Sunday, March 18, 2012

Keputusan SPM !

Bila nak keluar keputusan SPM ni ? Aku macam tak ambil kesah je kan tapi memang aku macam tak ambil kesah pun. LOLs. 


Macam mana persediaan fizikal dan mental ? Ada berani nak tengok result terok korang ? Result ni lah yang menentukan "kos" yang kau akan ambil dekat universiti nanti. Antara dapat pilihan yang pertama ataupun yang ke lapan . Moga-moga berjayalah dapat apa yang kauorang impikan .

Masuk IPT !!


Pertama sekali bila aku masuk IPT rasa macam blurr . Baru di kenalkan dengan sistem CPGA, sistem kredit dan "carry mark" . Lepas tu mulalah pensyarah cakap "Dekat universiti tak macam dekat sekolah, markah kehadiran, markah kuiz, markah assigment, markah ujian dan markah exam pun di ambil kira" .

 Otak aku jadi senak sekejap . Ugh !! 

Maknanya dekat IPT ni, kauorang tak boleh la nak skor masa exam je. Kena ada konsistensi setiap masa . Kena pandai cari kawan, supaya senang dan sekepala bila sampai nak buat kerja berkumpulan.

Sebenarnya tak banyak yang aku boleh nak kongsi, sebab aku baru tahun pertama. Sistem CGPA ni pun aku tak khatam lagi pun. Hehe . 

Lagi satu nak cakap pasal DEAN LIST atau KEPUJIAN DEKAN . Kalau nak benda ni kena dapat 3.50/4.00 dan ke atas lah ea ~ 

Panduan Kepujian Dekan [klik sini]



p/s: Dekat UTMKL ni ada "fastrack" untuk pelajar SAINS KOMPUTER untuk ke ijazah .

Kenapa aku promote UTMKL ni, bukan dapat royalti pun ?


Ops lagi satu ni kajian kerja kat Malaysia, tentang kerja professional ni #http://ll.my/salary 

No comments :

Post a Comment