Wednesday, December 8, 2010

Seperti Petanda Malam (SPM)

SPM

Perkara yang amat penting bagi aku . Tapi kali ini berbeza dengan PMR. Sewaktu PMR aku cuma ingin bersaing dengan rakan sekeliling dan kerana seseorang juga. aku tidak terfikir untuk apa aku menghadapi PMR . Sewaktu UPSR langsung aku tak kisah dan sebenarnya aku tak tahu apa itu UPSR . Waktu itu tidak ada perkataan 'ulang kaji' dalam kamus hidup aku.

Tapi mungkin berbeza kali ini, aku berharap sangat dan membuatkan aku sedikit tertekan. Berada dalam keadaan ini memang sangat penting untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah. Hanya 1 per tujuh dari adik beradik aku yang faham . Walaupun sebenarnya tidak dapat diselesaikan pun . Keadaan yang kucar-kacir dalam hidup aku membuatkan aku rasa rendah diri. Aku tidak pernah cuba untuk skor dalam peperiksaan walaupun sebenarnya boleh.

Aku tidak tahu mengapa aku begitu malas dan mengambil ringan pada mulanya. mungkin betul cakap cikgu "masso awak tak belajar ye!" .
Haha . Pada hujung tingkatan 4, seseorang telah hilang dari hidup aku . Aku sedar akan hakikat itu tetapi entahlah lain sungguh rasanya . Sejak itu hidup aku seperti berada dalam hanyalan.

Ibu bapa aku bukanlah seseorang yang menekan dalam akademik dan antara usaha mendidik aku hanyalah menghantar ke sekolah . Dan nasihat saya kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang menekan dan membantu dan memaksa anda untuk belajar, anda sememangnya harus bersyukur. Aku juga bersyukur kerana aku tidak tertekan dengan ibu bapa. Tetapi kadangkala konflik yang berlaku membuatkan aku terharu.

Aku banyak belajar untuk bersabar. Hidup dengan anak-anak abang dan kakak mengajar aku erti kesabaran. Kadakala buku aku di conteng dan hilang. Keadaan rumah yang sering riuh, membuatkan keadaan tidak kondusif. Sewaktu orang lain sibuk tusyen, aku di rumah melayan anak-anak saudaraku. Merka semua cute2, berbanding Cikgu tusyen kau orang . Dan bila malam terlalu letih, aku cuma menonton televisyen kerana penat mungkin. Dan esoknya kerja rumah tidak siap dan berhadapan pula dengan amarah daripada guru-guru.



Masalah kewangan dahulunya sering timbul, tetapi apabila aku menerima biasiswa aku tidak ada masalah itu lagi. 20 ringgit sememangnya cukup untuk satu bulan. Hebatkan aku.
Berlambak buku aku beli. Latihan juga, tetapi masa tidak mengizinkan. 24 jam tidak cukup .

Semua orang merungut dengan masalah begitu juga ibu aku, masalah orang tua dengan keadaan yang sakit-sakit dan terpaksa untuk melakukan kerja rumah. Kadang kala rungutan tentang adik beradik lain . Haha atau erti kata lain mengumpat, ini cuma proses untuk mengenali seseorang.

Guru mungkin menghadapi cara hidup yang berbeza dengan aku, dan pemikiran mereka juga berbeza. Sememangnya sifat aku tidak ingin faham walaupun perlu faham. Nasib baik ada Hasif dan Redza . Ketika aku ketinggalan di belakang merekalah tempat bertanya . Redza dengan sifatnya yang sering berfikir secara kritis membuatkan kami sering berdebat. Hasif pula hanya merancang untuk masa depan dan sering focus dengan kerja sekolah. Aku sibuk dengan ko-kurikulum .

Sifat aku yang sering mengganggu rakan-rakan lain harus di hentikan. Haha . Aku ingin mohon maaf kepada mereka . Gurau-gurauan aku sememangnya pelik . Bayangkanlah majoriti kelas adalah wanita .
3 setengah lelaki . Ain menjadi pakar motivasi peribadi aku . Adila tempat bermanja . Selina tempat untuk mencari perkataan atau kamus . Amira tempat untuk bergosip dan dia sering merajuk . Hanisah tempat jual minyak dan Hafiza, aku tak faham dengan dia ni .

Masalah sering berada dekat dengan kita, mungkin mereka takkan pernah hilang. Masalah aku adalah diri yang sering emberi alasan untuk tidak melakukan sesuatu. Apatah lagi dengan keadaan aku yang sering demam apabila peperiksaan sedang hampir . Kelas aku tidak masuk dam banyak perkara yang aku tidak faham. Lebih-lebih lagi sillibus yang hujung-hujung. Mngkin demam anda cuma demam biasa. Namun tidak aku, apabila demam asthma juga menghampiri . Mungkin anda tidak tahu keadaan asthma bagaimana.
Atsma
Sukar bernafas
Sakit-sakit badan
Tidak ada tenaga untuk bergerak
seminggu baru sihat.

Haha
Masalah-masalah.
Saya doakan anda akan dapat mengalahkan masalah anda . Dan jangan jadi seseorang yang bermasalah. Amin.

semua ini akan berakhir.


2 comments :

  1. aku tersentuh dengan post ni, terasa macam kita semua dah membesar dengan pantas.. ayat2 kau sungguh matured, dan patut dbangga kan.. ahaha


    masso walapun kau lebih byk menyakitkan hati, dari myenangkan hati.
    Sebagai KAWAN, aku sayang kat kau. aku pun x tahu knp aku ckp..
    post kau ni lah buat aku sedih..
    nak coklat! xD

    ReplyDelete
  2. haha .. coklat .. insyaalah . kalau ada sumur di ladang .

    haha .. Aku dah mula suka dengan hidup aku ..

    Dulu memang aku banyak menangis .
    Sekarang dah, tak ..
    Bila susah aku rasa dekat dengan Allah .
    Bila senang, kau tahu je la manusia .

    Doa yang paling ganas aku adalah :

    "Turunkanlah bala ke atasku ,seandainya aku melupakan-MU .."

    Kau memang follower yang hebat .

    Haha 3 orang follower je .. termasuk aku ..

    ReplyDelete