Saturday, September 4, 2010

Kes kafir masuk surau.
Seharusnya tidak perlu diperbesarkan.
Sebagai muslim kita harus sedia memaafkan.
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sedia memaafkan penduduk Thaif yang menolak ajaran Islam dan malah membaling batu kepada baginda. Malah mendoakan lagi.
Tindakan Melayu yang agak jahil amat menduka citakan. Bukan Muslim cuba mendekati Muslim, seharusnya kita memberi perlindungan kepada mereka. Seharusnya kita menunjuk contoh teladan yang baik. Kita harus sentiasa berbaik sangka dengan setiap perbuatan yang baik.Kerana itulah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w .
Islam itu mudah namun diri kita yang merumitkannya. Meletakkan hukum sesuka hati walau tiada sekelumit ilmu pun diakal.
Tambahan lagi, mengenai majlis tersebut .
'Persatuan Melayu' berkata majlis sumbangan boleh dilakukan di luar surau. Saya tidak berapa bersetuju, kerana apalah guna madrasah yang dihias dengan indah dan mempunyai pelbagai kemudahan namun tidak digunakan.
Kini surau dan masjid hanya menjadi tempat beribadat, berbanding dahulu masjid adalah pusat ilmu dan segala macam acara.
SEBAGAI MUSLIM KITA HARUSLAH BERTINDAK DENGAN HIKMAH. BERTINDAK KERANA ALLAH BUKAN KERANA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

ini cuma pendapat saja..
janganlah disaman diriku hina..
mohon maaf daripada saya.
selamat hari raya..


p/s : berfikir dahulu sebelum bersetuju dengan pendapat orang lain dan ini akan mendidik kita berpendirian tetap.

No comments :

Post a Comment