Tuesday, April 24, 2012

Cara poyo bila sesat + motor rosak



Malu bertanya sesat jalan. Tapi dekat tengah highway dekat siapalah aku nak bertanya. Teruskan tengok signboard cari nama Ampang atau Hulu Kelang.







Kadang-kadang dah ikut signboard pun boleh sesat jugak. Maka mencarutlah aku menyalahkan signboard. Bila sesat time minyak nak habis dan motor buat hal.







Memang terasa agak segan di situ. Berhentilah aku di tengah-tengah semata-mata untuk tangkap gambar. (cover malu)






p/s: Pastikan minyak sentiasa ada jangan jadi teruk macam atuk, wahai cucu-cucuku .

Tuesday, April 10, 2012

Di sebalik Fan Page yang anda LIKE !! [Konspirasi Facebook]

Baru-baru ni baru aku perasan kenapalah page-page facebook tu sanggup bersengkang mata untuk update status di Page diorang.

 Kalau korang nak tahu, page-page facebook selalu update dalam pukul 4-7 pagi serius. Orang kata bangun pagi murah rezeki . Antara sebabnya, waktu ni feeding orang tak ramai, so post diorang akan mendapat sedikit ruang untuk di lihat.

Maka aku pun siapkanlah satu e-buku mini lagi, untuk korang yang nak buat duit sampingan dengan Facebook . Bergantung pada usaha kalau rajin buatlah.




Sunday, April 8, 2012

When You Young Work to Learn, Not to Earn


Setelah 6 bulan aku cuba memahami apa yang usahawan internet buat dengan internet ni . Akhirnya tak boleh jugak nak jadi expert macam diorang .. Terdetik untuk kembali normal seperti dulu .. Haish ..  Tapi tiba-iba aku ternampak ler satu gambar ni ...




hmmmm ~

Korang faham tak ? Kita bekerja dulu untuk ilmu lah . Macam rata-rata yang korang buat sekarang ni . Pergi sekolah, pergi universiti . Korang kena timba ilmu dahulu, dan bila sampai masa untuk bekerja , Baru ler, boleh timba duit pulak.

Sakit perit menuntut ilmu akan di bayar bila dah bekerja nanti . So, study ler betul-betul takut tak dapat kerja pulak nanti .

Tapi sebelum tu, aku nak tunjuk hasil setelah 6 bulan menuntut ilmu inilah hasilnya  ~ Pengenalan Kepada 7 Pemasaran Internet ...

Sorry, blog ni bukan tempat cerita pasal business sangat, tapi dekat http://mascothesuki.blogspot.com takpa .

"Langkah pertama anda hari ini, mungkin tidak akan nampak hasilnya esok tapi mungkin lusa . Jadi teruskan melangkah" Masso Dasuki

"sayang korang"Siti Nurhaliza

Abang Kacak II (Original)



Masso Dasuki bhai ~ 

Saturday, April 7, 2012

Selamat Ulang Bulan ...

Selamat Ulang Bulan sayang ~ Tak terasa pelik ke dengan ucapan macam ni ? Menyambut tarikh perhubungan anda setiap bulan ? Tapi sesuatu yang menarik la kan ~ Boleh lah, mengakrabkan lagi hubungan. Maknanya takde la, nak sambut setahun sekali.  Moga hubungan anda berpanjangan dan berkekalan hingga ke syurga.

Nah bunga digital dari saya, nak bagi bunga betul tak lepas .




I U

Untuk Orang Yang Di Sayangi...

Friday, April 6, 2012

Atuk sayang someone ..

 Atuk harap dia akan jadi nenek korang .. Tapi korang pun tahu nenek korang siapa dah .. Cuma atuk je tak tahu lagi siapa nenek korang.. Agak pelik di sini .. (ini lah jadinya kalau tulis untuk masa hadapan)..

Okeyh, atuk nak korang main sikit dengan benda ni . Break The Davinci Code, nah download ni Rahsia Hati Masso Dasuki. Orang yang atuk sayang je boleh bukak apa isi kandungannya.  Muhehe.