Monday, March 26, 2012

Hadiah Untuk Moyang

 Salam cucu-cucu atuk . Tajuk entri ni apa ea ? Atuk lupa lah .. Oh hadiah untuk moyang . Hmm, buat masa ni atuk dah habis sem2 tahun 1 . So sekarang masa untuk cari kerja la kan ~

 Tiba-tiba teringat dekat moyang perempuan (mak atuk) . Dulu , masa kecik-kecik mak atuk suruh pergi mengaji al-Quran dekat rumah orang . Biasalah budak-budak kan memanglah malas . Lepas balik sekolah rendah macam-macam lah cara nak ngelat tak nak pergi mengaji . lala ~

 Tapi sekarang dah pandai mengaji, bersyukur sebab kena paksa . Atuk teringat dekat ayat moyang perempuan cakap " Mak suruh kau pandai mengaji nanti boleh ajar mak" . Mungkin lepas tu atuk baru rajin sikit nak mengaji . Ye lah, nak mengajar orang ni kenalah banyak ilmu sikit .

Atuk tengok ramai jugak orang tua yang tak reti mengaji . Moyang perempuan bukan reti tapi dah lupa . Sibuk dengan kerenah anak-anak 8 orang takda lah masa kan ~

 Atuk tengah "surfing internetkan" tiba-tiba ternampak benda ni  Al-Quran Digital . Mula-mula fikir rasa macam tak perlulah nak beli sebab atuk boleh mengaji siap tarranum tapi stail Hindustan la (nak buat macam mana kan ~) . Hehe .

Tiba-tiba sekarang rasa macam nak pulak . Buat kasi hadiah dekat moyang . :) . Untuk pengetahuan cucu hari jadi moyang 19 Julai dan atuk punya 16 Julai . Atuk tua dua hari dengan moyang (pandai atuk tipu cucu-cucu atuk ) . Hmm, memandangkan dah nak cuti ni boleh la cari duit kan ~

Doakan atuk tau .. Insyaallah ..

p/s: atuk lupa cucu-cucu atuk tak wujud lagi macam mana nak doa .. haish .. =="

On9ShopEasly : Al-Quran Digital

No comments :

Post a Comment