Monday, April 29, 2013

Kejatuhan Tamadun dan Kaitan Dengan Kita

Tamadun bermula daripada tiada apa . Dan apabila manusia itu merasa tidak cukup, mereka akan berusaha untuk mencari yang lebih lagi . Tamadun menurut Ibn Khaldun adalah sesuatu yang lebih daripada cukup .

Apa yang dapat kita lihat, tamadun mempunyai beberapa peringkat.
1. Peringkat Awal
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Kemuncak
4. Peringkat Akhir .

Tamadun itu bagaikan pusingan roda, sekejap berada di atas dan sekejap berada dibawah .
Tamadun juga sama sifatnya seperti manusia .

Manusia pada mulanya miskin dan tiada apa . Kemudian dia mula sedar akan kedaifan itu dan kemudian mencari jalan untuk mengubahnya . Dan setelah sampai kejayaan, kemudian dia mula lupa diri dan lupa tuhan . Kemudian kealpaan menarik kepada kejatuhan mereka sendiri .

Begitu juga setiap tamadun yang sebelum ini, tiada apa yang kekal. Malah Malaysia juga akan musnah dan itulah hakikatnya yang harus kita terima . Cuma tunggu masa . Apabila pemerintahan bertukar kepada anak turun temurun, keadaan menjadi lebih sukar kerana si anak tidak tahu apa perjuangan si bapa pada awalnya.

Movie "In Time" lakonan Justin Timberlake kini bermainan dalam fikiran aku sekarang. Barulah nampak mesej filem tersebut . Wang dan nyawa mereka adalah satu iaitu masa yang juga umur mereka, setiap hari harga keperluan harian mereka meningkat . Kenaikan harga bukan kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah, tapi hakikatnya untuk si penindas dapat hidup lebih lama .

Dunia realiti juga begitu, kenaikan harga barang untuk apa ? Apa yang aku nampak cuma pengerahan tenaga si buruh untuk bekerja lebih masa . Terpaksa mereka bekerja lebih masa untuk si penindas yang di atas. Si buruh bekerja demi mendapatkan sesuap nasi .

Monday, April 15, 2013

Berlakon

Mula-mula tak ambil berat sangat pasal bakat berlakon yang aku ada . Tapi semakin hari macam satu keperluan untuk berlakon . Haha .

Sebagai contoh kita terbangun lambat untuk pergi kelas . Kita boleh pergi klinik ambik MC . Tak pergi kelas sebab bangun lambat boleh boleh ambil MC ? Haha, itulah gunanya berlakon .

Berlakon terukk ..

Tapi jangan buat selalu nanti kita jugak tertinggal pelajaran .
Tapi awak yang baca ni tak yah berlakon teruk .. Sebab awak dah memang teruk !!!

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen bubar 3 April 2013

Penuh pulak Facebook dengan pembubaran parlimen . Teringat dulu sebelum wujudnya Facebook, " i am never give a damn to politic" . Masa tu mungkin kecil lagi cuma fikirkan aku rakyat Malaysia . Tapi zaman dah berubah, semua budak-budak jadi lebih matang dan lebih berfikir tentang negara mereka . Tak mustahil dalam masa 20 tahun, Malaysia akan jadi bertambah maju. Bukan sebab kestabilan tapi kerana sifat rakyat yang pandai mendesak .

Politik adalah lumrah dalam hidup, kita semua berpolitik . Pernah tak kita berlakon baik untuk dapatkan sesuatu daripada guru atau mak ayah . Tak pun usaha untuk dapatkan keputusan cemerlang untuk dapatkan perhatian orang. Secara jujur, itulah sifat aku .. haha . Kantoi yang aku ni baik-baik kucing . Orang politik ni, orang cakap al-Quran dia pegang dan arak pun dia minum . Dasyhat kan pandangan orang Malaysia. Kepada cucu, politik sememangnya akan wujud permainan kotor . Kalau ada yang nak berpolitik, ingatlah yang paling berat adalah amanah ..

Askaren ..

Lama tak berblog, nak tukis ayat panjang-panjang pun tak berapa nak pandai sekarang ni .. untuk cucu atuk masuk Rotu, sebabmya nak belajar mendisplinkan diri .

Dari ada rambut panjang, sekarang ni rambut panjang dah tak ada .