Saturday, February 26, 2011

Cerita KIta 2

..............................................................................................................

Jam sudah menunjukkan jam lapan pagi . Masso datang kerja setengah jam awal daripada biasa . Dia berlegar-legar di hadapan hotel seperti menanti seseorang .

Tiba-tiba kereta pacuan empat roda 'Mercedez' hitam muncul dan berhenti di hadapan hotel Qistina Cristal tersebut . Pintu belakang kereta terbuka . Dengan perlahan keluar seorang gadis berusia 20-an dan tampak matang dengan kot hitam.

"Cik Ain!" sentak Masso dari jauh dengan muka yang penuh gembira .
"Wah, awal sampai hari ni. Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" tanya Ain kepada Masso .
"Tidak ada apa . Cuma hari ni saya nak minta pertolongan sikit saja."
"Baik, tapi janganlah di sini . Jumpa saya di pejabat."
kata Ain kepada Masso.
"Terima kasih Cik Ain." balas Masso tanda terima kasih .

Ain Nadiah Sofiah berjalan menuju ke lif lalu menekan butang naik pada dinding . Masso cuma memerhati dari jauh sambil mukanya tersenyum gembira kerana kesudian Ain untuk membantunya .

"Peh, kalau aku dapat Cik Ain, anak Tan Sri Shahnizman memang hari-hari la aku datang lambat." Masso bermonolog dengan dirinya sendiri .

Selang beberapa saat selepas Ain beredar . Tiba-tiba seorang mak cik bertudung berumur 50-an masuk ke dalam hotel tersebut.
"Mak Cik, ada apa-apa yang saya boleh tolong" tanya Masso .
Mak Cik tetap diam.
"Mak Cik.?" tanya Masso lagi
"Mak Cik saja datang tengok banggunan mak cik ni.
Nanti pasu bunga tu pindah letak tempat lain " kata mak cik tersebut sambil menuding jari ke arah pasu bunga berhampiran lif .
Kemudia mak cik itu beredar .

"Apa ni?" " Mak siapalah yang terlepas tu . Anak zaman sekarang ni sibuk sangat dengan kerja sampai lupa ibu bapa" Masso cuma berkata sendiri sambil menggelengkan kepalanya

......................................................................................................................................................................



"So, apa yang awak nak buat sekarang?"tanya Azreen kepada Adila .
"Cari kerja dan cuba hidup berdikari." jawab Adila dengan nada yang kurang pasti.
"Boleh ke? Anak Datuk macam awak ni tahan lasak ke?"
Azreen mencelah.

Hari Ahad, hanya diisi dengan perbualan yang rumit dan tiada jalan penyelesaian bagi mereka berdua. Mereka berbual di temani dengan secawan kopi sambil menonton 'Jalan-jalan cari makan'.

"Oh ya! Apa kata awak bekerja ditempat saya bekerja."
tiba-tiba Azreen bersuara.
"Di mana?" tanya Adila dengan penuh rasa ingin tahu.
"Di Hotel Qistina Crystal, sebagai penyambut tetamu di kaunter" Azreen menjawab dengan jelas.

Suasana menjadi senyap seketika. Adila memikirkan tawaran yang dikemukakan oleh Azreen.
"Tapi saya ni pemalu orangnya" tiba-tiba Adila bersuara . "Awak cubalah, senang je "kata Azreen . "Kerja cuma angkat telefon dan duduk di kaunter sahaja" sambung Azreen lagi .
"Oh begitu . No wonder la, awak dah nampak gemuk" Adila cuba berseloroh ."Kalau begitu saya setuju sahaja" Adila berkata dengan nada yakin .


.......................................................................................................................................................................

Malam yang dingin yang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa Jawa menemani Masso yang baru pulang dari tempat kerja.

"Assalamualikum.. Yana!" teriak Masso .
"Walaikumsalam .. Masso rupanya, ingat bangla mana tadi. Kenapa tak pakai loceng ?" kata Liyana.
"Saja test vokal nak masuk AF, yakni Akademi Futsal ?"
kata Masso.
"Futsal pakai kaki la ." kata Liyana .
"Saya penyokong je, sebab tu kena jerit." jawab Masso.
"Hmmm"kata Liyana.
"Kenapa tak gelak?" tanya Masso .
"Tak lawak"kata Liyana.
"Awak ni boring la . Kita putus!" kata Liyana lagi.
"Awaaaak!!!!"jerit Masso dalam keadaan 'slow motion'.

"Woi"."Kau ingat apa tu? Macam mana kerja aku?" tanya Akram.
"Huh, lemah buah pinggang aku." Masso tersentak .
"Aku teringat cinta jarak jauh aku . Dia di depan pintu dan aku di luar pagar."kata Masso lagi.

"Kerja kau? Oh .. Esok kau datang la ke hotel tu .
Aku dah 'adjust' untuk kau ."jawab Masso . "Kau sebut nama aku tiga kali gerenti dapat." tambah Masso

"Betul ke? Sebut nama kau, aku boleh dapat?" Akram bertanya dengan bersungguh-sungguh.

"Dapat maki"jawab Masso .

Malam dipenuhi dengan gelak ketawa mereka berdua . Berbagai cerita yang di sembangkan . Keadaan hanya akan menjadi sunyi bila jiran mula menjerit . Seperti "Woi, tidurlah!!"

......................................................................................................................................................................

Hari ini bukan hari yang biasa buat Akram . Hari ini hari yang menentukan sama ada dia boleh hidup dengan kaki sendiri ataupun tidak . Hari itu, Masso dan Akram menaiki bas kerana motor Masso pada pagi itu tiba-tiba panjit. Mungkin kerana jiran yang berang tentang hal malam tadi .

Setiba di Hotel Qistina Crystal . Mereka berborak-borak di lobi . "Apa yang aku kena buat ni?"tanya Akram. "Temudugalah."jawab Masso "Kau pandai cakap Bahasa Inggeris" tanya Masso. "Tak boleh la." jawab Akram .
"Hmm.. Yes.. No.. right .. Kau ingat tu sahaja" Masso memberi cadangan .
"Baiklah" kata Akram.

Tanpa membuang masa Akram naik ke pejabat Ain.
"Assalamualaikum .. Boleh saya masuk?"

bersambung.......


No comments :

Post a Comment