Sunday, February 10, 2013

Dah 20 tahun bang ~

Whoooahh .. Tengok dekat analytic sebelah kanan tu ~  Dah 11 ribu orang jengah blog ni .

Terima Kasih .. Sayang awak semua ..

Dalam tak sedar, dah 20 tahun dah aku hidup dekat dunia yang fana ni .Sedangkan rasanya baru semalam aku buat blog ni . Bila dah tua ni, aku semakin sedar yang cita-cita bukan macam angan-angan. Dulu masa kecik-kecik dulu kita masing-masing ada cita-cita tinggi gila ! Dan dalam fikiran cuma ada AKU PASTI BOLEH JADI.

Bila dah semakin tua ni rasa macam fuhhhhhh, jauhnya perjalanan dan berliku-liku rupanya (macam susah sangat ja) . Dan perjalanan 20 tahun hidup ni buatkan aku berubah sedikit demi sedikit. Ego aku semakin hilang, dan kepercayaan terhadap kepada kemampuan diri semakin merundum . Apa yang jadi dekat aku ni bukan sesuatu yang tak baik tapi sesuatu yang baik jugaklah . Sebab dah 20 tahun, baru aku tahu bila kita nak sesuatu banyak pengorbanan dan usaha yang perlu kita buat.




"Dan setiap kali aku jatuh dan lemah ada seseorang yang buatkan aku kuat dan bangkit balik" . << Statement macam ni ni kalau gadis baca mesti dalam hati diorang "saya ke?", haha gurau-gurau .
Tapi sebenarnya orang yang aku nak bagitau tu, adalah mak akulah kan . Mak adalah musuh ketat aku masa kecik-kecik dulu . Akulah yang patahkan penyapu, pecahkan tingkap, lari rumah, dan macam-macam lagi tindakan yang sengaja buat dia sakit hati. Menangis ni ~

Apa yang dalam fikiran cuma, mak semoga panjang umur supaya sempat "bangen"(nama manja aww) berbakti bawak mak pusing-pusing satu Malaysia . Kenapa pusing satu Malaysia ? Sebab itulah yang dia nak, kalau boleh menantu nak jauh-jauh sebab senang nak melancong. .




20 tahun, ni aku cuma tahu ada orang yang datang dan pergi tapi ada seseorang yang dari dulu dia ada dan sampai sekarang dia ada lagi iaitu MAK.

p/s: Sayangi Mak Anda sementara dia masih ada . al-fatihah untuk Ibu bapa kita .. :)

No comments :

Post a Comment