Sunday, April 3, 2011

Tips bercakap dengan yakin.?

Bagaimana untuk bercakap di hadapan khalayak ramai dengan yakin .
Tips2 mudah..

Apa yang nak di ceritakan ni? Mestilah berkaitan dengan tajuk . Aku bukanlah pandai sangat nak bercakap depan khalayak ramai tapi bolehla sikit . Tapi adalah `nervous` jugak . Jadi aku nak kongsi sedikit dengan anda .
Kalau nak lebih tepat carilah buku-buku di perpustakaan . ('_')

1. Bayangkan situasi yang anda akan hadapi .

Bagaimana cara kita akan berdiri dan bercakap harus ada di dalam imaginasi kita .
Tambahan lagi bayangkan perkara yang akan memalukan anda akan terjadi dan cuba fikirkan bagaimana anda akan mengatasinya .

2 . Latihan yang cukup .

Latihan boleh dilakukan di hadapan cermin . Cuba lihat mimik muka anda apabila menceritakan sesuatu yang sedih, dalam keadaaan marah dan lain-lain. Pastikan setiap wajah yang di gayakan sepadan dengan yang anda ucapkan .
Begitu juga latihan intonasi suara .

3 . Pakaian kemas

Sebelum bercakap atau berucap pastikan pakaian anda kemas dan sesuai dengan suasana pada ketika itu .

4. Pandangan mata

Pandangan mata juga penting ! Andda tidak seharusnya memandang ke arah suatu tempat sahaja namun harus memandang setiap pendengar atau penonton. Mungkin perkara ini membuatkan kita lebih cemas namun sebaliknya ia akan memberi anda lebih keyakinan . Jangan pandang syiling keran ia akan menampakkan anda seperti sedang berfikir . "seseorang yang bercakap tidak akan fikir dan orang yang berfikir tidak akan cakap .

No comments :

Post a Comment