Friday, March 30, 2012

Kawan Atuk .

 Salam, cucu atuk . Atuk tulis untuk korang lagi ni .

Walaupun aku ni atuk korang, masa atuk tulis ni atuk tak tua lagi . Atuk kuat lagi tau tak ! Atuk nak cerita pada zaman ni apa yang ada . Zaman ni ada Facebook, ada Twitter dan macam jenis laman sosial lah . Cuma orang Malaysia nampak yang "mainstream" ja . Tapi atuk ada buat Google plus, tapi bila atuk sign up, atuk rasa macam FOREVER ALONE .

Masa ni kan cu ~ orang tengah sibuk dengan 9GAG dan meme base . Atuk nak bagitau kawan atuk yang mula-mula tengok benda ni nama dia Amirin . Atuk tak tau la masa cucu tengah baca ni, dia hidup lagi ke tak ? Mungkin dekat sebelah kubur atuk ni kut .

 Atuk nak kasi la nama kawan-kawan atuk dekat universiti ni . Kalau kawan-kawan sekolah lama, nanti la atuk cerita . Kalaulah cucu boleh jumpa diorang ni pergilah jumpa . Atuk rasa cucu-cucu diorang mesti lawa-lawa . Cuba cari Anaz Aznur, Faeez Mazlan, Ahmad Tahfiz, Amirin , Abu Bakr , Rafael, Nizul Zaim dan Masso Dasuki . Kirim salam dekat diorang tau . Eh ? Atuk terletak nama atuk pulak . Nama komersial tu ..

 Apa atuk nak pesan, setiap kawan tu berbeza-beza . Diorang ada pemikiran masing-masing sebab kita semua lalui perjalanan hidup yang berbeza . Jadi hargai dan terima kawan-kawan tu seadanya . Kadang-kala ada kawan yang cuba naikkan kita dengan menjatuhkan kita . Dan ada jugak kawan yang naikkan kita dengan sentiasa ada dengan kita . Tapi yang jenis menjatuhkan tu ramai la . Walaupun diorang cuba nak jatuhkan cucu, dengan sindiran dan macam-macam lagi . Awak anggap je la, diorang cuba nak bantu naikan  semangat cucu .

No comments :

Post a Comment