Wednesday, March 9, 2011

Cerita KIta 3

Hari ini bukan hari yang biasa buat Akram . Hari ini hari yang menentukan sama ada dia boleh hidup dengan kaki sendiri ataupun tidak . Hari itu, Masso dan Akram menaiki bas kerana motor Masso pada pagi itu tiba-tiba panjit. Mungkin kerana jiran yang berang tentang hal malam tadi .

Setiba di Hotel Qistina Crystal . Mereka berborak-borak di lobi . "Apa yang aku kena buat ni?"tanya Akram. "Temudugalah."jawab Masso "Kau pandai cakap Bahasa Inggeris" tanya Masso. "Tak boleh la." jawab Akram .
"Hmm.. Yes.. No.. right .. Kau ingat tu sahaja" Masso memberi cadangan .
"Baiklah" kata Akram.

Tanpa membuang masa Akram naik ke pejabat Ain.
"Assalamualaikum .. Boleh saya masuk?"Akram memberi salam.
"Waalaikummussalam, silalah masuk"Ain membenarkan pintaan Akram.

Akram masuk ke bilik Ain dengan jalan yang yang kaku dan kurang berkeyakinan. Ain merenung lembut ke arah Akram yang berpakaian kemeja biru muda berlengan panjang . Seluar 'slack' hitam yang di pakai oleh Akram amat padan dengannya.

"Silakan duduk." Ain mempersilakan Akram supaya duduk di atas kerusi di hadapan meja Ain.
Akram duduk dengan perlahan-lahan.

"Can we start the interview?" tanya Ain.
"Yes" jawab Akram
"Do you have any experiences working at the hotel?"tanya Ain.
"NO"jawab Akram
"Are you really want to work in this company?"tanya Ain.
"Right"jawab Akram
"What is the job that you like?"
"Left"jawab Akram
"Chef!!" tanya Ain dengan nada sedikit kuat.
"Err.. Yes."jawab Akram
"Ok, you can start to work by tomorow"kata Ain.
"Masso..Masso..Masso.." tiba-tiba Akram menyebut nama Masso kemudian beredar dari situ..
"Apa ni?" Ain termenung kehairanan.

Akram meninggalkan Ain yang dalam keadaan terpinga-pinga. Akram beredar dengan lega sambil menarik nafas panjang. Dia kemudian ke tingkat bawah untuk berjumpa Masso.

......................................................................................................................................................................

Pada hari yang sama pada hari Akram menjalani temuduga, Adila juga menghadapi temuduga. Nur Azreen dan Adila tiba di Hotel Qistina Crystal dengan kereta Kelisa.
Kereta Kelisa Azreen berhenti di depan pintu masuk hotel kemudian Adiala keluar dengan pakaian kurung wanita Melayu. Kereta Kelisa tersebut dipandu oleh Azreen untuk di letakkan di tempat letak kereta bawah tanah.

Adila menuju ke lobi kemudian dia duduk untuk menunggu Azreen yang pergi untuk meletakkan kenderaan. Wajah Adila menunjukkan sedikit kegelisahan . Masso yang mulanya berbual-bual dengan Akram mula berpaling muka ke arah Adila .

"Kau pulang ke rumah dahulu, nanti malam kita sambung cerita" kata Masso kepada Akram.
"Baiklah" jawab Akram.

Akram berjalan menuju ke luar hotel manakala Masso menuju ke arah Adila yang sedang duduk kegelisahan.
"Hai, tunggu siapa?" tanya Masso kepada Adila sambil merebahkan punggungnya di sofa.
"Hai, saya tunggu Azreen.." jawab Adila dengan lemah lembut.
"Oh, Azreen. Awak datang ni nak minta kerja la ni?"
tanya Masso lagi.

Tiba-tiba Azreen datang ke arah mereka berdua dan kemudian Masso lantas berdiri.
"Hai, Azreen" sapa Masso dengan senyuman manis.
"Hoi, kau nak apa? Bla la." Azreen menjawab sapaan dengan penuh cemerlang.
"Engkau ni memang selalu PMS" ujar Masso lalu beredar dari situ.

"Jom Dila, kita pergi jumpa Cik Ain" pelawa Azreen.
"Marilah." Adila mengangguk bersetuju.



No comments :

Post a Comment