Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 cerita untuk cucu-cucu

 Terasa macam nak cerita pasal Bersih la pulak ~ Takda ada niat nak menyebarkan apa-apa mesej, cuma nak cerita sikit lah untuk cucu-cucu aku nanti baca . Mungkin masuk buku teks sejarah ke nanti .

Memandangkan atuk pun tak tahu Bersih 3.0 ni tujuannya untuk apa ? Mungkin pembangkang nak mansuh PTPTN kot ..

Cuma soal PTPTN ni, atuk nasihatkan belajar sungguh-sungguh lepas tu insya-Allah dapat kerja yang baik . Lepas tu boleh bayar balik pinjaman tu, soal PTPTN ni atuk jadikan peringatan la untuk atuk . Kena belajar sungguh-sungguh untuk bayar hutang ~ Mana tahu PTPTN boleh "alter to"(tukar) biasiswa



Ok, berbalik ke BERSIH 3.0 ~

Siapa yang paling untung ? Jawapannya adalah media massa . Sebab diorang ada cerita nak tulis dan atuk rasa orang pertama sampai dekat Dataran Merdeka pada 28/4 tu adalah WARTAWAN dengan kamera mereka . (kerana BERSIH jugak, blogger dah bersedia nak panaskan cerita ).
Dan diorang akan pecah otak nak tulis, adalah HEADLINE (Tajuk ) dekat muka depan surat khabar dan blog.
Kalau nak tahu buat masa sekarang ni TV3 memang betul-betul 'bias' sikit sebab nampak sangat 'Pro-kerajaan'. Senang kata kalau dapat control atau kawal media massa ni, senang je nak kawal pemikiran rakyat .

Baiklah, masuk bab politik pulak . Kenapa sibuk nak berdemonstrasi ni ? Jawapannya konon nak menegakkan hak masing-masing. Tapi bagi atuk adalah cuma sebab kuasa !
Apa ada dengan kuasa ? Dengan kuasa boleh dapat duit dan dengan duit juga boleh dapat kuasa.
Kalau dulu orang berkumpul jugak kut, menentang Malayan Union tapi kenapa demo Bersih terok macam ni ?

Sebab ada KONSPIRASI, kalau nak tahu ada orang yang rancang semua ni dan mengharapkan huru-hara ni .

"Erm, apa kata kita letak polis situ untuk peserta-peserta Bersih ni pukul Polis tu" kata perancang KONSPIRASI .

 "Kita memang nak huru hara berlaku, biar orang luar negara ni nampak yang Malaysia ni dah korup dan huru-hara" kata PEMBANGKANG . (atuk chill je dekat Langkawi waktu ni . hehe )

"Bagus huru-hara berlaku ! Kita boleh cakap BERSIH ni merugikan dengan putar belit media massa" kata KERAJAAN. (malas baca berita .. tidur lagi best)

"Pergh, laku klinik aku lepas ni" kata DOKTOR.

Oklah, sedap je aku tulis . Tak pasal2 kena buang jugak . Nasib baik aku tak femes ...
Haha ..

salam ~






I hate this SHIT, but I need this SHIT










No comments :

Post a Comment