Saturday, September 4, 2010

Islam
Ada yang berkata 'Muslim haruslah berubah sikap kerana Islam hari ini dianggap lebih menjurus keganasan'.
Memang benar Muslim harus berubah tetapi bukan isu keganasan itu yang ingin saya persoalkan.
Bagi saya, mereka cuba memperjuangkan Islam dengan cara tersendiri.
Akibat kesedihan melihat pemimpin Islam mereka sendiri tidak menjegah kemungkaran walaupun berkuasa.
Maka haruslah dicegah dengan tangan yakni senjata.
Manakala bagi kita yang lemah iman ini dan takut untuk berjuang di jalan Allah hanya sekadar mencegah dengan hati dan menjauhinya.

Agama adalah jalan hidup. Agama yang benar membentuk penganut yang hebat. Melaksanakan suruhan agama adalah salah satu cara mendisplinkan diri. Mereka yang berdisplin dipandang mulia dan disegani.
Muslim harus berubah namun bukan sikap berani memperjuangkan Islam dengan cara tersendiri.
Namun antara sikap yang perlu diubah adalah tidak mahu meniru sunnah kepada sikap yang mencontohi Nabi Muhammad s.a.w . dan melaksanakan apa yang disabda oleh baginda.

Sabda baginda

Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudara mereka seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri.

Kebersihan itu sebahagian dari iman

Sabar itu separuh daripada iman

Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.

Perilaku

Sering membantu isteri memasak, menjaga anak, dan menampal baju yang koyak.

Mendahulukan orang lain.

Suka memuji

Bersyukur.

>>> Di sini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menyeru agar kita berkasih sayang antara satu sama lain. Kita harus menghormati antara satu sama lain. Tidak menghina antara satu sama lain beradalah dibawah satu bumbung, bukan bumbung Melayu tetapi bumbung Islam. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Kadang-kala saya terfikir, mengapa anak muda tidak mahu memberi salam kepada yang tua walau dimana mereka berjumpa. Hal ini kerana tiada contoh teladan daripada yang tua. Majoriti warga tua minta dihormati namun tidak menyayangi.
Jadi marilah kita bersama-sama berubah untuk kecermelangan.

>>> Jika ada iman tentu ada kebersihan, percayalah kata-kata atau tulisan-tulisan saya. Kita seharusnya malu dengan Allah s.w.t apabila kita membuang sampah merata-rata. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk menjaga sekalian alam. Namun kita tidak sedar akan hal tersebut. Maka selepas ini, bersih-bersihkanlah setiap yang kotor.

>>Sabar adalah sesuatu yang penting lebih-lebih lagi pada zaman di mana keperluan kita untuk mengejar lebih laju masa.
Beratur menunggu giliran di kantin, KFC , bank dan segala macam perkara kini memperlihatkan kesabaran kita.
Di situ iman di uji. Sabar dan bertolak ansur di perlukan untuk dunia yang aman.

>> Ilmu? Apa guna ilmu, guru yang terbaik adalah pengalaman.
Kini mencari ilmu satu kerluan asas. Namun bagi pelajar ilmu hanya untuk peperiksaan bukan diamalkan.
Begitulah juga saya, kerana sudah tentu saya tidak dapat mengamalkan didikan dan teori Bio, Fizik dan segala macam .
Haruskah saya membelah setiap orang yang saya jumpa untuk mencari caecum atau melontar batu ke rumah jiran, sambil mengira momentum batu dan daya yang di hasilkan oleh batu tersebut.
Sebenarnya tidak kira apa-apa ilmu yang bermanfaat harus di fahami, amalkan dan disampaikan.

>> Membantu rumah tangga. Isteri tidak seharusnya dijadi orang gaji semata-mata namun adalah teman susah dan senang.
Lelaki zaman ini, terlalu ego berbanding Nabi Muhammad syangkan perilaku Nabi terhadap isteri baginda dan anak-anak.
Apatah lagi dengan isteri-isteri-isteri.
Orang kita kini lebih cenderung mencontohi nabi soal kahwin. Sedangkan Nabi berpesan " Ikutilah setiap perkara yang aku lakukan kecuali SATU yakni kahwin" tambahan pula isteri-isteri Nabi adalah janda bukan anak dara kecuali Aisyah. Malah atas dasar ingin menjaga balu-balu fissabilillah . Kalau den, ompat-ompat "baik punye" ..

bersambung ..

tentang mendahulukan org lain
memuji

bersyukur
insyaallah..

p/s: ilmu yang saya ada hanya setitik air laut berbanding ilmu Allah yakni lautan. Maka maafkan perbetulkanlah jika salah. saya hanya manusia.

No comments :

Post a Comment