Wednesday, April 20, 2011

Snicker game

Barulah ada perubahan sikit dekat adnufnang ni . selalu nampak offer yang bukan-bukan.. Mungkin salah aku masa register blog aku masa tu ..




Tuesday, April 19, 2011

Duit2 di mana kau duit !!!

Total 3 bulan kerja kat Panasonic Melawati

Rm 1660

Bulan 2
Rm 150 :mak
Rm 50 : adik
Rm 50 :bapak
Rm 20 : gloves
Rm 80 : minyak
Rm 200 : makan dan top up

Bulan 3
Rm 300(abi yan support seratus) : Lesen
Rm 50 : adik
Rm 5o : bapak
Rm 100 : minyak, makan, top up

Bulan 4
Rm 70 : Thumb-drive dan keyboard
Rm 100 : P1 Wimax
Rm 200 : makan sarapan (untuk anak buah, mak dan adik)
Rm 100 : bil air (jangan fikir lain)
Rm 26 : buku
Rm 56 : baki

Simpanan bank takda langsung . Teruk betul aku ni ..
Gaji Rm 500 memang tak mencukupi kalau seribu lepas la itupun cukup-cukup .

lesen L dah siap duit dah takde nak buat P . haha .
postpone bulan depan .

Aku memang tertekan sekarang ni . Kalau korang nanti kena maki
ngan aku atau pelempang sulung ke : jangan ambil hati .

Anak buah aku pun boleh jadi anak patung kerana mangsa keadaan
(hehe)

Sorry la kalau anda bukak dan baca benda bodoh ni . haha
Saya takde teman istimewa (tak nak cari pun) nak mendengar
masalah saya .
Jadi saya tulis kat blog .

Walaupun terasa berat macam beban sekurang-kurangnya aku tahu
yang aku ni mampu menanggung diri sendiri dan orang lain .
Harap lepas ni Allah permudahkan jalan aku sikit .

Lepas ni IPTA(amin) pulak . Mesti banyak lagi dugaan dia .
aku kena jadi lebih matang .Mungkin orang nampak aku macam tak
matang , tapi diriku hanya diriku yang mengerti .

Sekarang(bulan 4) kerja kat petronas kerja petang kejap di
kaunter dan banyak kat luar pastu lepak ngan Maira dengan
(padan muka Naveed aku tinggal).

Bila jaga kaunter macam benda pelik jadi ..
Mula kerja over Rm 60
Lepas tu over Rm 700
Lepas tu short Rm 800
Lepas tu short Rm 213

Bila kira-kira dalam Rm 50 short agaknya .
Kalau aku bagi kat orang terlebih tu . Aku anggap je la ikhlas aku
belanja (hadiah) .

Salam .. Jangan memandai share pulak !!

Sunday, April 17, 2011

Lagu Sumbang Aku (tiada motif)

Perbezaan suara ..


Kau
aku record pakai henset je .


Khilafku

Rekod pakai komputer dengan perisian yang canggih sikit ..




Hahaha.. Ganas tak "Kalau baik , baik sangat kalau jahat , jahat sangat" aku atas pagar..

Tuesday, April 5, 2011

E.G.O ? "engkau gah orangnya"

Bagi aku maksud ego adalah ''tidak ingin mengaku kalah/salah' . Ego yang aku cuba katakan ini bukan sesuatu perkara yang harus di banggakan.. namun harus di sirna . sifat ini adalah sifat paling teruk di dunia .

Kerana terlalu ego peperangan juga akan berlaku . Walaupun sebenarnya kita berkongsi bumi, udara dan lautan yang sama .

Diri aku pula jenis ego yang tahap boleh di ubatilah . Aku jarang nak kalah, dengan setiap orang lagi-lagi kaum hawa .Sentiasa mengatakan aku sahaja yang betul . Namun sejak kebelakangan ini aku tak ingin berlumba-lumba lagi . Jika aku lemah, aku cuma akan perbaiki setakat yang mampu .

Kepada rakan yang membaca, aku mohon maaf jika selalu menunjukkan ego aku kepada kau orang . dan aku mengaku aku adalah lelaki lemah yang cuma bagaikan tin kosong . "Bila cakap banyak, kita nampak pandai" .Aku nak jalani hidup biasa, cuma nikmati dunia .

Kepada kawan-kawan lelakiku . Kau orang semua hebat dari aku dan aku "looser" . Semoga anda gembira dengan kenyataan ini.

Sunday, April 3, 2011

Tips bercakap dengan yakin.?

Bagaimana untuk bercakap di hadapan khalayak ramai dengan yakin .
Tips2 mudah..

Apa yang nak di ceritakan ni? Mestilah berkaitan dengan tajuk . Aku bukanlah pandai sangat nak bercakap depan khalayak ramai tapi bolehla sikit . Tapi adalah `nervous` jugak . Jadi aku nak kongsi sedikit dengan anda .
Kalau nak lebih tepat carilah buku-buku di perpustakaan . ('_')

1. Bayangkan situasi yang anda akan hadapi .

Bagaimana cara kita akan berdiri dan bercakap harus ada di dalam imaginasi kita .
Tambahan lagi bayangkan perkara yang akan memalukan anda akan terjadi dan cuba fikirkan bagaimana anda akan mengatasinya .

2 . Latihan yang cukup .

Latihan boleh dilakukan di hadapan cermin . Cuba lihat mimik muka anda apabila menceritakan sesuatu yang sedih, dalam keadaaan marah dan lain-lain. Pastikan setiap wajah yang di gayakan sepadan dengan yang anda ucapkan .
Begitu juga latihan intonasi suara .

3 . Pakaian kemas

Sebelum bercakap atau berucap pastikan pakaian anda kemas dan sesuai dengan suasana pada ketika itu .

4. Pandangan mata

Pandangan mata juga penting ! Andda tidak seharusnya memandang ke arah suatu tempat sahaja namun harus memandang setiap pendengar atau penonton. Mungkin perkara ini membuatkan kita lebih cemas namun sebaliknya ia akan memberi anda lebih keyakinan . Jangan pandang syiling keran ia akan menampakkan anda seperti sedang berfikir . "seseorang yang bercakap tidak akan fikir dan orang yang berfikir tidak akan cakap .

Friday, April 1, 2011

hidup kita..

BUkan semua yang kita nak kita boleh dapat . Walaupun sehebat mana usaha kita dan berkali-kali mencuba .

Sebenarnya hidup kita ini bagaikan buah catur yang di permainkan . kita datang darri sebuah kilang . Kita tak pernah tahu kita akan menjadi raja ataupun pahlawan biasa .

Walaupun menjadi pahlawan biasa kita tetap akan melindungi raja . Jangan pernah merungut dan jangan pernah berbangga..