Sunday, October 30, 2011

Aku dan Kampung


 Salamah , aku nak cerita apa ye pasal kampung ... Hmmmm .. haha .. Maklumlah kampung aku tak adalah jauh mana, dekat Kuala Selangor saja lah .

 Aku tak sempat nak tengok muka kedua-dua atok aku .
Dan sekarang ni aku cuma tinggal satu orang sahaja NENEK ..

 Okeyh , "proceed" kepada cerita kampung lah . Aku ada satu kampung sahaja yakni Kuala Selangor, sebab ibu dan bapak aku memang asal dari sana lah .

 Jadi jom tengok kampung aku ...... zasssssss...



Bukit Hijau, Kuala Selangor .. :)





Yeah , menoreh la kita kat belakang rumah ..

Hmmm ... takde lah besar mana tanah kat belakang ni , tapi boleh nak di manfaatkan . 

Maklumlah getah kan memang penting .
 Tanpa getah siapa kita .. 
Kita akan lambat ke sekolah jika tiada getah, tiada lah tayar kereta ..





this is not about STRENGTH , this is about SKILL ..

Yeah bukan senang saja kau  orang nak main tarah tu . Kena lembut-lembutlah, baru cantik dia punya sistem saliran tu .. 



Ni adalah getah susu , aku pernah rasa sikit lah .. Boleh tahan lah  .

Beberapa hari jugaklah kalau nak penuh macam ni, sekali toreh dapat berapa mililiter saja lah .. Toreh jangan tak toreh lah .




Yang ni CENDAWAN .. aktif di waktu pagi .. Tumbuh kat kayu-kayu mati ..


Sedaplah cedawan tu .. Ingat lagi masa pembakaran secara besar-besaran kat belakang rumah tu .. Banyaklah pokok yang mati lepas pembakaran . Jadi dapat lah kumpul masa tu .. Tak sabar bila nak bakar lagi kebun ni.. hahaha ..






madang time .. Sarapan lah ..  teh tarik dan roti canai .. 


Kos hidup kat kampung murah lah .. Makanan kat sana pun murah-murah . Tapi nak pergi shopping mall memang takde lah kan ~





Biji getah ni .. tetiba lak abang aku pergi kutip ..


Abang aku teringat pulak zaman kanak-kanak dia .. Maklumlah Play Station tak ada masa tu kan~



PICIT dan tekan antara dua biji, sapa punya yang pecah dia kalah lah~





ni kelapa sawit lah ~

Baring-baring dan tangkap gambar lah~

































No comments :

Post a Comment