku sains komputer, sampai sekarang tak ada kerja"

Atuk betul-betul down ~ shit !

Tapi sekarang dah ok dah . Lepas pergi Skudai, Johor untuk dengar statistic, lepas buat kajian sendiri tentang bidang ni. atuk rasa ok dah .

Yang atuk ambik IT tu sebab nak jadi software engineer .. Kena lepas IT tu dulu .. tapi tak kesahlah ..

waiting will worth ..

i hate this shit but we need this shit ..

Cara alternatif cara buat duit dengan clickbank .. Ketahui lebih lanjut ! Dekat sini .

Monday, May 7, 2012

HTML code untuk IKLAN !!

IKLAN FLOAT

Code dekat bawah ni untuk iklan jenis FLOAT .. Cuba tengok dekat bottom blog ni ada satu iklan yang bergerak dan sentiasa ada walau anda skrol ke mana-mana pun.

untuk ubah kedudukan tukar bottom, kepada top, left, atau right,

IKLAN BIASA

Boleh tentukan saiz anda sendiri .. tukar 180 dengan 60 tu ikut suka

Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 cerita untuk cucu-cucu

Terasa macam nak cerita pasal Bersih la pulak ~ Takda ada niat nak menyebarkan apa-apa mesej, cuma nak cerita sikit lah untuk cucu-cucu aku nanti baca . Mungkin masuk buku teks sejarah ke nanti .

Memandangkan atuk pun tak tahu Bersih 3.0 ni tujuannya untuk apa ? Mungkin pembangkang nak mansuh PTPTN kot ..

Cuma soal PTPTN ni, atuk nasihatkan belajar sungguh-sungguh lepas tu insya-Allah dapat kerja yang baik . Lepas tu boleh bayar balik pinjaman tu, soal PTPTN ni atuk jadikan peringatan la untuk atuk . Kena belajar sungguh-sungguh untuk bayar hutang ~ Mana tahu PTPTN boleh "alter to"(tukar) biasiswa

Ok, berbalik ke BERSIH 3.0 ~

Siapa yang paling untung ? Jawapannya adalah media massa . Sebab diorang ada cerita nak tulis dan atuk rasa orang pertama sampai dekat Dataran Merdeka pada 28/4 tu adalah WARTAWAN dengan kamera mereka . (kerana BERSIH jugak, blogger dah bersedia nak panaskan cerita ).
Dan diorang akan pecah otak nak tulis, adalah HEADLINE (Tajuk ) dekat muka depan surat khabar dan blog.
Kalau nak tahu buat masa sekarang ni TV3 memang betul-betul 'bias' sikit sebab nampak sangat 'Pro-kerajaan'. Senang kata kalau dapat control atau kawal media massa ni, senang je nak kawal pemikiran rakyat .

Baiklah, masuk bab politik pulak . Kenapa sibuk nak berdemonstrasi ni ? Jawapannya konon nak menegakkan hak masing-masing. Tapi bagi atuk adalah cuma sebab kuasa !
Apa ada dengan kuasa ? Dengan kuasa boleh dapat duit dan dengan duit juga boleh dapat kuasa.
Kalau dulu orang berkumpul jugak kut, menentang Malayan Union tapi kenapa demo Bersih terok macam ni ?

Sebab ada KONSPIRASI, kalau nak tahu ada orang yang rancang semua ni dan mengharapkan huru-hara ni .

"Erm, apa kata kita letak polis situ untuk peserta-peserta Bersih ni pukul Polis tu" kata perancang KONSPIRASI .

"Kita memang nak huru hara berlaku, biar orang luar negara ni nampak yang Malaysia ni dah korup dan huru-hara" kata PEMBANGKANG . (atuk chill je dekat Langkawi waktu ni . hehe )

"Bagus huru-hara berlaku ! Kita boleh cakap BERSIH ni merugikan dengan putar belit media massa" kata KERAJAAN. (malas baca berita .. tidur lagi best)

"Pergh, laku klinik aku lepas ni" kata DOKTOR.

Oklah, sedap je aku tulis . Tak pasal2 kena buang jugak . Nasib baik aku tak femes ...
Haha ..

salam ~

I hate this SHIT, but I need this SHIT