Saturday, January 1, 2011

Cerita KIta

"Ah pedih perut aku ni" kata Akram . "Aku mesti buat sesuatu" kelihatan Akram berkata sendirian sambil duduk di atas bangku di perhentian bas Keramat, matanya tajam melihat gerai kuih-muih di hadapannya . "Hmm, kalaulah kuih keria atau pulut itu masuk ke tekak aku" desus hatinya . Bunyi hon kenderaan kedengaran begitu kerap . Kenderaan ke sana ke mari tanpa henti apatah lagi pada waktu puncak ini . Kenderaan Myvi hijau teragak-agak untuk di tekan pedal minyak oleh pemandu wanita . Perkara-perkara remeh tak di endahkan oleh Akram . Matanya terus melihat pulut bakar di gerai tersebut .

Lampu merah menyala mengarahkan kenderaan-kenderaan untuk berhenti. "Rab, Rab, Rab" jantung Akram berdetak sedikit kencang . Tiga pulut pangang diambil daripada bekas kuih mak cik digerai tersebut setelah dia berlari pantas menuju ke gerai tersebut . Dia berlari tidak cukup tanah, menuju ke lorong banggunan yang selalu dipenuhi sampah berguni-guni. Lorong antara dua banggunan yang sering menjadi tempat tinggal sang penagih dadah dan remaja yang tiada arah tuju . Lorong itu gelap dan sunyi . "Akhirnya dapat juga aku mengalas perut yang kosong ini" kata Akram kepada dirinya sendiri . "Tetapi esok bagaimana?" sambungnya lagi .

Dia duduk bersandar ke diding . Bau busuk kawasan itu tidak di endahkannya . "Aku mesti mencari sepupuku" .
"Tetapi Kuala Lumpur ini besar bagi orang yang tidak berduit seperti aku namun kecil bagi mereka yang duit sentiasa berada di saku" keluh Akram. Matanya kelihatan tidak bermaya mungkin terlalu letih berlari . Akram terlelap dan siang berganti malam dan malam berganti siang . Dia tertidur di timbunan kotak-kotak kadbord yang di buang oleh peniaga-peniaga .

Pagi yang dingin di basahi embun suci . Akram terjaga. "Sudah pagi rupanya, mengapa tidak ada ayam yang mengejutkan seperti di kampung" . "Apa yang ada cuma bunyi enjin kenderaan yang merunsingkan." Bandar konkrit dan besi ini tidak pernah lengang dari kesibukan mahkluk-mahkluk rakus yang mengejar harta .
"Aku mesti mencari sepupuku."kata Akram lantas bangun .

Berjalan dia seperti orang tak keruan mencari seseorang yang telah lama terpisah . Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor 'EX5' di belakangnya . Enjin moto tersebut berhenti di sebelahnya . Penungang motor itu membuka topi keledarnya dan melihat Akram yang berpakaian T-shirt hitam berseluar jeans .
Akram juga melihatnya yang berpakaian kot hitam berseluar slack malah bertali leher . "Assalamualaikum, kau ni Akram kan?" kata pemuda segak itu . "Ya, engkau ni siapa?" jawab Akram .
"Masso, sepupu kau!" seru penunggang itu.
"Betul ke ni" jawab Akram
"Marilah naik, kita pulang ke rumah aku. "
"Baiklah"
Akram naik ke atas motor 'EX5' yang nampaknya tidak mampu menampung berat dua manusia .
Motor tersebut kelihatan rendah apabila sudah di penuhi dua orang di atas motor itu .

Mereka selamat tiba di rumah Masso . Rumahnya tidaklah bertingkat-tingkat hanya rumah bujang . Rumah teres yang kelihatan usang . "Masuklah dan silakan duduk." jemput Masso . "Aku nak ke bilik air dahulu"
kata Masso . "Baiklah." kata Akram.

Setelah selesai mandi dan memakai baju pagoda putih Masso berjalan menuju ke arah Akram sambil memegang dua cawan teh . Bunyi kain sarung Masso menemani langkahnya . Masso duduk di atas lantai bertentangan dengan Akram .
"Bagaimana kau tahu aku di sini?" tanya Akram .
"Oh, ibu di kampung yang beritahu. Dia baru sahaja menelefon dan memberitahu kau ada di sini"jawab Masso
"Sudah lima tahun kita tak berjumpa kau ni So, dah banyak berubah" kata Akram.
"Hmm Mar, Kuala Lumpur memang mudah mengubahkan seseorang"
"Kau kerja apa sekarang ni So?"
"Pengurus hotel di Hotel Qistina Crystal"
"Hulamak, hebatnya kau tapi mengapa naik motor?"
"Bandar ni sesak, kau akan lambat kalau sentiasa ingin naik kereta mewah lebih-lebih lagi apabila di waktu puncak"

Masso minum setenguk teh dari cawan tadi, kemudian mula membuka topik baru . "Mar, kenapa kau datang ke Kuala Lumpur ni, ada masalah di kampung ke?"
Akram menarik nafas panjang dan kemudian memulakan cerita "Ya, ada masalah di kampung . Abang memerlukan duit untuk perniagaannya di Jerman . Ibu mengambil keputusan untuk menjual semua tanah pusaka dan tanah kelapa sawit tempat aku bekerja . Nah, sekarang aku mencuba nasib di Kuala Lumpur! Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ."

" Jerman!! Tempat Hitler tu . Buat perniagaan apa di sana kalau setakat keropok lekor tak laku di sana . Selera mereka bukan macam selera kita ."
gurau Masso .
"Haha, mereka hanya makan anjing panas dan babi beratur. " sambung Akram .

"Esok, aku boleh cuba bertanyakan kerja kosong di hotel tempat aku bekerja . Mungkin, mengambil masa sedikit . Engkau inginkan kerja atau tidak?" tanya Masso .

"Tentulah aku mahu, tapi.."terdiam seketika sambil menghirup teh yang sudah sejuk "Kelulusan PMR sahaja seperti aku, apa boleh aku buat ." keluh Akram

"Yob, jangan risaulah . Bangla datang sini pun boleh dapat kerja . Inikan pula engkau yang muka hensem lebih sikit dari bangla tu ." Masso cuba memujuk ."

"Bangla tu apa? Alien ke?" berbisik sendiri dia dalam hati .
"Hahahaha" Akram gelak terbahak-bahak walaupun tak tahu maksud bangla tersebut .



......................................................................................................................................................................


Bulan mengambang penuh, siang tadi hujan amat lebat .
pada waktu malam tiada awan yang melindungi langit .

"Kau mesti berkahwin dengan Datuk Hasif Marzuki" kata Datuk Redza kepada anak perempuannya, Nur Adila .
"Tidak daddy. Datuk Hasif dah Dila anggap seperti ayah Dila sendiri. Lagipun dia sudah beristeri dua . Apakah daddy ingin Dila menjadi yang ketiga? Mungkin di jaga, mungkin terbiar." mata ayu Adila yang bergelinangan dengan air mata melihat ke arah Datuk Redza yang bertubuh tinggi lampai.
"Apakah kerana dia sudah tua, engkau berkeras menolaknya?" tanya Datuk Redza
"Tidak, usia tidak menjadi masalah pada Dila, cuma.." diam sejenak
"Dila sudah punya kekasih hati" sambung Dila .
"Siapa?" tengking Datuk Redza kepada Nur Adila .
"Tomi, anak Datuk Iemad Muhammad dan Datin Amidah." jawab Dila dengan lembut .
"Apa? Tomi anak Datuk Iemad! Dia hanya anak angkat . Harta Datuk Iemad tidak akan jadi miliknya ." teriak Datuk Redza .
"Lagipun dia sudah bertunang dengan Alia Farhanah anak kepada Datuk Mustapha Kamal dan Datin Hanisah ." sambung Datuk Redza .
"Tetapi kami saling mencintai." Adila mempertahankan dengan tegas .
"Cinta tak bawa kau ke mana! Hanya pada mula sahaja . Bila sudah berkahwin, dia akan mula cari yang lain ." bahas Datuk Redza untuk menumpaskan hujah Nur Adila .
"Tomi bukan orang yang macam tu, dia setia pada yang satu . Adila amat pasti, memandangkan dia begitu baik terhadap ibunya sudah pasti dia akan menjaga Dila dengan baik apabila Dila sudah bergelar isterinya . " Adila masih berkeras.

Nur Adila berlari menuju ke bilik dengan rasa sebak .
Dia menutup pintu dengan perlahan . Dia merebahkan badan ke atas katil dan kemudian merenung ke arah telefon bimbitnya . Lantas mengambil telefon bimbitnya lalu mencari nama 'Nur Azreen' dan menekan pad kekunci 'panggil' .
"tut, tut .. tut, tut .." mendengar bunyi nada telefon bimbit ketika menunggu panggilannya dijawab .

"Setiap masa yang berlalu . Setiap ingatanku .. " bunyi lagu telefon bimbit Nur Azreen yang merdu itu menjagakan dia daripada tidur .

"Assalamualaikum, siapa bercakap ni ?" Nur Azreen mulakan perbualan .
"Waalaikummussalam, ni Dila!" jawab Adila walaupun tersedu-sedu kesedihan .
"Awak ni kenapa Dila, ada masalah ke?" tanya Nur Azreen
"Masalah besar, daddy saya nak kahwinkan saya dengan Datuk Hasif . " sambung Dila .
"O.M.G , Datuk Hasif sudah mempunyai dua orang isteri dan umurnya hampir lima puluh tahun . Teruk betul cita rasa daddy awak Dila . Jadi apa yang awak nak buat ni Dila" kata Nur Azreen dengan nada terkejut .
"Kita rasa.. nak lari rumah la . Awak tolong boleh ?
Pagi ni pukul tiga pagi ." pinta Adila dengan penuh harapan .
"Kerja gila ni Dila . Tapi tidak mengapa, kawan punya fasal kita sanggup ." jawab Nur Azreen tanda bersetuju
.


Jam dinding bilik Adila sudah menunjukkan pukul dua dan empat puluh lima minit . Berbekalkan beg galas yang kecil, dia perlahan-lahan keluar daripada rumah banglonya yang dianggap bagi Adila 'indah di pandangan mata namun sengsara mendiaminya' .
Adila sudah bersedia di depan pagar rumah banglonya .
Kemudian tidak lama selepas itu, kereta Kelisa merah jambu air laut sampai di hadapan Adila .
Dengan berhati-hati Adila membuka pintu dan masuk ke dalam kereta Kelisa tersebut .
Kereta kelisa tersebut bergerak laju ke Taman Permaidani, tempat Nur Azreen menetap .


.........................................................................................................................................................................

Bunyi loceng jam sahaja yang kedengaran di rumah Masso pada waktu pagi .
Ayam berkokok, jarang sekali ada . Cuma kadangkala ada juga ayam yang berkokok, itupun ayam sesat dan ayam yang menunggu ajal apabila di sembelih untuk hidangan .

"Hari ni kau duduk rumah sajalah . Biar aku carikan kerja untuk kau . Aku takut kau nanti jadi 'rusa masuk kampung" . kata Masso kepada Akram .
"Hmm, baiklah . Lagipun aku juga ingin berehat sekejap maklumlah jauh aku merantau. " jelas Akram .

Masso menuju keluar untuk menaiki motor 'EX5' hitamnya itu . Motornya di tolak keluar pagar . Enjin di hidupkan dengan kakinya . Dia melakukan gaya 'superman'
bagi mengurangkan rintangan angin dan kemudian menarik 'throtle' seterusnya beredar dari situ, menuju ke tempat kerjanya .

"Oh, begitu rupanya cara orang bandar menunggang motorsikal . Mungkin minyak naik harga . Dengan mengurangkan rintangan angin bolehlah berjimat sedikit"
kata Akram kepada dirinya sendiri .

"Apalah yang boleh aku buat di rumah ni" sejenak Akram berfikir .
" Tengok Tom Tom Bak lah" . Akram amat meminati cerita tersebut, dia tidak pernah tertinggal walau satu episod pun.

7 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tq ain.. aku nak masukkan watak engkau pulak.. tengah busy skit skang ni.. keje oh keje ..

    ReplyDelete
  3. what theeeee?? ini sejenis cerita ke ? knp story dye . . (Malas nk ckp) hum knp ain ko suka ? tkda yg kelaka pun ? pelik la pompuan , suka leleh leleh ! bt anyway good effort , skrg baru aku sedar knp karangan aku selalu kne challenge ngn korg ! aku ingt ckgu pilih kasih, ahaha, korg memang semua terbaik , fighti ex-5bs1 :))

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. da baca da, yelah kao suka la ada nama kao ! aku selamat tkda ! ahahha , story dye quite messy n byk berangan-angan ! hum . aha

    ReplyDelete