Saturday, December 3, 2011

Aku dan Kartun

Sebenarnya ini semua dari tumblr aku .. hmm .. mungkin kat tumblr tak ramai nak tgk .. So aku share kat bloglah ..

Ada beberapa watak kat sini .. Mereka kawan2 aku .. Dan cerita ni idea SEM 1 kat UTM ...

                                                                     EPIK STORY



Wanita Orthodontic Braces (WOB)





RooMate

Facebook CUSTOM BUTTON






EPIK MOMENT



Game Programing .



New Clothes 




Langsuir .. 




"Me Gusta in train" AMIRIN








Swimming 



















Sunday, October 30, 2011

Aku dan Kampung


 Salamah , aku nak cerita apa ye pasal kampung ... Hmmmm .. haha .. Maklumlah kampung aku tak adalah jauh mana, dekat Kuala Selangor saja lah .

 Aku tak sempat nak tengok muka kedua-dua atok aku .
Dan sekarang ni aku cuma tinggal satu orang sahaja NENEK ..

 Okeyh , "proceed" kepada cerita kampung lah . Aku ada satu kampung sahaja yakni Kuala Selangor, sebab ibu dan bapak aku memang asal dari sana lah .

 Jadi jom tengok kampung aku ...... zasssssss...



Bukit Hijau, Kuala Selangor .. :)





Yeah , menoreh la kita kat belakang rumah ..

Hmmm ... takde lah besar mana tanah kat belakang ni , tapi boleh nak di manfaatkan . 

Maklumlah getah kan memang penting .
 Tanpa getah siapa kita .. 
Kita akan lambat ke sekolah jika tiada getah, tiada lah tayar kereta ..





this is not about STRENGTH , this is about SKILL ..

Yeah bukan senang saja kau  orang nak main tarah tu . Kena lembut-lembutlah, baru cantik dia punya sistem saliran tu .. 



Ni adalah getah susu , aku pernah rasa sikit lah .. Boleh tahan lah  .

Beberapa hari jugaklah kalau nak penuh macam ni, sekali toreh dapat berapa mililiter saja lah .. Toreh jangan tak toreh lah .




Yang ni CENDAWAN .. aktif di waktu pagi .. Tumbuh kat kayu-kayu mati ..


Sedaplah cedawan tu .. Ingat lagi masa pembakaran secara besar-besaran kat belakang rumah tu .. Banyaklah pokok yang mati lepas pembakaran . Jadi dapat lah kumpul masa tu .. Tak sabar bila nak bakar lagi kebun ni.. hahaha ..






madang time .. Sarapan lah ..  teh tarik dan roti canai .. 


Kos hidup kat kampung murah lah .. Makanan kat sana pun murah-murah . Tapi nak pergi shopping mall memang takde lah kan ~





Biji getah ni .. tetiba lak abang aku pergi kutip ..


Abang aku teringat pulak zaman kanak-kanak dia .. Maklumlah Play Station tak ada masa tu kan~



PICIT dan tekan antara dua biji, sapa punya yang pecah dia kalah lah~





ni kelapa sawit lah ~

Baring-baring dan tangkap gambar lah~

































Friday, October 28, 2011

Aku dan SPM ..

  Okeyh , cerita aku dan SPM ni sajalah nak mengimbas masa lalu . Aku suka bagi gelaran dengan peperiksaan besar ni . nak tunjukkan tahap kesusahan beliau aku bagi nama dia "SEMUA PASTI MATI" a.k.a SPM . Supaya aku meletakkan satu usaha yag amat tinggi terhadapnya(sebenarya last minit je ) .

 Macam biasalah , time nak dekat periksa banyaklah soalan soalan spots diramalkan . Jadi bagi orang yang pencinta ilmu ni , tak nak soalan-soalan ni pada mulanya . Tapi akhirnya kena akur dengan sistem pendidikan di negara ni . Maka dengan senang hati , cuma baca yang spot sajalah .

 Aku mungkin tak ada kenangan manis dengan "SPM" ni  . Tapi mungkin di hujung hidup aku yang pahit akan jadi manis juga (tak faham ? tak yang faham lah ) .

  "SEMUA PASTI MATI", betul-betul waktu SPM tu aku rasa macam nak mati . Aku kena "food poisoning" . Nafsu makan yang melampau lah katakan . Satu apa pun tak boleh masuk dalam perut . Masuk sikit , muntah semua . 'uweeeekkkkkkkkkkkk '  kasik sound effect sikit .

 Maka dengan kurang redhanya aku jawablah exam . Dengan menahan angin sepoi-sepoi bahasa kat bawah ni . Letih memang letih . Berapa percent konsentrasi hilang pun aku tak tahu . Tulisan aku memang kasik cakar ayam punyalah .
(TULISAN PERLULAH CANTIK KALAU NAK MARKAH LEBIH YE) nasihat sikit ...

Akhirnya dapatlah result  %$!#@%#!^%@  malulah nak cakap .. huk2 ..


                                                                                  UTM

 Kemudian masuklah aku ke UTM KL.. Kos aku adalah Pilihan yang keempat ni ..
Maklumlah result tak berapa best kan~ ..
"But nevermind"lah , sebab UTM KLdekat dengan rumah SAYA dan kos aku ambik ni TERBAIK~ termasuklah kawan-kawan aku ..
p/s: tapi adalah beberapa orang yang aku meluat .. hehe ..


p/s lagi : hmmm .. yang result gempak2 tu bukan ye diorang pandai pun .. cuma menghafal dan SPOT soalan saja .. Janga risau rezeki di mana-mana . (ayat ni cuma nak sedapkan hati je lah ) hehe

Thursday, October 27, 2011

Programming

Haha ..

Saja lah nak ajar sikit saja ..

tapi bukan dekat sini

dekat :  http://fikirlagi.blogspot.com/

selamar membacalah .. :)

Wednesday, October 26, 2011

Najwa Latif minat aku lah .. =)

Maka bercutilah aku dengan beberapa hari .. Hmm .. sebulan lah lebih kurang .. Malas la nak cari kerja .. tiada kawanlah ..
So aku habiskan masa dengan install macam-macam benda lah .. JAVA, ANDROID, ECLIPSE etc ..
Walau aku tak tahu guna ..

Aku cuma nak tunjuk macam mana nak tipu orang .. dengan Google Chrome .. hehe ..

TEKAN kat GAMBAR tu kalau tak clear .. :)



haha .. tengok Najwa Latif pun minat aku lah ..

haha .. tipu je aku buat macam ni lah (bagi yang tak tahu ye )



pergi ke TULISAN tu .. pastu kasi dia BIRU .. the RIGHT CLICK la ..
tekan INSPECT ELEMENT ..


lepas tu nanti dia keluar macam ni .. kemudian tgok kat yang biru
cari yang macam ni   [>....<] 



Double Left CLICK ...


Taip lah , apa yang korang nak .. ^_^ ..


akhir sekali tekan ENTER .. pastu print screen .. sebarkan kat kawan2 .. hehe

Saturday, June 25, 2011

Tidur Luar Macam apa Ntah

Terpaksa tidur luar.

hari Jumaat malam sabtu . Lepas basuh baju Fauzey ajak keluar ke sungei Wang . Aku pun bersetuju sebab kononnya aku na bali rumah lepas tu . Kira nak murah tambang teksi la . Lepas tu boleh la pergi rumah kakak . Tiba-tiba aku lupa hala tuju . so i Follow la .
.
Dari Sri Rampai pergi ke Dang Wangi lepas tu tukar Train (entah apa ntah) Haha . Walaupun aku pernah pergi tapi ingatan aku tak berapa nak kuat sangat sebenarnya .

Lepas tu turun ls di Bukit Bintang . Pergi ls jumpa awek2 Fauzy di Time Square . Yang kelakarnya aku duduk KL tapi tak pernah pergi tempat macam ni . Biasanya orang lahir bulan 7 ni memang suka duduk rumah je . Maklumlah membazir sahaja keluar tanpa hala tuju . Sesungguhnya aku budak baik . Hehe .

Aku nak cari P1 4G aulet di Sungei Wang tapi tak jumpa pulak (nak bayar bil) . aku Followlah mereka dengan penuh harapan dapat jumpa orang P1 . Haha .

Huhu . Aku teringat time Aku , Reza dan Hasif dulu keluar ke Sungei wang . Sedih ni .. Tapi kami budak baik .

So lepas window shopping(teman perempuan DDPG ) kami pun terkandas di situ(TS) sambil2 tengok org maen skateboard . Dah pukul berapa nak balik tak boleh sebab nanti kena saman .

Ghaza di lantik menjadi ketua . Mula2 pergi Pavilion (aku dah pergi tapi lupa jugak: Iemad kita pernah pergi bersama)
Lepas tu taman kat Isetan . Berlonggok la kami di taman itu .
baru aku rasa hidup orang yang takda rumah . Di halau ke sana dan di halau ke situ . Penat kaki berjalan .
Malam itu masa lepak(qiamulail) masing-masing melakukan muhasabah diri dan nasihat-menasihati . Setelah lama aku berkelana, akhirnya aku redha yang aku telah terkandas dan aku menerima ujian Allah .

Pukul enam naik teksi pulang ke asrama . Yang tak bestnya masuk 1 teksi enam orang . konon nak jimat la tapi ada ke patut dia charge 2 kali ganda tambah seringgit . Haha . Nasib baik India, memang biasa makan duit tak berkat ni . Sedangkan sebenarnya boleh naik teksi lain , Tapi ada hikmah kot .Sampai asrama apa lagi balun la tido yang tak cukup tu . Serik tak nak buat lagi ..wei..

Tuesday, June 14, 2011

University

University bukan sahaja membentuk insan-insan yang bijak pandai namun tujuan university adalah untuk melahirkan insan yang boleh menyesuaikan diri dan berdikari dalam menjalani sesebuah kehidupan .

Perkara ini paling penting sebenarnya . Dunia luar tidak hanya memerlukan seseorang yang bijak pandai . namun dunia luar memerlukan seseorang pemimpin . Pemimpin di sini bukan bermaksud seseorang yang mentadbir sesuatu wilayah namun adalah pemimpin pada diri mereka sendiri .

Masa yang di beri hanya 4 bulan untuk memebuktikan siapa diri kita . Di sekolah menengah aku tak perlu menjadi seorang yang konsisiten . Tapi di sini aku harus menjadi konsisten kerana perkara tersebut juga di nilai .

Thursday, June 2, 2011

terlalu mendengar ura-ura .. sains komputer ni ramai orang tak nak .. tapi sebenarnya aku agak berminat untuk belajar tentang komputer . mungkin bidang aku tidaklah seluas mana . tapi aku akan cuba mendapat keputusan yang cemerlang kerana itu sahaja yang dapat membuatkan survive . Hari pertama di UTM . Takda kawan yang aku kenal . Sedang cuba membuat kawan tapi aku agak kurang mood kerana terlalu memikirkan tentang CGPA . hehe .. takut kena tendang . Hari pertam juga tk leh tido beb ..  nak online kena register dulu la pulak .. ish .. aku ucapkan terima kasih banyak2 terutama kepada abg aku .. Kalau takda dia mungkin aku tak kan jejak ke UTM ni ,, Nak bau UTM pun tak dapat , hehe . Tapi sebab isteri dia yang dulunya duduk asrama jadi isterinya lah yang banyak pikinyak .. (baek punya habak na)

Tapi bagus jugakkan aku harap semakin banyak ura2 yang akan mengatakan sains komputer dah ramai nanti tak da keja .. Biar la semua orang fikir macam tu ,, hehe cerah peluang aku .. Sains komputer dalam bidang IT aku rasa adalah benda baru yakni masih belum diterokai dengan luas, kerana itu ia dinamakan teknologi 'maklumat' .. Kerana maklumat itu sering bertular ganti tambahan lagi aku berada di UTM research university .

Bercerita tentang marka (awek) .. aku tak berkenan la ..haha .. Sumpah aku macam fobia dengan perempuan ni kalau setakat kawan biasa boleh la . Tapi bila di UTM ni , perempuan semua mestilah pandai-pandai belaka kan? Mesti ego tinggi tapi aku boleh amik kesempatan seperti meminjam nota2 kan? hehe ,, Nak cari ke tak nak ? hehe

malam pertama tak boleh tido la pulak .. tambahan lagi kena memegang tanggung jawab untuk kejutkan mereka-mereka yang ama baris denganku .
setiap kali taklimat aku pun kadang-kadang terlentok la jugak .

hari kedua lagi best . kalau dah semalam tak tido malam kedua apa lagi, balun tido la jawabnya . bangun pukul 9 pagi la pulak . haha ..


pendaftaran dah buat , aku kena ambik 17 kredit 6 subjek 1 ko-ku . tapi standard aku bawah daripada engineering . Kira low class la .. Budak-budak yang kurang A pun boleh masuk sini . tapi ada yang A banyak pun masuk sini . merugikan betul . Entahlah kejap nak tukar kejap tak nak . Tapi tengoklah macam mana keputusan nanti . Masih belum belajar pun . Nak tengoklah seronok ke atau tak?

Sekarang dah canggih perpustakaan UTM . Pinjam buku tak pegi ke kaunter tapi pergi ke machine nak pinjam pakai barkode di kad matrik tu . Nak tengok kad matrik aku ke .. hehe .. lain kali la ..

Friday, May 27, 2011

Yah........................................................... I made it ..

YES .. Daku sudah hampir menyelesaikannya walaupun sebenarnya rasa macam ada benda tak siap lagi .
Nak tahu kisah-kisah dan liku-liku aku mengharunginya pergi ke
http://fikirlagi.blogspot.com/







Thursday, May 19, 2011

Selamat tinggal

Aku betul-betul tak sengaja ..

Aku minta maaf sebab tak dapat datang main bola pagi tadi ..
Kalau aku boleh undurkan masa . aku akan set balik pukul 7 pagi .
Hasif, jaga diri baik-baik . Dan kawan-kawan aku yang lain . Kalau cuti kita jumpa lagi . Insyaallah ..

Selamat tinggal kawanku .
.


nuffnang_bid = "40ee0ecde16d9c458f6f202a4e9a2d4e"; ">ayam goreng tul..





Pengakap Seri Keramat lagi !!

Ada banyak sebenarnya kenangan kitorang masa dulu-dulu aku cuma nak imbaskan sahaja .
Lepas ni semua kawan-kawanku sudah ada haluan masing-masing dan kawan IPT masing-masing

Walau bagaimana pun aku nak kutuk jugak .
Nak kutuk lagi ni ..

Ni SS .. Juara Anugerah bintang popular tu ..Hehe .. Sebenarnya
ni Apan atau nama panggilan beliau Zafran (tak rasa ke, macam ayat ni tak betul)

Muka saya macam Shazely Sam kan?

  Dia aku kenal sebagai Alcohol man .. sebab dia pernah tuang alcohol ke atas api bunsen burner dan sebab dia kitorang kena halau dari makmal (tak sedih tapi heppi) ..
  Sama juga masa camping pengakap, dia juga yang bakar bekas dapur abang aku . Kalau masak sedap takpa la, tapi masak ayam pun, ayam pasir (KFC pun tak pernah buat resipi ayam pasir ni )
   Mula masuk pengakap pun masa dia nak dekat pindah je ..
tak kisahlah sebab dia pun cute (terasa macam gay pulak)





Ni Amir Farid .. lelaki penuh karisma tersendiri ..

                                    Mimpi lagi .!! Mmm awak.. sedapnya Pizaa ni .(dalam mimpi)

   Aku tak boleh nak kutuk dia sebab keting dia kuat dari aku , aku mungkin boleh kena sepak ..
Nak cerita pasal kawad pun tentang dia pun tak banyak (sebab aku tak ingat ) .. Amir ni di senangi dalam kalangan perempuan .. Tapi aku di susahi dalam kalangan perempuan (ayat ni pun nampak macam tak betul) ..








Ni pulak Meor ..

Senyum .. (sedang tahan kentut)

    Budak lama, tapi masuk nasyid la pulak . Ayah dia tak kasi main panas nanti demam dan hitam .. Mungkin juga sebab dia ada scandal dengan shahnizman (shah mannan) . Tapi dulu dia(meor)  ni pun 'kerek' jugak masa kawad dulu . Mungkin sebab Safi dah pindah dia pun malas nak kawad .. Safi tu ex-wife Meor ..



Ni Atif
                   Nampak Retarded kan?.. (aku rasa kau punya internet tak betul cuba refresh)

  Orang kanan Iemad .. dulu dia macam isi dengan kuku dengan Meor .. Tapi Meor dah bau tanah dulu .. Meor pun jadi pendakwah(amin) . Sebab Atiflah Pengakap kalah masa karnival (eksiden basikal ) . Tak kesah pun yang penting Kota Sesat terbaik .

p/s: iemad dah kena antar kat muar la .. huahaha ..



Ni Hasif budak baru .


                                    Pose baik punya!!! (macam kat studio kan, tapi atas lori je)

Tak leh na citer apa la .. Dia lah paling displin ..hehe.. (dia nak belanja makan la)

Sapa lagi eh ..?

p/s: pada yang klik iklan terima kasih sebab anda baru tambah 20 sen dekat akaun nuffnag saya .. hehe

Wednesday, May 18, 2011

Pengakap Seri Keramat

Pengakap SMK Seri Keramat siapa yang tak kenal ? Sebab memang orang selalu tak kenal .
Walau dah berkali-kali hantar lawan daerah mesti menang : saguhati .
Hal ini memang mendukacitakan Puan Siti Rahmah .

senyum ke marah?


Tapi tidak  kami sebab kami sentiasa pulang dengan senyuman .







Orang pertama yang memperkenalkan kami dengan pengakap adalah Shafiq Abas : Aku lebih gemar panggil nama bapak kepada beliau adalah Abas .
Sebab bila dengar aku tak boleh lupa serbuk kari BABAS . Mungkin sesuai dengan dia sebagai komander yang terBaBas . Sebab last minit baru nak ajar benda baru .
Tapi jutaan Tahniah kerana dia, aku kenal Pengakap Seri Keramat .

muka orang buasir ..


Sekarang aku nak kenal orang-orang yang agak penting la . Tapi aku tak berapa nak ingat Habib .
Dia jenis yang banyak cakap tapi aku tak pasti dia boleh kawad atau tidak .
(tak jumpa FB dia)

Dulu Pengakap diterajui oleh Ustaz Yusri . Dia mempunyai wawasan untuk berjaya yang amat tinggi . sikap amanah yang dia ada menjadikan dia seseorang yang bertanggungjawab .
Batista!!!








Sekarang time nak kutuk orang pulak .

Muhd Najmudin bin Paiman . Dia ni anak buah aku, (sebab Paiman bin Dasuki) mempunyai muka yang jambu dan tahan kena ''toture or regging'' .. mungkin kau orang tak nak kena tekan tubi tapi dia sja buat salah untuk di tekan tubi .

peace .. saya cute 


Kemudian Shahnizman . Mempunyai karisma tersendiri tapi dia tak kawad cuma boleh menyanyi sahaja (jgn marah) . Pengetua Cik Zaitun sayang kat dia tau .
vote saya !!

Noryanto kami import dari Palembang kerana gerakan kawad kakinya yang amat menakjubkan . Dia pandai shuffle tau .. Aku pun pandai shuffle tapi shuffle lagu je lar ..
(tak jumpa fb, mungkin dia pakai nama Dafi kot)

Afiq . Beliau adalah kunci kemenangan kami: saguhati . Menjadi penanda aras  yang amat mempersonakan . Orang kuat Cikgu Yusri . Aku rasa dia agak PHSYCO .
Boleh kata kami tak berapa suka dengan dia .. hehe .. Gurau je .. Dia mempunyai bahasa baku yang amat mempersonakan, sehingga kami semua amat terpesona .
bakal Lawyer tu ..

Kemudian Shahrul Amiza .(aku tak jumpa FB dia jugak ) . Beliau seorang yang langsi tak kira dengan siapa pun . Tapi hati dia baik (suatu hari nanti) .
Mempunyai cita-cita yang sangat tinggi . Tapi dia langsi . (dan tak tinggi)

Kemudian Shafiq Arab . Dia tak banyak cakap dan tak banyak bunyi . Aku tak boleh kutuk la macam ni ..Tapi dia kiut la .. oh ..so sweet ..

shafiq yang kanan kot ..











Kemudian Safi . Ni geng aku yang suka gelak dan buat lawak . Memang tak pernah serius . Dia ni muka memang kiut . Panggilan gigi atau tupai . Kalau pergi sekolah orang lain mula mencari cewek2 . Tangkap gambar dan macam-macam benda pelik kami buat .

Dia dah pindah .


Ni Iemad . Mempunyai fleksibility yang amat menakjubkan . Shafiq abas yang kejam menggelarkan  dia sotong  . Dia boleh panjat banggunan 10 tingkat tau tak pakai tangga tu .. Tapi pakai lif la .

kamera pinjam je ..


Ni Tomi . Orang yang selalu juga buat silap sebab nak kena denda .  POYO banyak !! budak ni .. Kami panggil dia 'ayam' .
JB !! JB!! (macam Justin Bieber tak)

Ni tocheng .. eh silap, Johan .. Takda yang istimewa pun fasal dia . Tapi dia suka buat benda yang pelik masa kawad waktu senang diri .
layan ...

Kemudian Hazim CM ..Nama penuh Hazim Che Mat Poi . Boleh jadi penanda sebab dia tinggi je . Walaupun tinggi tapi dia rendah diri (uwek) .
Oh .. Fasha !!

ok lah sini je kot .. mungkin boleh sambung lagi kalau aku ingat la ... hahaha .