Tuesday, April 5, 2011

E.G.O ? "engkau gah orangnya"

Bagi aku maksud ego adalah ''tidak ingin mengaku kalah/salah' . Ego yang aku cuba katakan ini bukan sesuatu perkara yang harus di banggakan.. namun harus di sirna . sifat ini adalah sifat paling teruk di dunia .

Kerana terlalu ego peperangan juga akan berlaku . Walaupun sebenarnya kita berkongsi bumi, udara dan lautan yang sama .

Diri aku pula jenis ego yang tahap boleh di ubatilah . Aku jarang nak kalah, dengan setiap orang lagi-lagi kaum hawa .Sentiasa mengatakan aku sahaja yang betul . Namun sejak kebelakangan ini aku tak ingin berlumba-lumba lagi . Jika aku lemah, aku cuma akan perbaiki setakat yang mampu .

Kepada rakan yang membaca, aku mohon maaf jika selalu menunjukkan ego aku kepada kau orang . dan aku mengaku aku adalah lelaki lemah yang cuma bagaikan tin kosong . "Bila cakap banyak, kita nampak pandai" .Aku nak jalani hidup biasa, cuma nikmati dunia .

Kepada kawan-kawan lelakiku . Kau orang semua hebat dari aku dan aku "looser" . Semoga anda gembira dengan kenyataan ini.

No comments :

Post a Comment