Friday, November 5, 2010

ah.. ada apa dengan peperiksaan .. peperiksaan hanyalah satu perkara yang hendak menganalisis otak pelajar..
kerajaan cuba mengunakan pelajar untuk kepentingan negara..

Rakyat harus sedar mereka hidup di dalam sebuah negara
yang memerlukan tenaga kerja yang banyak..

Maka rakyatlah tempat kerahan tenaga tersebut.
Apa yang sebenarnya saya ingin katakan adalah.
Kalau dah bodoh tidak perlulah belajar.

Tindakan kerajaan bagi menubuhkan sekolah vokasional seawal tingkatan satu amatlah molek.
Jika tidak mampu mencari rezeki dengan otak, tangan masih ada.
Malah kaki juga boleh menjadi sumber rezeki. Contohnya pemain bola sepak.

Remaja kini terlalu menghabiskan masa di sekolah.
Dan belajar sesuatu yang mereka tidak minat,
mereka yang berfikiran sempit pasti berfikir bahawa sejarah
itu tidak penting untuk menjana kehidupan mereka akan datang.

Kerana takut dengan polis mereka tetap juga
bersekolah dan terpaksa membayar yuran tapi tidak lulus periksa pun.

Jadi apa guna bagi mereka datang ke sekolah harian.
Mereka seharusnya ke sekolah vokasional.

Tapi malangnya kelembapan mereka tidak menjadikan mereka seorang yang berfikir.
Mereka lalu menjadi samseng babi di sekolah.
Ini amatlah buang karen sekolah nak bagi kipas dekat mereka.

Pelajar cerdik seharusnya membantu bukan mengherdik.
Dalam kalangan pelajar bijak ramai yang memandang serong
terhadap kelas-kelas pelajar kurang IQ.

Sedangkan mereka tidak tahu punca dan tidak mahu ambil tahu
tentang pelajar mundur.
Pelajar mundur mungkin dipengaruhi banyak faktor, lebih-lebih lagi faktor kewangan.

Mungkin sebagai pelajar kita tidak mampu membantu dari segi wang.
Namun bantuan dari segi emosi dapat diberikan.

Jadi?
Semua orang ingin berjaya
Namun tidak ramai dapat mengharunginya.

2 comments :

  1. 'Pelajar cerdik seharusnya membantu bukan mengherdik.
    Dalam kalangan pelajar bijak ramai yang memandang serong
    terhadap kelas-kelas pelajar kurang IQ..'

    ReplyDelete