Tuesday, December 4, 2012

Dasuki Kasim part 1

Entri ini khas untuk cucu
********

Waktu kelihatan agak redup setelah matahari tengah hari, baru sahaja menyelimutkan diri.

"Kau mesti pergi ke sekolah" kata Kasim dengan suara yang tinggi.
"Ah, tak mahu lah aku . Cukuplah sampai darjah dua" kata Dasuki dengan lemah.

"Sini kau!" Kasim menarik Dasuki ke sebatang pokok getah.
"Kau tak nak sekolah, biar aku ikat kau dekat pokok ni" dengan hati yang sayu, Kasim mengikat Dasuki pokok.

"Kalaulah kau tahu aku buat ni untuk kebaikan kau anakku supaya kau sedar kepentingan ilmu" kata Kasim  dalam hatinya.

"Harap kau akan serik dan akan ke sekolah esok" kata Kasim sendirian setelah 10 meter berlaluku pergi dari pokok di mana Dasuki di ikat.

"Kalau bapak tahu yang aku tak mahu menambah beban dia untuk menyekolahkan aku" keluhan Dasuki di temani air mata di pipi.

******


Esok harinya

"Lihatlah apa yang kau dah buat dengan anak kita sampai demam macam ni" kata Wiri isteri Kasim, sambil memegang dahi Dasuki. 

"Aku buat semua ni untuk kebaikan dia, hidup dia akan lebih cerah dengan ilmu" Kasim memberi penerangan kepada isterinya.

"Degil sangat budak ni, biar aku ajar dia" tambah Kasim.

"Selamat, ohhh Selamat jom main di parit" terdengar jeritan dari luar.

"Aku datang !! " sahut Selamat (Dasuki) sambil melompat keluar dari selimut yang membalutinya tadi.

"Dah baik ?" kata Wiri terpinga-pinga.

*********



Bersambung ..

Dasuki adalah Bapakku,

Kasim adalah Arwah Atukku dan Wiri adalah Arwah nenekku.

al-Fatihah.

No comments :

Post a Comment