Saturday, September 4, 2010

Mendidik anak.

Bagaimana untuk kita mendidik anak?

2 tahun sehingga 3 tahun, saya anggap ibu bapa harus banyak bersabar dengan mereka. Kerana pada usia ini, mereka tidak dapat berfikir dengan wajar. Maka pendekatan yang lebih mendalam terhadap didikan kepada anak-anak harus diberi pada usia ini.

Terdapat 3 cara mendidik:
1. Menasihati dan menegur
2. Merajuk yakni seperti memulaukan
3. Memukul yakni seperti merotan

kaedah tersebut harus di gunakan secara berperingkat.

Jika menasihati haruslah dengan hikmah, tunjukkan yang kita tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka. tunjukkan kita sayang mereka.

Jika memulau janganlah keterlaluan. tunjukkanlah keanak-anak kita.

Jika mumukul haruslah setimpal, berserta niat untuk mendidik. Dengan ini mereka tahu kesalahan yang mereka lakukan dan tidak akan mengulanginya.

4 tahun hingga 15 tahun adalah proses mereka berfikir tentang alam sekeliling mereka dan pada masa inilah naluri ingin tahu membuak-buak. Tanam nilai moral agama dalam diri mereka ceritakan tentang kisah nabi dan beritahu siapakah Pencipta Sekalian Alam.

Beritahu tentang surga dan neraka, balasan azab dosa dan ganjaran nikmat pahala. Usia ini adalah usia wujudnya ego diri dan wujudnya pemberontakan. namun ibu bapa tidak seharusnya selalu mengikut dan mengalah dengan kemahuan mereka yang tidak munasabah dengan kemampuan anda menunaikan. Kalau diberi maka 'diberi betis, nak pehalah jawabnya'.

16 tahun hingga ??
Saya sedang menjalani proses tersebut, yakni sering termanggu memikirkan apa yang akan terjadi.
Malah perancangan juga dapat dibina oleh saya pada usia ini. Pada usia ini adalah hasil didikan anda.
bagaimana anda mendidik begitulah watak mereka.
Keegoan tidak pernah hilang dari diri, namun ia boleh ditundukkan.
Bagi saya ego adalah apabila kita cuba menyorokkan kelemahan diri kita dan tidak mahu mengakuinya. Bagi menundukkannya kita harus memikirkan mereka yang kurang bernasib baik lagi daripada kita.
Malah kita harus bersyukur dengan apa yang ada.
Di atas adalah pendapat saya, saya menyatukan pengetahuan dan pengalaman yang dikutip daripada guru dan juga perjalanan hidup ini.
Setiap insan, mempunyai sifat yang berbeza-beza.
Maka janganlah kita menilai dan seseorang sama seperti kita menilai orang yang lain.

No comments :

Post a Comment