Friday, March 30, 2012

Kawan Atuk .

 Salam, cucu atuk . Atuk tulis untuk korang lagi ni .

Walaupun aku ni atuk korang, masa atuk tulis ni atuk tak tua lagi . Atuk kuat lagi tau tak ! Atuk nak cerita pada zaman ni apa yang ada . Zaman ni ada Facebook, ada Twitter dan macam jenis laman sosial lah . Cuma orang Malaysia nampak yang "mainstream" ja . Tapi atuk ada buat Google plus, tapi bila atuk sign up, atuk rasa macam FOREVER ALONE .

Masa ni kan cu ~ orang tengah sibuk dengan 9GAG dan meme base . Atuk nak bagitau kawan atuk yang mula-mula tengok benda ni nama dia Amirin . Atuk tak tau la masa cucu tengah baca ni, dia hidup lagi ke tak ? Mungkin dekat sebelah kubur atuk ni kut .

 Atuk nak kasi la nama kawan-kawan atuk dekat universiti ni . Kalau kawan-kawan sekolah lama, nanti la atuk cerita . Kalaulah cucu boleh jumpa diorang ni pergilah jumpa . Atuk rasa cucu-cucu diorang mesti lawa-lawa . Cuba cari Anaz Aznur, Faeez Mazlan, Ahmad Tahfiz, Amirin , Abu Bakr , Rafael, Nizul Zaim dan Masso Dasuki . Kirim salam dekat diorang tau . Eh ? Atuk terletak nama atuk pulak . Nama komersial tu ..

 Apa atuk nak pesan, setiap kawan tu berbeza-beza . Diorang ada pemikiran masing-masing sebab kita semua lalui perjalanan hidup yang berbeza . Jadi hargai dan terima kawan-kawan tu seadanya . Kadang-kala ada kawan yang cuba naikkan kita dengan menjatuhkan kita . Dan ada jugak kawan yang naikkan kita dengan sentiasa ada dengan kita . Tapi yang jenis menjatuhkan tu ramai la . Walaupun diorang cuba nak jatuhkan cucu, dengan sindiran dan macam-macam lagi . Awak anggap je la, diorang cuba nak bantu naikan  semangat cucu .

Tuesday, March 27, 2012

Terapi mata ...

Okeyh aku tipu korang .. Ini bukan terapi mata tapi lampu DISKO .. owh yeah !!!
Apa lagi tutup lampu dan pasang musik !!!



mari menari !! 

Monday, March 26, 2012

Atuk nak cari nenek korang (nasihat untuk cucu)

Salam cucu-cucu . Agaknya dah berapa entri atuk tulis untuk cucu-cucu ni ? Entahlah, selagi atuk boleh taip .. Atuk cubalah ea ~ Apa tajuk entri ni ea ? Sekali lagi atuk lupa .

Loading ... Please wait ..

Ok, dapat .. Atuk nak cari nenek .. Hah, buat masa ni atuk tengah nak cari la kot . Atuk tak expert lah dalam bab-bab ni . Lagipun atuk tak hensem, muka berkedut .. :| ..

So, macam mana atuk jumpa nenek korang ? : Cerita dia macam ni ...
 hmm, sebenarnya atuk tak tau lah .. sebab atuk kahwin pun tak lagi .. HAHAHA .. cucu atuk kena TROLL ..

 Sebenarnya atuk ni jenis suka berkawan, so mana-mana gadis tak kenal atuk pun apa lagi "Hai gadis ~ " . Atuk suka di gelar miang . So tak ada perempuan yang nak minat dekat kat atuk . Maka peluang untuk atuk jadi seorang yang setia adalah sangat cerah . Sebab atuk akan pastikan hati atuk ada seorang je . :) .. Kalau atuk jadi sopan dan baik, takut ramai minat pulak .. Takut atuk jadi rambang mata .. Maka biarlah ramai tak minat ..

 Atuk nak tanya ni, cucu atuk dah jumpa orang yang cucu sayang ke ? Terutamanya yang cucu lelaki ni, kalau dah suka tu pertimbangkan dulu nak mengorat ke tak . Sebab kalau cucu dah ngorat dia, tolonglah jaga hati dia elok-elok . Sebab cucu dah buat dia jatuh cinta dekat cucu .

 Kalau cucu dah betul-betul nak bagi komitmen, kena luangkan masa untuk dialah ~ Tapi bila cucu nak buat macam tu, tetapi terasa macam benda tu buang masa cucu .. Maknanya mungkin, cucu dah salah cari orang kot . Lepas tu kena buang ego lelaki tu, kena selalu pandai pujuk . Apa salahnya bekorban untuk seseorang perempuan, sebab perempuan yang cucu nak kahwin tu, perempuan yang akan teman sepanjang hidup cucu . Perempuan yang beri cahaya mata dan jaga makan minum cucu . Hargai kekurangannya, terima kelebihannya .
 Hmm, atuk pun tak berapa pakar sebenarnya . Tapi "Bila ada cinta yang membuatkan cucu berubah menjadi lebih baik . Hargailah cinta tu, jangan lepaskan".

p/s: Atuk tak cepat mengalah. Selagi perempuan tu tak kahwin or bertunang maknanya atuk ada peluang . Hehe . Tapi dalam sudut hati atuk semoga dia bahagia dengan pilihan hidupnya .

Hadiah Untuk Moyang

 Salam cucu-cucu atuk . Tajuk entri ni apa ea ? Atuk lupa lah .. Oh hadiah untuk moyang . Hmm, buat masa ni atuk dah habis sem2 tahun 1 . So sekarang masa untuk cari kerja la kan ~

 Tiba-tiba teringat dekat moyang perempuan (mak atuk) . Dulu , masa kecik-kecik mak atuk suruh pergi mengaji al-Quran dekat rumah orang . Biasalah budak-budak kan memanglah malas . Lepas balik sekolah rendah macam-macam lah cara nak ngelat tak nak pergi mengaji . lala ~

 Tapi sekarang dah pandai mengaji, bersyukur sebab kena paksa . Atuk teringat dekat ayat moyang perempuan cakap " Mak suruh kau pandai mengaji nanti boleh ajar mak" . Mungkin lepas tu atuk baru rajin sikit nak mengaji . Ye lah, nak mengajar orang ni kenalah banyak ilmu sikit .

Atuk tengok ramai jugak orang tua yang tak reti mengaji . Moyang perempuan bukan reti tapi dah lupa . Sibuk dengan kerenah anak-anak 8 orang takda lah masa kan ~

 Atuk tengah "surfing internetkan" tiba-tiba ternampak benda ni  Al-Quran Digital . Mula-mula fikir rasa macam tak perlulah nak beli sebab atuk boleh mengaji siap tarranum tapi stail Hindustan la (nak buat macam mana kan ~) . Hehe .

Tiba-tiba sekarang rasa macam nak pulak . Buat kasi hadiah dekat moyang . :) . Untuk pengetahuan cucu hari jadi moyang 19 Julai dan atuk punya 16 Julai . Atuk tua dua hari dengan moyang (pandai atuk tipu cucu-cucu atuk ) . Hmm, memandangkan dah nak cuti ni boleh la cari duit kan ~

Doakan atuk tau .. Insyaallah ..

p/s: atuk lupa cucu-cucu atuk tak wujud lagi macam mana nak doa .. haish .. =="

On9ShopEasly : Al-Quran Digital

Sunday, March 25, 2012

UTM Skudai (blog untuk cucu atuk)

  Esok (26/4/2012) atuk ada trip ke UTM Skudai, mungkin masa cucu atuk baca blog ni atuk dah takde kot .. Atau mungkin atuk takde cucu "at least" cucu saudara atuk ada jugak baca .

 Atuk pergi Skudai, untuk interview nak lompat ke program ijazah (tak dapat diploma). Atuk ambil bidang Sains Komputer (IT) . Pilihan ke empat dalam UPU. Atuk letak Sains Komputer (IT) pun sebab atuk tengok cerita Hindustan dulu . Macam takde kena mengena kan ? Lantak kat kau la cu (atuk malas explain) ~

 Dulu atuk konon pilih aeronautic untuk pilihan pertama tapi ADDMATH tak power . Bila jalan dekat sebelah budak aeronautic atuk tunduk kepala la . Moyang pernah tanya atuk pasal cita-cita aeronautic tu . Atuk cakap la atuk "noob" . Mungkin cucu tak tau noob tu apa dah waktu cucu baca blog ni . Tapi walauapapun atuk happy sebab tak payah study physic or chemistry tapi masalahnya jumpa kawan-kawan ADDMATH pulak .

 Atuk hutang nyawa dengan moyang perempuan, atuk hutang masa dengan moyang lelaki, atuk hutang support dari atuk-atuk yang lain . Atuk nak kena bayar cepat . ~ mood atuk masa tulis ni sedikit touching ~ so atuk putuskan untuk dapatkan ijazah cepat ..

 Ok . Lepas ni cucu baca la pulak, atuk jadi tak pergi ke Skudai . Bersambung ...

p/s : Atuk tak "sure" cucu sempat baca blog ni ke tak sebab orang kata 2012 ni kiamat . So atuk pun tak sure
anak atuk akan ada anak .. Sebab masa atuk tulis ni, atuk pun takde anak .  

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah budak SPM 2011 !


Tahniah kepada mereka yang dapat result gempak !! Statistik dapat straight A menaik ea ? 

"Setiap tahun asyik menaik je, tak ada turun pun" kata Kak Ana penjaga Kedai Buku dekat Seri Keramat .

POLITIK!

Kepada yang dapat result kurang best tu, boleh cuba lagi tahun depan . Hehe . Sebenarnya tak beri kesan pun kalau tak dapat banyak A . Itu semua kemampuan masing-masing, kalau rasa tak boleh bawa sesuatu subjek tu pilih la bidang kerjaya yang anda mampu.

Kalau dapat "straight A" tapi belanja dekat kos belajar tu dah sampai ribu-ribu dan sampai gila-gila, aku anggap orang tu IQ rendah jugak . Hehe . Cuma yang aku rasa diorang ni jenis rajinlah ~

Bila cakap fasal SPM ni, aku mesti akan teringat kisah aku kena "food poisoning" . Haha .
Semoga anda semua berjaya untuk cabaran seterusnya yakni Institusi Pengajian Tinggi .

anyway, I love CS ..

Sunday, March 18, 2012

Keputusan SPM !

Bila nak keluar keputusan SPM ni ? Aku macam tak ambil kesah je kan tapi memang aku macam tak ambil kesah pun. LOLs. 


Macam mana persediaan fizikal dan mental ? Ada berani nak tengok result terok korang ? Result ni lah yang menentukan "kos" yang kau akan ambil dekat universiti nanti. Antara dapat pilihan yang pertama ataupun yang ke lapan . Moga-moga berjayalah dapat apa yang kauorang impikan .

Masuk IPT !!


Pertama sekali bila aku masuk IPT rasa macam blurr . Baru di kenalkan dengan sistem CPGA, sistem kredit dan "carry mark" . Lepas tu mulalah pensyarah cakap "Dekat universiti tak macam dekat sekolah, markah kehadiran, markah kuiz, markah assigment, markah ujian dan markah exam pun di ambil kira" .

 Otak aku jadi senak sekejap . Ugh !! 

Maknanya dekat IPT ni, kauorang tak boleh la nak skor masa exam je. Kena ada konsistensi setiap masa . Kena pandai cari kawan, supaya senang dan sekepala bila sampai nak buat kerja berkumpulan.

Sebenarnya tak banyak yang aku boleh nak kongsi, sebab aku baru tahun pertama. Sistem CGPA ni pun aku tak khatam lagi pun. Hehe . 

Lagi satu nak cakap pasal DEAN LIST atau KEPUJIAN DEKAN . Kalau nak benda ni kena dapat 3.50/4.00 dan ke atas lah ea ~ 

Panduan Kepujian Dekan [klik sini]



p/s: Dekat UTMKL ni ada "fastrack" untuk pelajar SAINS KOMPUTER untuk ke ijazah .

Kenapa aku promote UTMKL ni, bukan dapat royalti pun ?


Ops lagi satu ni kajian kerja kat Malaysia, tentang kerja professional ni #http://ll.my/salary 

Tuesday, March 13, 2012

Kesan Najwa Latif Terhadap Blogspots .. haha!!

Ada apa dengan Najwa Latif sampai ramai sangat nak tahu pasal dia ? Aku pun tak faham lah ~
MassoDasuki lagi best tau tak !!!!!!!!!!

klik gambo nak besarkan ~

Tahfiz memang suka bertanya

“Malaysia sekarang ni memang panas kan ?” kata Ahmad . “Bukan Malaysia yang panas, tetapi Bumi ni hah ! Dah nak meletup, kau tau tak!! “kata Tahfiz. “Jadi macam mana kita boleh selamatkan bumi kita” tanya Ahmad kepada Tahfiz. “Aku pun tak berapa pasti macam mana rakyat biasa macam kita ni boleh selamatkan bumi” jawab Tahfiz. “Aku bagi kau orang satu cara dengan tekan link ini [tekan sini] selepas itu share dan turut serta dengan aku berkempen “ sergah Masso.

Aku Orang Planet Bumi 

Pemanasan Global [Kempen Tutup Lampu]

­ Masa kini terlalu banyak bencana alam dan isu-isu tentang kerosakan bumi yang berlaku contohnya seperti Pemanasan Global,  Cuaca yang tak menentu, Hakisan tanah dan Banjir Kilat ! Dafuq ! Manusia sejagat macam tak ambil peduli dengan kesihatan bumi kita hari ini lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. Ops !!

Pernah tak kita terfikir apa akan terjadi kepada Bumi untuk 10 tahun akan datang ? Bila berlakunya pencemaran secara berleluasa siapa pulak yang nak kita persalahkan?  Tunding jari ke arah diri sendiri. 

Sesuatu yang besar itu di mulakan dengan langkah pertama walaupun ianya amatlah kecil . Maka saya ingin berkempen pada 31 March 2012 ini marilah kita bersama-sama mematikan segala peralatan elektirik . Dan yang lebih utama marilah bersama-sama saya berkongsi untuk berkempen demi HARI BUMI sedunia . 


Website Paling Best !!

Sedang aku berjalan-jalan melayari internet aku terlihat satu website yang gempak giler wa cerita sama lu ..
Macam-macam info boleh dapat kat sini .. Cuba lah tengok jap tekan link kat bawah ni :

Friday, March 9, 2012

Cerita Fasal Jalan Sesak !!

  Okeyh, baru-baru ni aku tengok mak aih .. Jalan raya, ambik kau sesak gila lah !! Ye lah, baru-baru ni kan hujan lebat sangat . Tambahan lagi musim cuti kan .

Mesti orang Malaysia lama-lama meluat tengok kalau selalu jadi macam ni kan . Aku pun terasa macam nak memikirkan apa masalah sesak boleh jadi macam ni .. :|

 Aku mungkin nak salahkan negara Malaysia kot . Hehe .. Kita sedar tak, yang Proton cuba untuk keluarkan kenderaan yang murah agar rakyat Malasysia mampu nak pakai . Korang tahu kan, kesan bahan murah macam mana ? Mesti cepat rosak !!

Bila semua rakyat dah mampu pakai maka berlambak lah orang nak beli kan ~ Jadi !! Pergh ... Berlambak lah kereta dekat jalan raya tu . Lepas dah berlambak kereta dekat jalan raya tu, jadilah kesesakan lalu lintas .

Nak tahu kesan kesesakan lalu lintas ni dekat KERETA ? Hah, meh sini; Kereta di reka untuk berjalan, dan apabila kereta berjalan maka udara akan masuk ke dalam enjin lalu menyejukkan enjin tersebut .

Nah, ambik kau kereta dah tak jalan, sangkut dekat kesesakan lalu lintas . Maka jangka hayat kereta pun akan makin lama akan berkurang. Di tambah dengan kualiti yang tak berapa best lagi, kita takkan merasa kereta yang dah habis bayar, terpaksalah beli kereta baru lagi .. :) .

p/s: Rakyat Malaysia prihatin, semua benda nak kritik .. Tapi seakan-akan satu apa tak berubah .. hehe

____________________________________________________

Mari kita berubah untuk generasi akan datang  :::: LIVE GREEN ::::

____________________________________________________

Thursday, March 8, 2012

Sem 2 , selamat tinggal [sebulan lagi]

Maka ada sebulan lagi nak habis sem2 ni . Terasa amatlah lama sekali . Cepatlah sikit , aku tengah kebosanan berada di sem2 . Masuk tahun 2 mesti lagi mencabar aku punya kehidupan . Mesti sangat-sangat "busy" .

Walaubagaimanapun, sem2 ini terasa amatlah "chill" atau mungkin kitorang yang malas sangat sampai tak tahu nak  buat apa nak study apa . Haha . So lepas ni peperiksaan . Aku cuba yang terbaik untuk duduk rapat-rapat dengan kawan bila time exam nanti .

huhu..