Friday, February 10, 2012

Aku terasa sebak melihat rambut putih mu ..

 Terlihat rambut putih mak aku . Dah bertambah uban dia, rambut putih dah makin penuh dekat kepalanya . Aku cuma melihat rambut tapi hati aku dah tersentak amat sangat . Kenapa ? Tertanya pada diri , bila dapat aku balas jasa mu "mak" . Umur yang sudah 19 tahun, apa yang aku lakukan untuk mu "mak" . Jangan pergi dulu sebelum aku dapat membalas jasa mu "mak" .

 Pernah tak kita terfikir, di waktu kita tidur lena semasa bayi dialah yang bersekang mata . Kita menanggis tak selesa sebab lampin basah waktu tengah pagi, dialah yang bangun untuk tukarkan .  Dulu aku tak berapa terfikir dan tidak berapa nampak . Hari ini, entahlah .. Terasa amat sebak kat dada ni .
 Aku ada beberapa anak saudara, aku dah anggap seperti anak aku sendiri . Dan mereka agak manja dengan aku, bila aku pulang dari asrama tersenyum lebar diorang melihat aku . Dulu semasa aku berumur 15 tahun aku lah menjaga mereka dan aku rindu saat itu . Mereka mengajar erti kesabaran dan aku terasa amat bersyukur aku menjadi antara lelaki yang sabar . Dan sebab itulah aku sangat menghargai "mak", sebab aku tahu penat jerih menjaga walaupun hanya seorang.

 Setiap kali ingin pulang semula ke asrama, aku takkan lepaskan peluang untuk cium pipi dia antara nikmat paling besar pernah aku dapat . Kadang-kala kalau dia tiada di rumah, aku akan tunggu sebelum pulang ke asarama hanya untuk salam dan cium dia .

 Jadi rakan-rakan marilah kita cuba sedaya menjadi anak yang baik dan mempunyai akhlak yang baik untuk ibu bapa kita . Maaf jika perbuatan aku selama ini pernah menyakitkan hati rakan-rakan .



Moga Allah memanjangkan umur mereka ... Amin ..






Assalamualaikum .

     "saya memang anak mak"

No comments :

Post a Comment