Monday, May 6, 2013

Politik

Demokrasi di Malaysia masih belum mencapai kematangan . Macam yang aku cakap masing-masing tak nak bukak minda dan berfikir apa itu demokrasi .

Tak tahan bila ada yang cakap fasal, Islam lawan Islam kemudian Melayu lawan Melayu . Apa salahnya, ini persaingan sihat . Siapa yang lebih di percayai dialah yang mendapat tempat untuk memimpin. Sebagai analogi, kawan aku Melayu dapat nombor satu dalam kelas jadi sebagai orang Melayu aku tak boleh bersaing dengan dia nak dapatkan nombor satu ?

Lagi satu, fasal "mengenang budi dan tak reti bersyukur" . Heyh, come on la . Rakyat itu kerajaan, BN dan PR itu cuma parti yang bertanding . Kalau kau dapat BR1M pun, itu kerajaan Malaysia yang bagi.

Akhir kata, aku tak belah mana-mana pihak . Sebab aku pun tak nak jadi macai sejati . Aku cuma nak bukak minda kepada yang membaca entri ni . Cuba faham apa itu demokrasi . Dan lagi satu statement tak boleh blah . "Cuba bukak buku sejarah balik, siapa yang memperjuangkan Melayu kalau bukan UMNO ". Kalau aku tanya siapa pengasas UMNO korang bleh jawab tak ?

Nampak macam aku lebih kepada pembangkang kan ? Tapi salah korang jugak guna statement salah .

Monday, April 29, 2013

Kejatuhan Tamadun dan Kaitan Dengan Kita

Tamadun bermula daripada tiada apa . Dan apabila manusia itu merasa tidak cukup, mereka akan berusaha untuk mencari yang lebih lagi . Tamadun menurut Ibn Khaldun adalah sesuatu yang lebih daripada cukup .

Apa yang dapat kita lihat, tamadun mempunyai beberapa peringkat.
1. Peringkat Awal
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Kemuncak
4. Peringkat Akhir .

Tamadun itu bagaikan pusingan roda, sekejap berada di atas dan sekejap berada dibawah .
Tamadun juga sama sifatnya seperti manusia .

Manusia pada mulanya miskin dan tiada apa . Kemudian dia mula sedar akan kedaifan itu dan kemudian mencari jalan untuk mengubahnya . Dan setelah sampai kejayaan, kemudian dia mula lupa diri dan lupa tuhan . Kemudian kealpaan menarik kepada kejatuhan mereka sendiri .

Begitu juga setiap tamadun yang sebelum ini, tiada apa yang kekal. Malah Malaysia juga akan musnah dan itulah hakikatnya yang harus kita terima . Cuma tunggu masa . Apabila pemerintahan bertukar kepada anak turun temurun, keadaan menjadi lebih sukar kerana si anak tidak tahu apa perjuangan si bapa pada awalnya.

Movie "In Time" lakonan Justin Timberlake kini bermainan dalam fikiran aku sekarang. Barulah nampak mesej filem tersebut . Wang dan nyawa mereka adalah satu iaitu masa yang juga umur mereka, setiap hari harga keperluan harian mereka meningkat . Kenaikan harga bukan kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah, tapi hakikatnya untuk si penindas dapat hidup lebih lama .

Dunia realiti juga begitu, kenaikan harga barang untuk apa ? Apa yang aku nampak cuma pengerahan tenaga si buruh untuk bekerja lebih masa . Terpaksa mereka bekerja lebih masa untuk si penindas yang di atas. Si buruh bekerja demi mendapatkan sesuap nasi .

Monday, April 15, 2013

Berlakon

Mula-mula tak ambil berat sangat pasal bakat berlakon yang aku ada . Tapi semakin hari macam satu keperluan untuk berlakon . Haha .

Sebagai contoh kita terbangun lambat untuk pergi kelas . Kita boleh pergi klinik ambik MC . Tak pergi kelas sebab bangun lambat boleh boleh ambil MC ? Haha, itulah gunanya berlakon .

Berlakon terukk ..

Tapi jangan buat selalu nanti kita jugak tertinggal pelajaran .
Tapi awak yang baca ni tak yah berlakon teruk .. Sebab awak dah memang teruk !!!

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen bubar 3 April 2013

Penuh pulak Facebook dengan pembubaran parlimen . Teringat dulu sebelum wujudnya Facebook, " i am never give a damn to politic" . Masa tu mungkin kecil lagi cuma fikirkan aku rakyat Malaysia . Tapi zaman dah berubah, semua budak-budak jadi lebih matang dan lebih berfikir tentang negara mereka . Tak mustahil dalam masa 20 tahun, Malaysia akan jadi bertambah maju. Bukan sebab kestabilan tapi kerana sifat rakyat yang pandai mendesak .

Politik adalah lumrah dalam hidup, kita semua berpolitik . Pernah tak kita berlakon baik untuk dapatkan sesuatu daripada guru atau mak ayah . Tak pun usaha untuk dapatkan keputusan cemerlang untuk dapatkan perhatian orang. Secara jujur, itulah sifat aku .. haha . Kantoi yang aku ni baik-baik kucing . Orang politik ni, orang cakap al-Quran dia pegang dan arak pun dia minum . Dasyhat kan pandangan orang Malaysia. Kepada cucu, politik sememangnya akan wujud permainan kotor . Kalau ada yang nak berpolitik, ingatlah yang paling berat adalah amanah ..

Askaren ..

Lama tak berblog, nak tukis ayat panjang-panjang pun tak berapa nak pandai sekarang ni .. untuk cucu atuk masuk Rotu, sebabmya nak belajar mendisplinkan diri .

Dari ada rambut panjang, sekarang ni rambut panjang dah tak ada .

Sunday, February 10, 2013

Dah 20 tahun bang ~

Whoooahh .. Tengok dekat analytic sebelah kanan tu ~  Dah 11 ribu orang jengah blog ni .

Terima Kasih .. Sayang awak semua ..

Dalam tak sedar, dah 20 tahun dah aku hidup dekat dunia yang fana ni .Sedangkan rasanya baru semalam aku buat blog ni . Bila dah tua ni, aku semakin sedar yang cita-cita bukan macam angan-angan. Dulu masa kecik-kecik dulu kita masing-masing ada cita-cita tinggi gila ! Dan dalam fikiran cuma ada AKU PASTI BOLEH JADI.

Bila dah semakin tua ni rasa macam fuhhhhhh, jauhnya perjalanan dan berliku-liku rupanya (macam susah sangat ja) . Dan perjalanan 20 tahun hidup ni buatkan aku berubah sedikit demi sedikit. Ego aku semakin hilang, dan kepercayaan terhadap kepada kemampuan diri semakin merundum . Apa yang jadi dekat aku ni bukan sesuatu yang tak baik tapi sesuatu yang baik jugaklah . Sebab dah 20 tahun, baru aku tahu bila kita nak sesuatu banyak pengorbanan dan usaha yang perlu kita buat.




"Dan setiap kali aku jatuh dan lemah ada seseorang yang buatkan aku kuat dan bangkit balik" . << Statement macam ni ni kalau gadis baca mesti dalam hati diorang "saya ke?", haha gurau-gurau .
Tapi sebenarnya orang yang aku nak bagitau tu, adalah mak akulah kan . Mak adalah musuh ketat aku masa kecik-kecik dulu . Akulah yang patahkan penyapu, pecahkan tingkap, lari rumah, dan macam-macam lagi tindakan yang sengaja buat dia sakit hati. Menangis ni ~

Apa yang dalam fikiran cuma, mak semoga panjang umur supaya sempat "bangen"(nama manja aww) berbakti bawak mak pusing-pusing satu Malaysia . Kenapa pusing satu Malaysia ? Sebab itulah yang dia nak, kalau boleh menantu nak jauh-jauh sebab senang nak melancong. .




20 tahun, ni aku cuma tahu ada orang yang datang dan pergi tapi ada seseorang yang dari dulu dia ada dan sampai sekarang dia ada lagi iaitu MAK.

p/s: Sayangi Mak Anda sementara dia masih ada . al-fatihah untuk Ibu bapa kita .. :)

Friday, December 21, 2012

Pengorbanan ..

Entri untuk anak buah ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila kita bercakap tentang pengorbanan, kadang kala rasa macam
"Pernah ke orang lain berkorban untuk aku".

Sememangnya pengorbanan itu kita tak nampak . Kita fikir nikmat yang kita ada pada hari ini adalah sesuatu yang semula jadi tanpa ada pengorbanan.





Kalau nanti Eiman dan Aisyah dah berjaya dalam hidup, harap korang berdua kena ingat di sebalik kejayaan Eiman dan Aisyah adalah kerana satu pengorbanan .

Pengorbanan Abi dan Umi .. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada pembaca yang budiman :

Beberapa hari yang lepas Bapa mertua kepada kakak saya telah meninggal dunia . 
Pada hari petang Jumaat semalam Pak Cik saya pula telah kembali ke rahmatullah ..

Semoga roh mereka di cucuri rahmat .
Al-Fatihah 

Thursday, December 13, 2012

Dasuki Kasim part 2

***

"Macam mana ini kereta sudah siap ka ?" tanya seorang apek Cina kepada seorang pemuda.

"Sikit lagi la bos, bagi lagi 5 minit" kata pemuda tersebut sambil berbaring berada di bawah sebuah kereta Volvo putih.

Lama juga pemuda tersebut berada di bawah kenderaan tersebut dan berpeluhan di buatnya. Kemahiran membaiki kenderaan bermotor sahaja yang menjadi kepakaran pemuda tersebut.

"Bos sudah siap" kata pemuda tersebut kepada majikannya.

"Bagus Selamat, nanti lu ambil lu punya gaji tuk bulan ni dekat pejabat" kata apek Cina kepada Selamat.

"Terima kasih bos" balas Selamat yang berumur 20-an, bertubuh agak kecil setinggi 169 sentimeter, berkulit cerah dan berambut kerinting.

Itulah Selamat atau nama sebenar Dasuki, yang redha dengan rezeki yang di berikan oleh Tuhan. Selamat tidak meminta lebih dari Tuhan, jika dia mahu dia usahakan sendiri tidak pula meminta-minta. Kemahiran jadikan bekalan untuk mencari sesuap nasi.

***

Bersambung ..

Mari sama-sama baca al-Fatihah untuk Ibu Bapa kita.

Tuesday, December 4, 2012

Dasuki Kasim part 1

Entri ini khas untuk cucu
********

Waktu kelihatan agak redup setelah matahari tengah hari, baru sahaja menyelimutkan diri.

"Kau mesti pergi ke sekolah" kata Kasim dengan suara yang tinggi.
"Ah, tak mahu lah aku . Cukuplah sampai darjah dua" kata Dasuki dengan lemah.

"Sini kau!" Kasim menarik Dasuki ke sebatang pokok getah.
"Kau tak nak sekolah, biar aku ikat kau dekat pokok ni" dengan hati yang sayu, Kasim mengikat Dasuki pokok.

"Kalaulah kau tahu aku buat ni untuk kebaikan kau anakku supaya kau sedar kepentingan ilmu" kata Kasim  dalam hatinya.

"Harap kau akan serik dan akan ke sekolah esok" kata Kasim sendirian setelah 10 meter berlaluku pergi dari pokok di mana Dasuki di ikat.

"Kalau bapak tahu yang aku tak mahu menambah beban dia untuk menyekolahkan aku" keluhan Dasuki di temani air mata di pipi.

******


Esok harinya

"Lihatlah apa yang kau dah buat dengan anak kita sampai demam macam ni" kata Wiri isteri Kasim, sambil memegang dahi Dasuki. 

"Aku buat semua ni untuk kebaikan dia, hidup dia akan lebih cerah dengan ilmu" Kasim memberi penerangan kepada isterinya.

"Degil sangat budak ni, biar aku ajar dia" tambah Kasim.

"Selamat, ohhh Selamat jom main di parit" terdengar jeritan dari luar.

"Aku datang !! " sahut Selamat (Dasuki) sambil melompat keluar dari selimut yang membalutinya tadi.

"Dah baik ?" kata Wiri terpinga-pinga.

*********



Bersambung ..

Dasuki adalah Bapakku,

Kasim adalah Arwah Atukku dan Wiri adalah Arwah nenekku.

al-Fatihah.

Monday, November 19, 2012

Palestine, Melayu, Cina, India, Pinoy patut baca !

Salam.

Dah lama tak menulis. Sama ada idea takda atau takda isu.

Dalam entri kali ni, aku cuba membincangkan tentang isu Palestin ni. Namun aku bukan lah seorang Prof atau Doktor malah bukan juga ahli ulama. Cuma rakyat biasa.

Apa itu etnosentrik? Entrosetrik adalah di mana satu etnik menganggap bahawa budaya mereka adalah wajar, betul dan lebih utama dari budaya yang lain. Dalam erti kata lain, "Aku je yang betul, engkau je yang salah". Dan tidak di nafikan setiap dari kita yang berlainan etnik akan katakan "Kaum akulah yang terbaik!". Mungkin inilah yang kaum Yahudi Zionis bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah wajar. Hal ini, yang membuatkan mereka "Susah nak dengar cakap orang lain".

Yahudi yang dahulunya agama, kini di kenali sebagai satu bangsa iaitu Yahudi la jugak . Dan mereka ini adalah keturunan di mana nabi-nabi juga di turunkan dari kalangan mereka iaitu Bani Israel. "Dah memang sah tak dengar cakap diorang ni" . Untuk yang bukan non-muslim : Dalam agama Islam, nabi adalah insan yang teramat mulia yang mana di utuskan untuk sesuatu kaum.

Dan mungkin kerana perkara di atas, kita kecam macam mana pun diorang tetap macam tu jugak .

"Aku betul, kau salah".

Palestine merdeka?.


Huh? Nak kiamat ke Palestine merdeka ? Haha ..  Itulah yang pertama terlintas dalam fikiran aku (sah aku bodoh).
Tapi kalau Malaysia boleh, Palestine juga boleh.

Sejarah Malaysia juga tidak kurang hebatnya, kita mengalami beberapa siri penjajahan namun kerana konsep entrosetrik itu juga yang membuatkan kita (Melayu) bangkit.


British   :  Aku nak korang semua dalam Malaya ni jadi Bangsa Malayan Union.
Melayu :  No way man ! Aku ni Melayu, kenapa nak tukar bangsa pulak ! 

British  : Senang nak uruskan pentadbiran nanti. Semua sama ja . Jimat kos.

Melayu : Ini Tanah Melayu, tanah kami, mana boleh nak sama rata ! 

                                                      "Mana boleh sama rata". ?

Adat la tu, kalau aku ada syarikat pun 70 peratus aku punya hak sebab aku yang bukak dulu.
Kepada bukan Melayu faham-faham la ye, kenapa anak-anak Melayu ada sedikit keistimewaan.
Tapi sekarang siapa kerja kuat dia lah dapat lebih . Tetap adil kan ? (Lari topik )



Berbalik pada topik .... 



Macam mana nak merdeka kalau tinggal kecik ni ja ?





Tak mustahil ! Kita terapkan sesuatu yang baru iaitu "Konsep Bangsa".

Semua bangsa kena tolong Palestine sebab kita tak mahu mereka pupus dan hidup dalam sengsara.
Palestine adalah juga sebahagian daripada bangsa-bangsa Bumi ini !
Korang nak ke bangsa korang pupus jugak ? Jadi?

                             klik sini  >>>  Bantu Palestine...


Jom tolong supaya diorang boleh bangkit dan buat rumah kos rendah banyak-banyak.


Thursday, October 11, 2012

Kisah antara aku Bas Rapid, LRT dan MRT

  Pada usia 15 tahun dulu selalu jugak naik bas Rapid KL, tambahan lagi pada mulanya Rapid KL buat satu sistem tiket seringgit atau dua ringgit. Tiket tu boleh di pakai untuk ke mana-mana dan berkali-kali dalam sehari untuk kawasan tertentu. Memang jauh juga merantau naik bas Rapid KL, tapi semenjak sistem tiket dah berubah jadi sistem kad(touch 'n' go) memang aku dah jarang naik dah bas Rapid KL tu.



  Mungkin antara salah satu faktor istimewanya Kuala Lumpur adalah dari segi kemudahan nak keluar ke mana-mana mudah sebab memang banyak kenderaan awam. Walaupun dulu, masa dekat Kuala Lumpur tak selalu sangat pakai LRT tapi rasa amat menghargai LRT tu. Sebab dekat Malaysia ni cuma Kuala Lumpur je yang ada tau . Kemudahan LRT ni memang amat diperlukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas jalan raya. Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu yang majlis istimewa telah di adakan di kawasan yang tertumpu. 

  Dan baru-baru ni ada pula satu pembangunan MRT, dan MRT mungkin lebih pantas dan dapat menampung lebih ramai penumpang. Rasanya elok juga kalau rakyat manfaatkan segala kemudahan yang ada . Sebab segala kemudahan yang sedia ada ini adalah daripada titik peluh kita bekerja di negara ini dan membayar cukai.

Ada beberapa hari lagi sebelum peraduan "I need MRT because" tamat. Selamat Mencuba . :)



Sunday, July 22, 2012

Selamat Tinggal Semua, Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Selamat Menyambut Bulan Ramadan .

Macam beberapa hari ja lagi nak tinggalkan Kuala Lumpur ni. Akan tinggalkan Kuala Lumpur dan keluarga tercinta selama 4 tahun (macam tak balik dah je an) .

Sebelum pergi jauh, sempat jugaklah buat beberapa orang kawan dekat Kuala Lumpur ni itupun waktu kerja di Rasamas. Sedangkan Kuala Lumpur ni tak habis aku teroka lagi dah nak kena "main jauh-jauh".

Aku tertanya-tanya dekat sana nanti, benda apa yang paling aku rindu dekat sini. Selalu jugak aku termenung . Haish, semua orang mesti rasa sebak bila nak tinggalkan sesuatu. Walaupun pergi tu sementara ja, tapi mesti rasa sebak jugak.

aku nak nyanyi sikit ni :



Ada beberapa hari je lagi, aku nak buat apa yang aku tak buat dekat Kuala Lumpur ni . Rasanya waktu remaja dah nak habis dah . Tapi aku tak menikmati kerejemaan pun .. Hahaha .. Ayat memang tak dapat di maafkan ni. Kadang-kadang rasa muak kena kongkong dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain. Lagipun aku tak tahu apa yang aku nak .

Walaupun sekarang ni memang dah dewasa, tapi aku rasa bila sampai je di UTM Skudai, tanggungjawab yang aku pegang dan akan aku pikul akan jadi lebih besar. Ada seorang lecturer cakap Sijil Ijazah ni adalah yang paling susah. Lepas ni memang tambah beban la kepala otak !

p/s: Dah sebak di tambah dengan frust di tambah dengan masalah .. Horrey ... awesomelah .



Sunday, July 15, 2012

Dah 19 tahun ? [entri Hari Jadi]

Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih dekat semua yang ucapkan selamat hari jadi dekat aku la ye ..
Memang tak sempat nak tulis TQ dekat semua tu .

Selepas 19 tahun hidup :

Ada jugak yang ucap Tahniah ? Ye la, Alhamdulillah tak mati, sempat jugak la rasa 19 tahun ni kan .

Dari kecil aku dah nakal kan ? Budak nakal layanan dari mak bapak pun lain macam la . Tak dapat la nak manja-manja . Tapi aku mengaku memang aku manja sikit. Kalau kena marah sikit, mulalah merajuk cari tempat nak sembunyi . Sebab tak suka nak tunjuk aku tengah sedih, selepas muhasabah diri semua jadi okeyh.

Aku dapat rasa lagi, maki, pukulan dan tamparan dari mak, bapak, adik-beradik dan cikgu. Memang kenangan terindah la. Tapi sekarang ni dah takda siapa nak pukul meh . Tapi bapak aku pukul aku, boleh kira aku rasa 2 kali je pun .

Sikap ego:

 Aku tak suka bergantung sangat dekat orang, kalau boleh nak buat semua sendiri walau mak bapak sendiri. Tapi dalam dunia ni, orang sekeliling di cipta oleh Allah untuk kita jugak. Jadi terpaksa aku rendahkan ego ni, minta tolong dengan orang. Aku cuma boleh ucap "terima kasih" lah. Maka terima kasihlah, kepada semua yang pernah tolong dan akan tolong aku. Tuhan je yang dapat balas jasa korang. 
Terutama keluarga aku.

Selalunya mak bapak aku, tak tau fasal urusan aku. Aku uruskan sendiri semua tapi bukan lah diorang tak buat tanggungjawab, cuma aku tak nak susahkan diorang. Sebab semua adik-beradik macam tu.

Sentiasa nak minta maaf:


 Kalau dulu, memang tak mau la nak minta maaf. Sebab aku ni sentiasa betul !! sikap macam ni lah yang boleh bawa derhaka dekat mak bapak. Makin la makin besar, aku belajar mengaku kesilapan aku . Dan tak kesah pun kalau orang nak marah bila aku silap. Cuma senyum ja .

Senyuman itu bengkok tapi dapat luruskan pelbagai perkara.


Benda paling sedih, jadi yang paling bahagia:

 SPM ni memang benda yang paling penting untuk tentukan masa depan korang. Keputusan SPM di tambah dengan sedikit Nasib Baik, insyaallah ada masa depan la nanti.

Aku tak dapat nak lupa "food poisoning" yang aku terima masa SPM. Walaupun aku memang terasa tersiksa masa tu, bukan sahaja kesakitan fizikal yang aku terima tapi kesakitan mental jugak. Aku pujuk hati aku, "semua ni ada hikmah". Tapi alhamdulillah, ada jugak aku sekarang dekat UTM, universiti pertama tahun 2012 nih !

Percaya pada hikmah.

Penutup:

Malas nak cerita panjang sangat, walaupun hidup aku ni banyak dugaan tapi memang awesome !! Rasa macam nak share dengan korang, tapi biar la aku simpan sendiri . Kalau nak pergi cari sendiri lah ! Semua benda ni ajar, aku jadi kuat ! Aku cuba tak merungut sangat, tapi kadang tu biasa la .. manusia kan ~
Nak Kasi Hadiah dekat korang : tapi Quote je lah !


Belajar hidup susah, supaya hadiah yang kecil terasa amat besar nikmatnya.

Setiap insan punyai kelemahan dan kelebihan, belajar untuk terima mereka seadanya.

Kadang-kala kita minta orang untuk berubah, tapi pernah kita cuba untuk berubah untuk mereka?

Stop thinking, stop planning, just do it!


Tuesday, June 12, 2012

Eeeeiiii ... budak-budak ni ~

 Sejak kebelakangan ni rasa macam nak tangkap gambar diorang ni banyak-banyak pulak ~

Bila aku dekat kolej Kediaman Siswa Jaya ada jugak sekali kala tengok gambar dan video diorang ni . Tiba-tiba rindu masa tu .

Tengoklah budak-budak ni .. haish .. Kalau nampak camera ~




Manja



Manja




Ariesya



Aqila


Damia (dia ni paling gengster)

Lepas ni kita akan terpisah jauh buat masa yang agak lama ~ 

Mesti waktu tu, bila balik rumah ja, "Eh, dah besar budak-budak ni ?"





Thursday, May 10, 2012

Sebalik cerita UTMKL .. UPU dan SPM ...

 For your information, cucu-cucu ku atuk sekarang study dekat UTMKL dalam Bidang Sains Komputer (IT) .

So nak buat cerita sikit .. Tak tersusun tapi kalau faham . oklah ..

Bulan-bulan sebelum SPM ...

Hiyakkk .. Atuk pulun habis-habis download semua soalan percubaan yang ada mana-mana website dan blog entah atuk bukak .. Atuk tak pergi tusyen, so usaha kena lebih sikit nak cari bahan tu ..

Bila ada masa free pergi ke surau ... Lagi-lagi bila masa puasa dulu, berqiamulail sahajalah, buat solat hajat banyak-banyak tapi atuk hajatkan apa yang baik untuk atuk bukan yang terbaik .. maksud atuk kat sini tak kesahlah apa pun asalkan atuk boleh ngam dengan kos tu .. Atuk tak nak pulak kalau dapat jadi doktor, jadi doktor hampeh sebab tak mendalami tugas doktor ~

Beberapa minggu sebelum SPM ...

Bahan dah banyak
Wacha.. Atuk buat semua kertas peperiksaan percubaan dari semua negeri .. Takdelah semua, ada negeri yang tak dapat buat .. Ada la analisis sikit-sikit pasal soalan-soalan tu .. Tapi takdelah sehebat analisis yang cikgu tusyen korang bagi. Tapi sekurang-kurangnya anilisis sendiri, tak terima suap-suap.

Dua hari sebelum SPM ..

Atuk tolong kenduri dekat moyang Iman .. Masa tu hujan .. Atuk dengan angkuh cakap, "ala takkan demamlah .."

Sehari sebelum SPM ...

Ada lauk kenduri, atuk pun makan daging-daging yang ada sepuas hati esok nak periksa besar dah ~

pukul 3 Pagi tu ..

Terjaga tengah-tengah pagi ... "Uweeeeeeekkkkkk" Atuk muntah, terkena keracunan makanan .

Masa SPM ..

Atuk kena demam keracunan makanan tak silap atuk untuk kali yang pertama . Tapi kenapa masa tu jugak ?
Dua minggu, tak sihat .. Tak makan sangat .. Atuk tak sempat nak buat ulang-kaji ..

Atuk minum air "Uwweeeekkkkkkkk"
Makan " Uweeeeeeeeeekk"

So kena la berlagak kuatkan diri melangkah ke dewan peperiksaan..

Dalam dewan ..

"Aduh sakit perut, ahh conteng je la .. buruk pun buruuk lah"


            ________________________________________________________________



 Waktu itu atuk bekerja tengah duduk dalam lori nak hantar peti ais ke rumah orang tapi lupa pulak hantar area mana masa tu.  Satu panggilan telefon telah di lakukan oleh abang atuk, Masdi .

"Hello, yen kau kat mana?" kata atuk Adi.
"Tengah kerja ni, kenapa?" jawab atuk korang.
"Yang nak masuk univesiti tu dah buat belum?"tanya atuk Adi.
"Belum lagi" jawab atuk balik.
"Ambik UTM la murah sikit" kata Masdi.
. . . . . . . . . . . . . . .

Dekat sini atuk tak pasti UTM ke UiTM ? Berbanding UTM dengan UiTM .. UiTM lagi murah .
Balik rumah semua atuk isi UTMKL kos je lain-lain.. haha

Satu lagi panggilan dari orang yang tak di kenali.

"Hello, boleh cakap dengan Ma#ssoli&en " tanya Rohaini binti Jumaat (susah sebut nama atuk la tu).
"Ye saya cakap ni " jawab atuk.
"Akak dari PTPTL, kalau adik berminat untuk belajar di PTPTL bagitahu akak ye" kata akak tu.
"Ok" jawab atuk.
"Adik suka apa?" tanya akak tu lagi.
"Minat nak belajar buat software" jawab atuk.

"Ouh, itu kena ambil IT , Information dan Teknologi ..." kata akak tu ..

Ke empat ... Sains Komputer adalah pilihan yang ke empat dari lapan ...


              __________________________________________________________________


Dapat keputusan UPU ...

Tertulis ~ Tahniah anda terpilih untuk Sains Komputer (IT) UTMKL ~

muka atuk macam ....   = =" .. "apa benda ni ?" ..

tawaran matrik tak dapat, sebab salah isi form ..

Lepas tu berbincang dengan abang macam mana nak tukat kos atau tukar Universiti lain .. Nak masuk UiTM .. (ahahaha .. orang berebut nak masuk UTM atuk nak keluar pulak .. hehe) ..

 Pergi mana-mana bila jumpa kawan-kawan sekolah atau bila cerita fasal universiti .. Cakap atuk dapat sains komputer je ..

atuk kena jadi kuat sikit terima kenyataan ..

"Eleh, sains komputer senang je dapat tawaran tu .. "


"Sains Komputer dah ramai sangat, susah cari kerja"


"Abang sedara aku sains komputer, sampai sekarang tak ada kerja"

Atuk betul-betul down ~ shit !


               ____________________________________________________________________


Tapi sekarang dah ok dah . Lepas pergi Skudai, Johor untuk dengar statistic, lepas buat kajian sendiri tentang bidang ni. atuk rasa ok dah .

 Yang atuk ambik IT tu sebab nak jadi software engineer .. Kena lepas IT tu dulu .. tapi tak kesahlah ..

waiting will worth ..

:)







i hate this shit but we need this shit ..




Cara alternatif cara buat duit dengan clickbank .. Ketahui lebih lanjut ! Dekat sini .

Monday, May 7, 2012

HTML code untuk IKLAN !!

IKLAN FLOAT

Code dekat bawah ni untuk iklan jenis FLOAT .. Cuba tengok dekat bottom blog ni ada satu iklan yang bergerak dan sentiasa ada walau anda skrol ke mana-mana pun.

 untuk ubah kedudukan tukar bottom, kepada top, left, atau right,



------------------------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
<!-- Float Ads -->
<div id="cry"><div class='widget-content'><div style="position: fixed; bottom: -10px; right:0px;"><p align="left"><a href="#" onclick="document.getElementById('cry').style.display = 'none';"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy2VXMEmK47JAQfb18OyKPO5fYciqOF_00g5gG1Mw8xK5cPtmn8R4hTU1IiOfNce8bThTyi5QiRJ9V7lyEK5rHtgsaTmjWFjB97cXmiGe4XZABM30KOzzgt3mpaqcNYlVvCAz8pzoDwYM/s200/closebutton.jpg" height="20" width="50" alt="CLOSE BUTTON" /></a></p>
<!-- code -->
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="URL WEBSITE ANDA" target="_blank"><img border="0" height="50" src="URL GAMBAR ANDA" /></a></div>
<!-- code-->
</div></div></div>
<!-- End Float Ads -->

--------------------------------------------------------->>>>>>>>>>>>




IKLAN BIASA


Boleh tentukan saiz anda sendiri .. tukar 180 dengan 60 tu ikut suka

==>>>>


<a href="URL WEBSITE ANDA"><img src=" URL GAMBAR ANDA" width="180" height="60" alt="Masso Dasuki" border="0" /></a>



===>>>





Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 cerita untuk cucu-cucu

 Terasa macam nak cerita pasal Bersih la pulak ~ Takda ada niat nak menyebarkan apa-apa mesej, cuma nak cerita sikit lah untuk cucu-cucu aku nanti baca . Mungkin masuk buku teks sejarah ke nanti .

Memandangkan atuk pun tak tahu Bersih 3.0 ni tujuannya untuk apa ? Mungkin pembangkang nak mansuh PTPTN kot ..

Cuma soal PTPTN ni, atuk nasihatkan belajar sungguh-sungguh lepas tu insya-Allah dapat kerja yang baik . Lepas tu boleh bayar balik pinjaman tu, soal PTPTN ni atuk jadikan peringatan la untuk atuk . Kena belajar sungguh-sungguh untuk bayar hutang ~ Mana tahu PTPTN boleh "alter to"(tukar) biasiswa



Ok, berbalik ke BERSIH 3.0 ~

Siapa yang paling untung ? Jawapannya adalah media massa . Sebab diorang ada cerita nak tulis dan atuk rasa orang pertama sampai dekat Dataran Merdeka pada 28/4 tu adalah WARTAWAN dengan kamera mereka . (kerana BERSIH jugak, blogger dah bersedia nak panaskan cerita ).
Dan diorang akan pecah otak nak tulis, adalah HEADLINE (Tajuk ) dekat muka depan surat khabar dan blog.
Kalau nak tahu buat masa sekarang ni TV3 memang betul-betul 'bias' sikit sebab nampak sangat 'Pro-kerajaan'. Senang kata kalau dapat control atau kawal media massa ni, senang je nak kawal pemikiran rakyat .

Baiklah, masuk bab politik pulak . Kenapa sibuk nak berdemonstrasi ni ? Jawapannya konon nak menegakkan hak masing-masing. Tapi bagi atuk adalah cuma sebab kuasa !
Apa ada dengan kuasa ? Dengan kuasa boleh dapat duit dan dengan duit juga boleh dapat kuasa.
Kalau dulu orang berkumpul jugak kut, menentang Malayan Union tapi kenapa demo Bersih terok macam ni ?

Sebab ada KONSPIRASI, kalau nak tahu ada orang yang rancang semua ni dan mengharapkan huru-hara ni .

"Erm, apa kata kita letak polis situ untuk peserta-peserta Bersih ni pukul Polis tu" kata perancang KONSPIRASI .

 "Kita memang nak huru hara berlaku, biar orang luar negara ni nampak yang Malaysia ni dah korup dan huru-hara" kata PEMBANGKANG . (atuk chill je dekat Langkawi waktu ni . hehe )

"Bagus huru-hara berlaku ! Kita boleh cakap BERSIH ni merugikan dengan putar belit media massa" kata KERAJAAN. (malas baca berita .. tidur lagi best)

"Pergh, laku klinik aku lepas ni" kata DOKTOR.

Oklah, sedap je aku tulis . Tak pasal2 kena buang jugak . Nasib baik aku tak femes ...
Haha ..

salam ~






I hate this SHIT, but I need this SHIT










Tuesday, April 24, 2012

Cara poyo bila sesat + motor rosak



Malu bertanya sesat jalan. Tapi dekat tengah highway dekat siapalah aku nak bertanya. Teruskan tengok signboard cari nama Ampang atau Hulu Kelang.







Kadang-kadang dah ikut signboard pun boleh sesat jugak. Maka mencarutlah aku menyalahkan signboard. Bila sesat time minyak nak habis dan motor buat hal.







Memang terasa agak segan di situ. Berhentilah aku di tengah-tengah semata-mata untuk tangkap gambar. (cover malu)






p/s: Pastikan minyak sentiasa ada jangan jadi teruk macam atuk, wahai cucu-cucuku .

Sunday, April 8, 2012

When You Young Work to Learn, Not to Earn


Setelah 6 bulan aku cuba memahami apa yang usahawan internet buat dengan internet ni . Akhirnya tak boleh jugak nak jadi expert macam diorang .. Terdetik untuk kembali normal seperti dulu .. Haish ..  Tapi tiba-iba aku ternampak ler satu gambar ni ...




hmmmm ~

Korang faham tak ? Kita bekerja dulu untuk ilmu lah . Macam rata-rata yang korang buat sekarang ni . Pergi sekolah, pergi universiti . Korang kena timba ilmu dahulu, dan bila sampai masa untuk bekerja , Baru ler, boleh timba duit pulak.

Sakit perit menuntut ilmu akan di bayar bila dah bekerja nanti . So, study ler betul-betul takut tak dapat kerja pulak nanti .

Tapi sebelum tu, aku nak tunjuk hasil setelah 6 bulan menuntut ilmu inilah hasilnya  ~ Pengenalan Kepada 7 Pemasaran Internet ...

Sorry, blog ni bukan tempat cerita pasal business sangat, tapi dekat http://mascothesuki.blogspot.com takpa .

"Langkah pertama anda hari ini, mungkin tidak akan nampak hasilnya esok tapi mungkin lusa . Jadi teruskan melangkah" Masso Dasuki

"sayang korang"Siti Nurhaliza