Thursday, June 2, 2011

terlalu mendengar ura-ura .. sains komputer ni ramai orang tak nak .. tapi sebenarnya aku agak berminat untuk belajar tentang komputer . mungkin bidang aku tidaklah seluas mana . tapi aku akan cuba mendapat keputusan yang cemerlang kerana itu sahaja yang dapat membuatkan survive . Hari pertama di UTM . Takda kawan yang aku kenal . Sedang cuba membuat kawan tapi aku agak kurang mood kerana terlalu memikirkan tentang CGPA . hehe .. takut kena tendang . Hari pertam juga tk leh tido beb ..  nak online kena register dulu la pulak .. ish .. aku ucapkan terima kasih banyak2 terutama kepada abg aku .. Kalau takda dia mungkin aku tak kan jejak ke UTM ni ,, Nak bau UTM pun tak dapat , hehe . Tapi sebab isteri dia yang dulunya duduk asrama jadi isterinya lah yang banyak pikinyak .. (baek punya habak na)

Tapi bagus jugakkan aku harap semakin banyak ura2 yang akan mengatakan sains komputer dah ramai nanti tak da keja .. Biar la semua orang fikir macam tu ,, hehe cerah peluang aku .. Sains komputer dalam bidang IT aku rasa adalah benda baru yakni masih belum diterokai dengan luas, kerana itu ia dinamakan teknologi 'maklumat' .. Kerana maklumat itu sering bertular ganti tambahan lagi aku berada di UTM research university .

Bercerita tentang marka (awek) .. aku tak berkenan la ..haha .. Sumpah aku macam fobia dengan perempuan ni kalau setakat kawan biasa boleh la . Tapi bila di UTM ni , perempuan semua mestilah pandai-pandai belaka kan? Mesti ego tinggi tapi aku boleh amik kesempatan seperti meminjam nota2 kan? hehe ,, Nak cari ke tak nak ? hehe

malam pertama tak boleh tido la pulak .. tambahan lagi kena memegang tanggung jawab untuk kejutkan mereka-mereka yang ama baris denganku .
setiap kali taklimat aku pun kadang-kadang terlentok la jugak .

hari kedua lagi best . kalau dah semalam tak tido malam kedua apa lagi, balun tido la jawabnya . bangun pukul 9 pagi la pulak . haha ..


pendaftaran dah buat , aku kena ambik 17 kredit 6 subjek 1 ko-ku . tapi standard aku bawah daripada engineering . Kira low class la .. Budak-budak yang kurang A pun boleh masuk sini . tapi ada yang A banyak pun masuk sini . merugikan betul . Entahlah kejap nak tukar kejap tak nak . Tapi tengoklah macam mana keputusan nanti . Masih belum belajar pun . Nak tengoklah seronok ke atau tak?

Sekarang dah canggih perpustakaan UTM . Pinjam buku tak pegi ke kaunter tapi pergi ke machine nak pinjam pakai barkode di kad matrik tu . Nak tengok kad matrik aku ke .. hehe .. lain kali la ..

No comments :

Post a Comment